Maruah Malaysia Tercalar Kalah Kepada Itali


Bernama Aksi pemain Kebangsaan Najmi Jazlan (kanan) merebut bola dari pemain Itali Simone Minetto (kiri) sewaktu perlawanan Kumpulan B Kejohanan FIH Siri Akhir Lelaki Kuala Lumpur 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 29 April, 2019. - Foto BERNAMA 

KUALA LUMPUR: Maruah Malaysia tercalar apabila diaibkan oleh Itali 4-2 pada perlawanan terakhir kumpulan dalam kempen Kejohanan Hoki Siri Final Lelaki FIH 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Ternyata kedudukan ranking dunia dan kelebihan selaku tuan rumah tidak membantu skuad Malaysian Tigers merebut slot automatik ke pentas separuh akhir sebagai juara Kumpulan B.

Malaysia, selaku antara pasukan pilihan dengan ranking ke-13 dunia, kini terpaksa menempuh laluan berliku apabila mengharungi aksi play-off perebutan ke separuh akhir dengan menentang pasukan ketiga Kumpulan A, Wales, Rabu ini.

Itali di kedudukan ranking ke-32 dunia, muncul juara Kumpulan B dan tiket ke separuh akhir apabila menamatkan saingan kumpulan dengan mengutip maksimum sembilan mata.

Itali mengekalkan rekod bersih dengan mengalahkan China 2-1, Brazil 3-0 dan Malaysia 4-2.

Malaysia muncul naib juara kumpulan dengan empat mata selepas menang 6-0 ke atas Brazil, seri 4-4 dengan China dan tewas 4-2 kepada Itali.

Dalam perlawanan tersebut, skuad negara bimbingan Roelant Othmans bermula garang tetapi dua percubaan pukulan sudut penalti pada suku pertama, masing-masing oleh Fitri Saari dan Razie Rahim dinafikan oleh penjaga gol Itali, Francesco Padovani.

Bagaimanapun, Itali, yang menerima satu pukulan sudut penalti sepanjang suku pertama, berjaya disempurnakan oleh Thomas Keenan pada minit kesembilan apabila tolakan padat pemain skuad Azzurri itu gagal diselamatkan oleh penjaga gol negara, Hairi Abd Rahman.

Biarpun memiliki sedikit kelebihan menguasai perlawanan, skuad negara akhirnya memperoleh gol penyamaan menerusi pukulan sudut penalti oleh Faizal Saari pada minit ke-26.

Augustine Nunez meletakkan Itali di hadapan apabila melakukan jaringan pada pada minit ke-31 sebelum Razie dengan pantas menyamakan semula kedudukan menerusi pukulan sudut penalti, empat minit kemudian.

Namun ia tidak mematahkan semangat skuad Azzuri itu untuk terus memberi tekanan dan kembali semula di hadapan apabila Nunez menambah gol keduanya pada minit ke-43 sebelum jaringan Franciois Sior pada minit ke-45 mengesahkan kedudukan Itali di pentas separuh akhir.

Kemampuan skuad pelawat mengejutkan Malaysian Tigers juga disebabkan aksi cemerlang Padovani yang memainkan peranan utama dalam menafikan peluang jentera serangan negara memboloskan gawang lawan.

Padovani juga turut dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut.

Seandainya, Malaysia mengatasi Wales pada pertarungan play-off, maka mereka perlu berdepan dengan Austria iaitu juara kumpulan A.

Sementara itu, Oltmans berang dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya.

"Saya terkejut dengan apa yang saya lihat hari ini.....standard in jauh lebih buruk daripada apa yang sebenar boleh ditunjukkan oleh pemain.

"Kami kalah dalam pertempuran hari ini tetapi perjuangan belum selesai. Harap dapat menyaksikan satu persembahan yang sungguh berlainan pada Rabu ini," katanya.

Berdasarkan format pertandingan, hanya dua pasukan layak ke pusingan akhir kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Oktober dan November ini.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi Kumpulan B, China meraih kemenangan pertama apabila menewaskan Brazil 3-2 untuk menduduki tangga ketiga kumpulan dan seterus beraksi dalam pusingan play-off untuk merebut tempat ke saingan separuh akhir.

Dalam perlawanan itu, Brazil melakukan kejutan apabila mendahului 2-0 menerusi pukulan sudut penalti oleh Yuri Van der Heijden pada minit ketujuh dan Joaquin Lopez pada minit ke-10.

Bagaimanapun, China menghidupkan peluang ke saingan play-off menerusi jaringan Su Lixing pada minit ke-13 dan gol penyamaan oleh Tu Yuan Lian pada minit ke-45.

Penjaring terbanyak pasukan, Dong Yang, menjadi wira pasukan China apabila menyumbang gol kemenangan pada minit ke-54, sekali gus gol peribadi ketiga beliau sepanjang tiga perlawanan peringkat kumpulan. -- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/maruah-malaysia-tercalar-kalah-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ku Li Ramal Malaysia Alami Deflasi

Ku Li Ramal Malaysia Alami Deflasi

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 384 hits
GUA MUSANG DIKEMASKINI Malaysia dijangka berdepan deflasi yang lebih teruk dan sukar dipulihkan jika kerajaan sekarang tidak mengambil langkah drastik dalam pemulihan ekonomi demikian menurut Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah...
Malaysia Penang Famous Street Food Siam Road Char Koay Teow Siam Road

Malaysia Penang Famous Street Food Siam Road Char Koay Teow Siam Road

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 433 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia Di Sg Petani

Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia Di Sg Petani

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 508 hits
Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia di sempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Turut Hadir YAB MB Kedah Dato Seri Hj dan Menteri Ekonomi YB Dato Seri Azmin Ali Tan Sri Dr Zeti Aziz
Celaka Kau Air Asia Rakyat Malaysia Kau Layan Macam Babi Penumpang Bengang Penerbangan Tangguh Pegawai Buat Tak Tahu

Celaka Kau Air Asia Rakyat Malaysia Kau Layan Macam Babi Penumpang Bengang Penerbangan Tangguh Pegawai Buat Tak Tahu

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 893 hits
SOSMED Beberapa penumpang penerbangan Tokyo Malaysia D7523 meluahkan ketidakpuasan hati apabila tiada seorang pun pegawai Air Asia tampil menjelaskan dan melaporkan kenapakah penerbangan ditangguhkan lebih dari 17 jam Gambar Zatia MansorPer...
Gabungan Citarasa Malaysia Di Restoran Aroma D Ancasa Ancasa Hotel Spa Kuala Lumpur

Gabungan Citarasa Malaysia Di Restoran Aroma D Ancasa Ancasa Hotel Spa Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 753 hits
Gabungan Citarasa Malaysia di Restoran Aroma D AnCasa AnCasa Hotel Spa Kuala Lumpur Assalamualaikum selagi tak masuk bulan Ramadhan selagi itu lah review bufet Ramadhan akan dikongsikan di blog aku Harap pembaca tak bosan Kali ni aku nak ko...
Malaysia Terus Unggul Juara Qari Dan Qariah Mthqa Ke 61

Malaysia Terus Unggul Juara Qari Dan Qariah Mthqa Ke 61

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 282 hits
Tahniah kepada qari dan qariah Malaysia diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Antarabangsa Ke 61 Abdul Khair Jalil memperoleh 93 02 markah dan kemenangan itu membolehkan beliau menerima kep...
Malaysia Dijangka Akan Berdepan Deflasi Teruk Sukar Pulih Kata Ku Li

Malaysia Dijangka Akan Berdepan Deflasi Teruk Sukar Pulih Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 327 hits
Malaysia dijangka berdepan deflasi yang lebih teruk dan sukar dipulihkan jika kerajaan sekarang tidak mengambil langkah drastik dalam pemulihan ekonomi demikian menurut Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah Beliau yang juga bekas...
Belasan Influencer Malaysia Jelajahi Wisata Banyuwangi

Belasan Influencer Malaysia Jelajahi Wisata Banyuwangi

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 268 hits
Mereka mengeksplore Banyuwangi selama lima hari mulai dari 19 22 April 2019 Mulai dari Taman Nasional Alas Purwo Gunung Ijen Taman Gandrung Terakota hingga mengunjungi Desa adat Kemiren untuk melihat dari dekat kehidupan Suku Osing Banyuwan...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti