Mas Tamatkan Kontrak Lebih 50 Juruterbang




SERAMAI 55 juruterbang kontrak berusia 60 tahun ke atas, dimaklumkan oleh Malaysia Airlines perkhidmatan mereka ditamatkan setelah diyakinkan sebelumnya perkhidmatan mereka terjamin, kata seorang veteran yang terjejas

Kapten Rajkumar Henry, 63, berkata Malaysia Airlines mengabaikan perjanjian kontraknya dan menamatkannya tanpa pampasan.

Dengan hampir 17,000 jam terbang sebagai juruterbang, beliau mengaku sebagai salah seorang pekerja yang paling lama berkhidmat iaitu selama 46 tahun, selain berkata beliau diperlakukan secara tidak adil walaupun pernah bersama mengharung ribut sepanjang berkhidmat.
Rajkumar berkata beliau merupakan salah seorang daripada kumpulan awal yang ditawarkan kontrak lima tahun setelah mencapai usia 60 tahun iaitu usia persaraan di syarikat itu.
Namun, beliau diberhentikan awal dengan baki dua tahun kontrak, situasi serupa yang dihadapi oleh juruterbang kontrak lain dalam kategori usianya, walaupun tempoh kontrak mereka mungkin sedikit berbeza.
“Pada 2018, saya berumur 60 tahun dan merupakan salah satu kumpulan awal yang ditawarkan kontrak lima tahun.
“Selepas itu selama bertahun-tahun, mereka yang mencapai usia 60 tahun diberi pelanjutan kontrak lima tahun.
“Tetapi sekarang (separuh jalan melalui tempoh kontrak) pihak pengurusan syarikat penerbangan telah memutuskan untuk menghentikan semua juruterbang (kontrak) berusia 60 tahun ke atas kerana Covid-19,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Setelah bergabung dengan Malaysia Airlines System (MAS) pada 1975 sebagai pelatih jurutera darat pesawat, beliau terus menjadi jurutera penerbangan selama 12 tahun dengan syarikat penerbangan.
Kemudian kerana peluang, tekad dan cita-cita, Rajkumar mencapai impiannya apabila beliau menjalani latihan juruterbang pada 1993, ketika berusia 35 tahun.
Syarikat penerbangan nasional itu juga menanggung kos untuk kursus-kursus juruterbangnya.
Pada 1994, beliau menjadi juruterbang, dan pada 2000 dilantik sebagai Kapten.
Sebagai juruterbang, beliau telah menerbangkan Boeing 737, Airbus A330 dan Airbus A350, sementara sebagai jurutera penerbangan, beliau telah menerbangkan Airbus A300 dan DC10-30.
Katanya, walaupun ramai sudah berpindah sejak Malaysia Airlines Systems (MAS) menjenamakan semula sebagai Malaysian Airlines Berhad (MAB) pada 2015, beliau bagaimanapun tetap setia dengan syarikat penerbangan itu.
Tahun lalu, pandemik Covid-19 menyerang dunia, menutup sempadan. Ini bermaksud industri penerbangan menjadi salah satu industri yang paling teruk dilanda krisis.
Sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kos, pada April lalu syarikat penerbangan memperkenalkan pengurangan gaji untuk kategori berpendapatan tinggi, hampir 60 peratus, agar kewangan syarikat dapat diimbangkan, katanya.
Beliau menambah, mereka juga diarahkan mengambil cuti tanpa gaji selama enam minggu tahun lepas.
Walaupun tidak senang dengan keputusan itu, Rajkumar berkata, tidak ada yang membantah kerana syarikat itu berjanji semua staf akan dipertahankan.
Rajkumar berkata, walaupun dalam mesyuarat e-Town dengan pihak atasan tahun lalu, mereka yakin akan dikekalkan.
Namun, pada Disember 2020, Rajkumar berkata syarikat itu menarik kata-kata mereka dan mengeluarkan surat penamatan kepada 55 juruterbang kontrak itu, dengan memetik masalah Covid-19 selain kewangan sebagai punca.
Ditamatkan tanpa pampasan
Beliau berkata syarikat itu tidak menawarkan pampasan tetapi hanya memberikan notis tiga bulan.
Tambahnya, mereka diberitahu dalam mesyuarat e-Town, syarikat itu mungkin tidak menamatkan juruterbang ini, dan jika gagal mereka akan membayar baki kontrak.
“Kami fikir kami selamat dan tiba-tiba datang Disember, mereka keluar surat penamatan yang mengatakan kami telah diberhentikan kerana Covid-19.
“Kami diberi notis tiga bulan biasa dan kami telah bekerja untuk tempoh itu. Secara teknikal, mereka bayar kami sebab kami bekerja, bukan pampasan,” katanya.
Rajkumar berkata mereka telah mempersoalkan mengenai kontrak mereka, pembayaran baki sepanjang tempoh kontrak dan penamatan, yang mana syarikat itu sekadar menyebut Covid-19 dan krisis kewangan sebagai alasan.
“Kami tak dapat pampasan. Kami ada tulis surat kepada syarikat dan kami tanya kenapa ada perubahan fikiran untuk memberhentikan pekerja kontrak.
“Malah kami bertanya mengenai pihak pengurusan yang berkata baki kontrak akan dibayar jika ditamatkan.
“Untuk itu, kami menerima jawapan yang mengatakan ia dikatakan dengan niat baik sebelum ini tetapi sekarang syarikat itu tidak menjana wang, oleh itu tak dapat bayar. Inilah balasan yang kami dapat,” katanya.
Rajkumar berkata, walaupun beliau faham syarikat penerbangan itu tidak menghasilkan wang, ia masih mempunyai tanggungjawab perundangan terhadap juruterbang ini.
Beliau turut berkata, walaupun ada beberapa cadangan untuk ditamatkan secara baik, namun ianya ditolak.
“Saya boleh terima hakikat mereka mahu kurangkan kos dan ingin memberhentikan kami kerana itu, tetapi hormatilah kontrak dan bayar baki kami.
“Saya rasa itu adil; atau datang ke meja rundingan dan mari kita usaha cari jalan keluar.
“Mereka tak buat. Kami cadangkan beberapa perkara dan mereka tolak semuanya,” katanya, sambil menambah semua 55 juruterbang telah menjadi sebahagian daripada pertumbuhan syarikat penerbangan sejak 1970-an.
Contoh buruk
Rajkumar berkata penamatan kontrak mereka akan berkuat kuasa mulai 1 Mac.
“Walaupun sudah seminggu ditamatkan, kami masih mengharapkan penyelesaian cara elok.
“Kami hanya mahu baki kontrak kami dibayar. Saya telah berkhidmat selama hampir 46 tahun dan saya tidak mahu meninggalkan Malaysia Airlines dengan cara ini, kerana harus berjuang untuk dapatkan hak saya.
“Mereka bagi kami notis tiga bulan tetapi bukan pampasan,” kata Rajkumar.
Tambahnya, semua 55 juruterbang akan mencari jalan lain jika tidak ada penyelesaian dapat dicapai.
Beliau turut berkata Malaysia Airlines, sebagai syarikat penerbangan nasional, akan mewujudkan contoh buruk jika dibenarkan memberhentikan pekerja tanpa bayar pampasan.
“Sekiranya mereka boleh buat macam ini kepada pekerja yang telah bekerja 30 hingga 40 tahun di syarikat mereka, maka mereka menunjukkan contoh buruk di Malaysia.
“Sekiranya Malaysia Airlines buat tidak tahu, setiap syarikat lain akan mula ikut,” katanya.
Rajkumar menambah beliau sedih melihat keadaan Malaysia Airlines hari ini.
Tahun lalu, syarikat penerbangan nasional itu meminta bantuan kewangan dari pemegang saham tunggal Khazanah Nasional Bhd kerana perbincangan penyusunan semula hutang dengan pemiutang dan peminjam telah melepasi tarikh akhir 11 Oktober.
Desas-desus di pasaran berkata Malaysia Airlines mencari modal sebanyak AS$500 juta dari Khazanah.
Pada 14 November, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengulangi kenyataan kerajaan akan menyerahkannya kepada Khazanah untuk melihat penstrukturan hutang Malaysia Airlines.
Syarikat penerbangan nasional telah memenangi banyak anugerah dari industri penerbangan, dinobatkan sebagai ‘TheWorld’s 5-Star Airline’ oleh Skytrax beberapa kali (2009, 2012 dan 2013) dan pengiktirafan dari World Travel Awards sebagai ‘Asia’s Leading Airline’ (2010, 2011 dan 2013)

Sumber: The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/02/mas-tamatkan-kontrak-lebih-50.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Di Muadzam Shah Akan Di Tamatkan Lebih Awal

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Di Muadzam Shah Akan Di Tamatkan Lebih Awal

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 253 hits
PETALING JAYA Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di taman taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah Rompin Pahang ditamatkan lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan sebelum ini Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Ya...
Gerakan Rasuahbuster Ayuh Bina Malaysia Yang Lebih Baik

Gerakan Rasuahbuster Ayuh Bina Malaysia Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 234 hits
puteradaily comAssalamualaikum wrt wbh Salam Sejahtera Kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk bergabung bersama kami di dalam Gerakan RasuahBusters dan menjadi agen perubahan di dalam masyarakat Apakah RasuahBusters RasuahBusters ialah se...
Bakal Ke Udara Ibu Bapa Percaya Dengan Didiktv Anak Anak Akan Lebih Fokus Dalam Pdpr

Bakal Ke Udara Ibu Bapa Percaya Dengan Didiktv Anak Anak Akan Lebih Fokus Dalam Pdpr

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 213 hits
Bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin esok pada jam 8 pagi 17 Februari 2021 DidikTV menerima pelbagai respon netizen terutamanya ibu bapa Kebanyakan ibu bapa menyatakan harapan mereka semoga dengan adanya DidikTV a...
Ahli Parlimen Pkr Pertikai Sumber Kewangan Selepas Rina Selesaikan Hutang Lebih Rm1 Juta

Ahli Parlimen Pkr Pertikai Sumber Kewangan Selepas Rina Selesaikan Hutang Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 232 hits
February 17 2021 Ahli Parlimen PKR Fahmi Fadzil membangkitkan bayaran hutang Rina Harun berjumlah RM1 3 juta PETALING JAYA Ahli Parlimen PKR Fahmi Fadzil hari ini secara tidak langsung mempertikaikan keupayaan kewangan menteri pembangunan w...
Rina Harun Selesai Bayar Hutang Lebih Rm1 Juta Untuk Elak Berdepan Tindakan Muflis

Rina Harun Selesai Bayar Hutang Lebih Rm1 Juta Untuk Elak Berdepan Tindakan Muflis

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Berdepan kemungkinan diisytiharkan bankrap Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun selesai melunaskan hutang lebih RM1 juta kepada syarikat penerbitan program televisyen dan filem yang berpangka...
Resipi Asas Scones Guna 4 Bahan Boleh Tambah Perisa Untuk Lebih Enak

Resipi Asas Scones Guna 4 Bahan Boleh Tambah Perisa Untuk Lebih Enak

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 182 hits
Scones sangat enak dijadikan sajian ketika minum petang Pastri lemak masin dan dinikmati pula dengan jem manis memang padanan yang sempurna Jika ingin menjadikannya berperisa boleh tambah bahan bahan seperti cip coklat kismis atau apa apa r...
Mana Rina Dapat Wang Langsai Hutang Lebih Rm1 Juta

Mana Rina Dapat Wang Langsai Hutang Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 208 hits
Malaysiakini Seorang Adun DAP hari ini menuntut penjelasan daripada Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berkenaan sumber yang digunakannya untuk membayar hutang lebih sejuta ringgit agar tidak diisytihar muflis Adu...
3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi

Abyad Sofi

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Tamago Kake Gohan

Terimalah Kekurangan Sahabat Kita



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Shapellx Shapewear Your Guide To A Perfect Look

Enhancing Your Pubg Mobile Experience A Guide To Unknown Cash

Jamuan Saka Di Ruang Tamu

Puisi 35 Takdir

Raya Raya Raya 2024

Siput Serang Tanaman