Mas Ermieyati Diumum Calon Pn Parlimen Masjid Tanah


 
Mas Ermieyati yang bertanding atas tiket BN pada PRU14 menang dengan majoriti 8,159 undi selepas menewaskan dua pencabarnya Sabirin Ja’afar (PKR) dan Nasir Othman (PAS).ALOR GAJAH: Penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Pengumuman itu dibuat Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pada Prihatin Parlimen Masjid Tanah dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Melaka di Kampung Paya Lebar di sini, malam tadi.
“Kebetulan saya ada di sini, nampak semua sudah bersemangat, saya kata okeylah, saya umum sajalah (Mas Ermieyati sebagai calon PN bagi kerusi Parlimen Masjid Tanah).
“Berdasarkan rekod prestasi dan dia pun saya fikir telah menjaga kawasan dengan baik, orang lama, banyak pengalaman dalam kerajaan, dia punya profil pun bagus, jadi bagi saya ini yang terbaik… sebab itu saya ambil kesempatan (umum). Saya harap orang Masjid Tanah akan berasa gembira dan menyokong beliau,” katanya.
Pada PRU14, Mas Ermieyati yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 8,159 undi selepas menewaskan dua pencabarnya Sabirin Ja’afar (PKR) dan Nasir Othman (PAS).
Mas Ermieyati kemudiannya menyertai Bersatu pada Disember 2018.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata PN hampir menyelesaikan agihan kerusi serta calon bertanding, dan nama-nama calon akan diumumkan Pengerusi PN di negeri masing-masing manakala manifesto sebelum hari penamaan calon.
Sementara itu, Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dalam reaksinya mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti dan berjanji akan melakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan pada PRU15.
“Siapa pun yang diletakkan (sebagai lawan) kita akan cuba sedaya upaya dan sehabis baik untuk berkempen, menerangkan dan jumpa dengan pengundi-pengundi untuk memberikan apakah tawaran yang kami boleh berikan sekiranya saya dimandatkan sebagai ahli Parlimen Masjid Tanah (sekali lagi),” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 Nov dengan penamaan calon ditetapkan pada 5 Nov manakala pengundian awal pada 15 Nov - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/10/mas-ermieyati-diumum-calon-pn-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Cicit Tok Kenali Calon Amanah Parlimen Kubang Kerian Kota Bharu Jadi Taruhan

Pru15 Cicit Tok Kenali Calon Amanah Parlimen Kubang Kerian Kota Bharu Jadi Taruhan

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 336 hits
Cicit kepada ulama terkenal Kelantan Tok Kenali antara dua calon daripada Pakatan Harapan untuk bertanding di kerusi Parlimen milik PAS di Kelantan Kerusi tersebut adalah Kubang Kerian dan Kota Bharu Cicit Tok Kenali Dr Wan Ahmad Kamil Wan ...
Gerakan Tanah Air Sedia Tanding Semua Kerusi Parlimen Di Negeri Pahang

Gerakan Tanah Air Sedia Tanding Semua Kerusi Parlimen Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 291 hits
KUANTAN Senarai calon Gabungan Tanah Air untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke 15 bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pahang belum dimuktamadkan Timbalan Pengerusi GTA Pahang Ir Rosminahar Mohd Amin berkata perkara itu akan diput...
Gta Senarai Hamid Bador Calon Di Parlimen Rembau

Gta Senarai Hamid Bador Calon Di Parlimen Rembau

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 314 hits
Bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador dicalonkan mewakili GTA menerusi Pejuang bagi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum ke 15 PETALING JAYA Gerakan Tanah Air Negeri Sembilan mengesahkan bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador dis...
Pn Letak Calon Di Semua 222 Kerusi Parlimen

Pn Letak Calon Di Semua 222 Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 321 hits
hmetro com myMUHYIDDIN bersalaman dengan Abdul Hadi FOTO Nik Abdullah Nik OmarKota Bharu Perikatan Nasional akan meletakkan calon di semua 222 kerusi Parlimen di seluruh negara termasuk 27 kerusi yang dianggap kritikal pada Pilihan Raya Umu...
Pru 15 Amanah Akan Letak Calon Di 16 Kerusi Dun Empat Parlimen Di Pahang

Pru 15 Amanah Akan Letak Calon Di 16 Kerusi Dun Empat Parlimen Di Pahang

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 288 hits
KUANTAN Parti Amanah Negara Pahang mengesahkan akan bertanding di empat kerusi Parlimen dan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke 15 Selain mempertahankan Parlimen Temerloh yang disandang bekas Setiausaha A...
Najib Dinamakan Sebagai Antara Lima Calon Parlimen Pekan

Najib Dinamakan Sebagai Antara Lima Calon Parlimen Pekan

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 246 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 13 2022 11 36 AMNajib Razak kekal sebagai antara lima calon yang diketengahkan untuk parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke 15 kata Timbalan Ketua Umno bahagian Pekan Zamri Ramly Katanya nama nama berkenaan...
Datuk Husam Musa Bersama Dua Calon Parlimen Pakatan Harapan Kelantan

Datuk Husam Musa Bersama Dua Calon Parlimen Pakatan Harapan Kelantan

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 338 hits
Datuk Husam Musa bersama dua calon parlimen Pakatan Harapan Kelantan InsyaAllah Datuk Husam akan bantu all out kempen calon calon ini 1 Dr Hafidzah Mustakim Calon PH Parlimen Kota Bharu P 0212 Prof Dr Wan Ahmad Kamil Calon PH Parlimen Kuban...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia