Maritim Malaysia Terima Tujuh Bot Pemintas Baharu


Foto: Ihsan APMMM Update, 17/09/2020 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima aset baharu hari ini iaitu tujuh bot pemintas bernilai RM6.3 juta bagi mengukuhkan operasi Op Benteng yang sedang dijalankan pasukan itu di sepanjang Selat Melaka.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata tujuh bot pemintas pelbagai jenis itu akan diagihkan kepada beberapa negeri dan zon bagi memperkasakan penguatkuasaan di laut.
“Pasukan Tindakan Khas (PTK) akan menerima dua unit bot pemintas ini manakala Maritim Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Zon Maritim Kuala Kurau serta Batu Pahat masing-masing menerima satu unit bot baharu ini.
“Zon Maritim Kuala Perlis akan menerima satu bot pemintas awal Oktober nanti, namun keutamaan agihan bot pemintas ini diberikan kepada zon yang berdekatan kawasan perairan negara jiran yang terdedah kepada ancaman aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan migran, dadah dan sebagainya,” katanya dalam satu sidang media di Avillion Admiral Cove di sini tadi.
Foto: Ihsan APMMTujuh bot pemintas itu dinamakan sebagai ‘Kelas Benteng’ selaras keperluan bagi meningkatkan Penguatkuasaan Operasi Benteng di bawah ‘National Task Force’ (NTF).
“Op Benteng adalah operasi bersepadu dilancarkan sejak 12 Mei lalu yang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia dan Maritim Malaysia yang bertujuan meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan sempadan negara di perairan serta darat.
Foto: Ihsan APMM“Sejak Op Benteng dilancarkan sehingga Ogos tahun ini, Maritim Malaysia sudah memeriksa sebanyak 22, 815 vesel dengan 190 tangkapan atas pelbagai kesalahan.
“Daripada keseluruhan tangkapan, sebanyak 107 tangkapan membabitkan kes berkaitan perikanan, manakala 27 kes PATI dan 18 kes berkaitan penyeludupan, lain-lain sebanyak 38 kes dan Maritim Malaysia juga turut merampas pelbagai barangan yang membabitkan kes dianggarkan bernilai RM10 juta,” katanya.
Zubil berkata, pihaknya mengingatkan kepada orang awam agar terus memberikan kerjasama dengan semua agensi penguat kuasa bagi membanteras kegiatan jenayah di laut.
Foto: Ihsan APMM“Mereka boleh terus menyalurkan maklumat jika ada sebarang kegiatan jenayah di laut dan bukan menjadi tali barut kerana tindakan yang tidak bertanggungjawab ini boleh menggugat keselamatan negara.
“Ia juga selaras dengan usaha kerajaan dalam menyekat penyebaran wabak COVID-19 daripada masuk ke negara kita melalui jalan laut,” katanya. – BH Online
The post Maritim Malaysia Terima Tujuh Bot Pemintas Baharu appeared first on M-Update.


source : M-Update

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2020/09/maritim-malaysia-terima-tujuh-bot.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Malaysia Catat 57 Kes Baharu Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

Covid 19 Malaysia Catat 57 Kes Baharu Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 533 hits
KUALA LUMPUR Kes baharu COVID 19 hari ini mencatat sedikit peningkatan kepada 57 kes berbanding 52 semalam dengan 51 jangkitan tempatan dan enam kes import Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Sabah kekal sebagai...
Malaysia Mencatatkan 100 Kes Baharu Covid 19 Manakala Sebanyak 12 Kes Pulih

Malaysia Mencatatkan 100 Kes Baharu Covid 19 Manakala Sebanyak 12 Kes Pulih

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 457 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan hari ini mencatatkan 100 kes baharu Covid 19 manakala 12 kes pulih Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 100 kes baharu itu membabitkan 85 penularan tempatan dan 15 kes importJumlah kematia...
Syed Saddiq Daftar Parti Baharu Muda Malaysia

Syed Saddiq Daftar Parti Baharu Muda Malaysia

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 512 hits
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menghantar permohonan pendaftaran parti baharu Ikatan Demokratik Malaysia Parti itu dikatakan tidak mempunyai had usia dan bangsa sebaliknya ia mewakili semua lapisan masyarakat dan ...
Politik Majmuk Inklusif Menuju Malaysia Baharu Wanita Keadilan

Politik Majmuk Inklusif Menuju Malaysia Baharu Wanita Keadilan

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 340 hits
Hari Malaysia pada tahun ini mungkin berbeza dan unik bagi rakyat Malaysia apabila parti pemerintah mula mengiktiraf politik majmuk yang mengutamakan kepelbagaian kaum dan agama dalam KEADILAN sejak 20 tahun lalu sebagai teras politik terba...
Maritim Tahan Kapal Bot Nelayan Asing Mycoastguard

Maritim Tahan Kapal Bot Nelayan Asing Mycoastguard

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 302 hits
MARITIM TAHAN KAPAL BOT NELAYAN ASING KOTA TINGGI Sebuah kapal tangki dan sebuah bot nelayan ditahan dalam dua Ops Benteng Laut di timur Tanjung Siang dekat sini semalam Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim ...
Polis Terima 46 Laporan Berhubung Kenyataan Mohamaddin

Polis Terima 46 Laporan Berhubung Kenyataan Mohamaddin

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 646 hits
PETALING JAYA Polis hari ini menerima 46 laporan polis berhubung kenyataan pemimpin Warisan Mohamaddin Ketapi berkait dakwaan pasukan keselamatan mengebom kelapa sawit dan rumah dan pasukan di darat berperang dengan ayam dan anjing Timbalan...
Hampir Terima Surat Mengandungi Racun Trump Terlepas Cubaan Bunuh

Hampir Terima Surat Mengandungi Racun Trump Terlepas Cubaan Bunuh

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 388 hits
WASHINGTON 21 Sept Pihak berkuasa sempadan menahan seorang suspek wanita kerana didakwa menghantar surat mengandungi racun risin ke White House Menurut agensi berita Sputnik memetik laporan NBC Chicago seorang pegawai penguatkuasa undang un...
Selamat Pengantin Baru Abang Isteri Terima Suami Kahwin Lagi Siap Terima Madu Bagaikan Adik

Selamat Pengantin Baru Abang Isteri Terima Suami Kahwin Lagi Siap Terima Madu Bagaikan Adik

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 602 hits
Keterbukaan seorang wanita menerima wanita lain sebagai madunya mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata ratanya memuji keikhlasannya itu Di kala yang lain sukar berkongsi kasih wanita bernama Syiela Rashid ini bukan sahaja memberi keiz...
Terima Komisen Affiliate Lagi Dalam Tahun 2020 Dari Tudung Sicomel

Terima Komisen Affiliate Lagi Dalam Tahun 2020 Dari Tudung Sicomel

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 462 hits
Terima Komisen Affiliate Lagi Dari Tudung Sicomel Lagi sekali rezeki memang tak salah alamat terutama bagi mereka yang berusaha hingga ke akhirnya Maksudnya jika jalan A tidak berjaya kita usaha ikut jalan B pulak itu namanya tidak berputus...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan