Martabat Islam Hadi Tanya Hadi Perlu Jawab




Bakar Suar -February 28, 2022 Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, memasuki gelanggang PRN Johor dengan peringatan bahawa umat Islam Malaysia masih dilanda masalah besar – pemikiran yang dijajah. Fenomena ini menyebabkan mereka keliru dan sukar memahami cabaran sebenar yang dihadapi ummah dan kurang bijak memahami punca dan cara menanganinya. Hadi mengingatkan bahawa umat Islam mesti memahami dan akur bahawa tujuan asas para nabi dan rasul diutus kepada manusia bermatlamat:
“Dialah (Allah) yang mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (Islam) agar Dia memenangkannya ke atas segala agama-agama yang lain; meskipun orang Musyrik membenci.” (Surah al-Saff: 9)

Hakikat ini digiring dengan sabda Rasulullah:
“Islam itu tinggi, dan tiada ajaran yang dianggap lebih tinggi daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari 1399 dan al-Daraqutni 3620)
Hadi berpandangan bahawa Islam itu wajib dimuliakan mengatasi segala agama, ideologi dan ajaran yang lain, sehingga Islam berkuasa memerintah dalam sebuah negara berdaulat.
Bahkan, hakikat ini, katanya, harus meliputi seluruh kehidupan manusia dan segala urusannya, kerana hanya Islam adil untuk semua.
“Inilah Islam yang diwahyukan kepada para anbiya’ yang berakhir dengan Nabi Muhammad. Inilah juga Islam yang datang ke Nusantara apabila ia dianuti oleh negara dan rakyat.
“Sebarang undang-undang dan peraturan yang bercanggah dengan Islam adalah terbatal dengan sendirinya,” kata Hadi. Mesej ini dilebarkan melalui media rasmi partinya Harakah Daily.
Justeru, katanya, para sultan dan raja-raja Islam, ulama dan rakyat berkongsi tanggungjawab mempertahankan kedudukan Islam yang diletakkan pada kedudukan yang tinggi.
“Mereka menentang penjajah dengan harta dan jiwa raga mereka, walaupun perjuangan itu memakan masa dan beberapa generasi lamanya,” tegas Hadi.
Sebab itu sejak lebih setengah abad lalu, Perlembagaan mengiktiraf Islam agama Persekutuan, tegasnya.
Beliau berhujah apabila Malaysia mencapai kemerdekaan sepatutnya umat Islam sendiri mentafsirkan perlembagaan negara dalam bahasa mengikut kefahaman agama ummah.
“Kini terserlah bahawa agama Islam yang dikatakan di bawah naungan raja-raja melalui pentadbiran khusus, yang dinamakan Majlis Agama Islam tidak boleh bertindak mengatasi undang-undang ciptaan manusia.
“Bahkan, hukum yang nyata daripada hukum Islam boleh dibatalkan oleh mahkamah dan para hakimnya,” hujah Hadi.
Presiden PAS itu berkata, ini berlaku kerana istilah agama dan Islam ditafsirkan dari Bahasa Inggeris bermaksud “religion”, bukan dengan makna “al-din” mengikut Bahasa Al-Quran.
Perkataan “al-din” bermaksud ajaran agama yang luas dan sempurna dalam semua perkara yang diberikan peranan oleh Allah pencipta alam kepada semua makhluknya, termasuklah kalangan manusia. Lantas Hadi mengingatkan maksud mesej surah Ali Imran ayat 83:
“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari agama selain daripada agama Allah? Padahal kepada-Nya jualah tunduk dan taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada secara sukarela mahupun terpaksa, dan kepada-Nya jualah mereka dikembalikan.”
Mesej Hadi ialah pemikiran ummah masih dijajah dalam memahami erti kemerdekaan sebenar. Oleh itu beliau menokok ayat 21 surah As Syura:
“Patutkah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana ketetapan yang menjadi pemutus (daripada Allah untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah mereka (yang berbuat demikian) akan dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
Apakah sebenarnya maksud Hadi? Mengapa timbulkan soal kejahilan dan pemikiran ummah yang terjajah ini menjelang PRN Johor?
Bukankah PAS telah meletakkan orang alim undang-undang dan perlembagaannya sebagai Menteri yang mengurus soal undang-undang hampir dua tahun lalu? Apa yang sudah dilakukan membanteras penjajahan ini?
Namun paling menarik ialah cara Hadi menutup hujahnya dalam isu ini. Hadi mencabar:
“Maka, perjuangan umat Islam belum selesai lagi, selagi Islam tidak dimuliakan setinggi-tingginya. Setiap golongan yang beriman percaya bahawa kemuliaan umat Islam tetap ada selagi mereka bersama Islam.
“Di manakah raja-raja, para ulama’ dan rakyat yang beriman? Ingatlah firman Allah:
“…Katakanlah: ‘Kesenangan di dunia ini hanya sebentar sahaja dan (balasan) di akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa, dan kalian pula tidak akan dianiaya sedikit pun. Di mana sahaja kalian berada, kematian akan mendapatkan kalian, sekalipun kalian berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh…” (Surah al-Nisa’: 77-78)
Sesungguhnya peringatan Hadi ini mengerikan. Bagaimanakah umat Melayu mahu memutuskan rantai penjajahan ini?
Adakah ini suatu keinsafan atau Hadi baru tersedar bahawa PRN Johor sudah terlalu dekat dan rekod PAS tidak menunjukkan kemajuan tuntas meletakkan Islam di persada tertinggi?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/martabat-islam-hadi-tanya-hadi-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanipa Jawab Hadi Amanah Ditubuh Dek Kelemahan Presiden Pas

Hanipa Jawab Hadi Amanah Ditubuh Dek Kelemahan Presiden Pas

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 285 hits
MalaysiakiniAnggota Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin memulangkan paku buah keras kepada Abdul Hadi Awang susulan dakwaan Presiden PAS itu mengenai penubuhan Amanah dan parti Ikatan Demokratik Malaysia Walaupun tidak menyebut nama Abdul...
Hadi Kesal Di Malaysia Hukum Islam Boleh Dibatal Dengan Undang Undang Ciptaan Manusia

Hadi Kesal Di Malaysia Hukum Islam Boleh Dibatal Dengan Undang Undang Ciptaan Manusia

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 197 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang kesal Perlembagaan tidak ditafsirkan mengikut kefahaman Islam sehingga agama yang di bawah naungan raja raja tidak boleh bertindak mengatasi undang undang ciptaan manusia Beliau berka...
Tanya Jawab Seputar Mandi Wajib Setelah Haid

Tanya Jawab Seputar Mandi Wajib Setelah Haid

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 141 hits
Banyak yang masih bingung dan ragu ragu bahkan seringnya asal keramas aja dianggap bersih
Hadi Tak Pasal Pasal Orang Pangge Bodo Tak Malu Ke Budak Budak Kah

Hadi Tak Pasal Pasal Orang Pangge Bodo Tak Malu Ke Budak Budak Kah

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 155 hits
MUDA ditubuhkan DAP Betul betul bodoh Naib Presiden bidas Hadi February 20 2022 Pemimpin MUDA dan Amanah menggesa Presiden PAS Abdul Hadi Awang menghentikan cakap cakap politik bodoh berdasarkan sentimen kaum dan agama yang lapuk serta tida...
Kalau Bersekongkol Diam Tidak Menegur Pemimpin Rasuah Bagaimana Pula Hadi

Kalau Bersekongkol Diam Tidak Menegur Pemimpin Rasuah Bagaimana Pula Hadi

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 199 hits
Hadi beri peringatan Allah laknat pemberi penerima dan rakyat yang mengundi pemimpin rasuahOleh SURI LAILA February 19 2022Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata adalah mustahil untuk negara menghapuskan budaya rasuah jika pemimpi...
Hadi Awang Sedang Berjaga Jaga Bakal Diserang Orang Khairuddin Takiri

Hadi Awang Sedang Berjaga Jaga Bakal Diserang Orang Khairuddin Takiri

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 154 hits
Desas desus panas kedengaran Presiden PAS Hadi Awang telah dinasihatkan supaya berjaga jaga kerana Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali atau lebih dikenali sebagai Khairuddin Takiri yang dituduh adalah suara dalam audio bocor me...
Hadi Meets With Afghan Ambassador Appointed By Old Govt

Hadi Meets With Afghan Ambassador Appointed By Old Govt

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 188 hits
Special envoy to the Middle East Abdul Hadi Awang received a visit from Afghanistan s envoy to Malaysia Moheb Rahman Spinghar today Moheb was appointed by the previous Afghan government before it was toppled by the Taliban and his status as...
Sudah Lah Hadi Dengan Politik Bohong Dan Fitnah Kali Ni Boleh Makan Saman Gamaknya

Sudah Lah Hadi Dengan Politik Bohong Dan Fitnah Kali Ni Boleh Makan Saman Gamaknya

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 186 hits
JAMZURI ARDANIHj Hadi dakwa MUDA dan Amanah adalah parti yang ditubuhkan oleh DAP untuk mengelirukan orang Melayu Dok bohong orang tak abis abis Kesian betul saya tengok dia nie
Malu Ke Budak Budak La Hadi Syed Saddiq Tempelak Hadi Label Muda Boneka Dap

Malu Ke Budak Budak La Hadi Syed Saddiq Tempelak Hadi Label Muda Boneka Dap

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 180 hits
February 20 2022 Parti Ikatan Demokratik Malaysia menempis dakwaan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan mereka diasaskan untuk menjadi boneka parti DAP Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata sebaliknya Muda dias...
Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Startups Vs Established Industries

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Tip Ajar Anak Berpuasa Tanpa Rasa Terpaksa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iftar Satu Ramadhan

Lirik Lagu Last Time Killa Driz Ft Sonaone Joe Flizzow

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai