Mari Kita Test Iq Kita


BERAPA TINGGI IQ ANDA??? CUBA selesaikan teka-teki berikut berikut menggunakan apa sahaja kaedah yang anda fikirkan terbaik.

1. Terdapat lima rumah dengan warna yang berlainan.
2. Dalam setiap rumah, terdapat seorang penghuni yang berasal dari negeri yang berlainan dengan penghuni lain.
3. Kelima-lima penghuni ini, gemarkan minuman, menghisap rokok dan membela haiwan peliharaan yang berbeza.
4. Tiada satu pun antara kelima-lima penghuni ini, membela haiwan, menghisap rokok dan minum minuman yang sama.
5. Pembayangnya adalah


A: Lelaki dari England tinggal di rumah berwarna merah.
B: Lelaki dari Sweden membela anjing.
C: Lelaki dari Denmark minum teh.
D: Rumah hijau terletak di sebelah kiri rumah berwarna putih.
E: Pemilik rumah hijau minum kopi.
F: Lelaki yang menghisap rokok Pall Mall membela burung.
G: Pemilik rumah berwarna kuning menghisap Dunhill.
H: Pemilik rumah yang di tengah-tengah minum susu.
I: Lelaki dari Norway tinggal di rumah yang pertama.
J: Lelaki yang menghisap rokok Blend tinggal di sebelah lelaki yang memelihara kucing.
K: Lelaki yang memelihara kuda tinggal di sebelah lelaki yang menghisap rokok Dunhill.
L: Penghisap rokok Blue Master meminum beer.
M: Lelaki dari German menghisap rokok Prince.
N: Lelaki dari Norway tinggal di sebelah rumah berwarna biru.
O: Lelaki yang menghisap rokok Blend berjiran dengan lelaki yang gemar minum air kosong sahaja.

Soalannya: Siapa yang membela ikan?

Keliru? Tidak faham ? Pening? Pasti ada antara kita yang ketika ini mencongak dan membayang untuk mencari jawapan teka-teki berkenaan. Mungkin ada juga yang mula melakar dia atas kertas untuk mencari jawapannya ataupun berbincang dengan teman.

Sebenarnya, jawapan kepada persoalan ini tidak penting, tetapi cara dan kaedah penyelesaiannya adalah yang utama.

Teka-teki berkenaan dicipta oleh saintis terkenal Albert Einstein yang mendakwa, 98 peratus penduduk di dunia ini tidak dapat menjawabnya dengan tepat.

Einstein terkenal kerana mengemukakan teori “Kesetaraan jisim-tenaga” (mass–energy equivalence formula) iaitu atau e=mc ².

Pun begitu artikel ini bukan mahu mengajak pembaca mengagung-agungkan Einstein, atau menyentuh mengenai teorinya, tetapi sekadar memberi contoh semata-mata.

Ada yang beranggapan ia memerlukan seseorang yang mempunyai IQ (Intelligent Quotient) tinggi untuk menjawab teka teki tersebut. Justeru, berapa tinggikah IQ anda? 180, 170, 160 atau kurang daripada itu...

Umum beranggapan, sekiranya kita memiliki IQ tinggi, maka kita dikategorikan sebagai bijak pandai. Jadi, bijaksanakah Einstein? IQ lelaki kelahiran Jerman itu bagaimanapun tidak diketahui kerana dia tidak pernah mengambil ujian bagi menentukan jumlahnya, walaupun ada yang mendakwa ia hanya 140 sahaja.

Setiap manusia, apabila berdepan dengan permasalahan seperti teka-teki di atas, akan cuba menyelesaikannya menggunakan pelbagai kaedah, tidak kira sama ada akan berjaya ataupun tidak. Ia bergantung kepada bagaimana sesuatu permasalahan itu diselesaikan, kecerdasan minda, dan jumlah IQ mereka.

Sewaktu di sekolah dahulu, bagi mereka yang tidak gemar kepada matematik, pasti merungut jika belajar mengenai Algebra, Pengkamiran (Integration) atau Pembezaan (Differentiation).

"Buat apa belajar semua ini, bukan kita guna dalam hidup." Itu antara rungutan yang sering kedengaran semasa belajar topik berkenaan.

Benar, kita tidak akan menggunakannya untuk makan, bersiar-siar, membeli belah, menonton televisyen dan sebagainya. Namun tanpa kita sedar, pembelajaran dan aplikasi subjek-subjek tersebut sebenarnya menajamkan kecerdasan otak.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI (MULTIPLE INTELLIGENCES THEORY)

Ujian IQ dan ujian-ujian berhubung kecerdasan manusia sebenarnya dibangunkan oleh seorang ahli psikologi dari Paris, Perancis, Alfred Binet pada tahun 1905.

Namun demikian, kajian yang memberi kesan mendalam terhadap pemahaman kita tentang tahap kecerdasan manusia ialah yang dijalankan oleh profesor di Universiti Harvard, Britain, Howard Gardner.

Menurut Gardner, ujian IQ hanya akan mengukur kemahiran berbahasa dan matematik seseorang, namun kemahiran lain seperti bermain muzik, pengamatan dan sebagainya tidak diambil kira.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan sekolah-sekolah dan institusi pengajian di Barat yang terlalu mementingkan ujian IQ pada pelajar mereka. Malah menurut Gardner, ia akan hanya membantutkan masa depan pelajar kerana nasihat dan pemilihan kerjaya pelajar juga dibuat berdasarkan IQ mereka.

Sementara itu, jelas Gardner, terdapat pelbagai kecerdasan lain yang patut diambil kira sebelum menyatakan seseorang itu cerdas ataupun bijak. Kemahiran yang dikenal pasti oleh beliau ialah lapan jenis kecerdasan manusia yang terdiri daripada:

(i) Linguistik / Bahasa

Berkait rapat dengan kemahiran penggunaan bahasa. Seseorang yang cerdas kemahiran linguistiknya kebiasaannya mahir membaca, menulis dan berkomunikasi dengan orang lain melalui pelbagai cara berkesan.

(ii) Logik/ Matematik

Melibatkan kemahiran menaakul, mengira, berfikir secara logik dan memproses sesuatu maklumat terutamanya statistik atau nombor.

(iii) Visual/ Spatial (Ruang)

Menyentuh tentang keupayaan berfikir dalam bentuk visual dan gambar atau rajah.

(iv) Pergerakan Badan / Kinestetik

Melibatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan pergerakan badan.

(v) Muzikal / Irama

Keupayaan mencipta muzik, rentak atau irama tertentu.

(vi) Pemahaman Alam

Melibatkan keupayaan memerhati, memahami dan menghargai alam sekitar.

(vii) Emosional (Luaran)

Melibatkan kebolehan memahami emosi, perasaan, ciri-ciri dan keupayaan orang lain serta bagaimana berinteraksi dengan orang ramai.

(viii) Emosional (Dalaman)

Keupayaan memahami diri sendiri dan menggunakan pengetahuan tersebut bagi meningkatkan potensi diri. Justeru, setiap individu dinilai mengikut kebolehan dan keupayaan tertentu, dan bukannya berdasarkan IQ semata-mata.

Namun demikian, berbanding kajian Gardner ini, ujian IQ lebih banyak digunakan di seluruh dunia dan diterima ramai termasuk di negara ini.

Antara contoh aplikasinya ialah ketika menentukan calon yang diterima masuk ke sekolah berasrama atau sekolah sains.

Contoh skala IQ yang biasanya diguna pakai adalah seperti yang berikut:

MATA IQ:
173 dan ke atas
KEBOLEHAN:
IQ sangat tinggi, tumpuan sangat dalam mengenai sesuatu hal

MATA IQ:
160-175
KEBOLEHAN:
Mata IQ yang istimewa

MATA IQ:
145-159
KEBOLEHAN:
Individu yang sangat berkebolehan

MATA IQ:
130-144
KEBOLEHAN:
Minda individu yang lebih daripada orang kebanyakan

MATA IQ:
115-129
KEBOLEHAN:
Bijak

MATA IQ:
80-114
KEBOLEHAN:
Individu biasa, orang kebanyakan

MATA IQ:
79 dan ke bawah
KEBOLEHAN:
IQ di bawah paras kebanyakan


MENSA

Di Malaysia, mereka yang mempunyai IQ tinggi dijemput menganggotai Mensa. Ia merupakan sebuah pertubuhan bebas yang dianggotai oleh mereka yang mempunyai IQ tinggi. Ia terdapat di seluruh dunia dan bukan hanya di negara ini.

Oleh kerana syarat yang ketat, hanya dua peratus penduduk sahaja layak menjadi ahli Mensa.

Untuk menjadi ahli pertubuhan ini, mereka harus mengambil Ujian Kemasukan Mensa atau “Mensa Admission Test” (MAT), dengan markah lulus tidak kurang 148 mata.

Jangan bimbang kerana ujian tersebut tidak memerlukan anda mempunyai kemahiran matematik tinggi atau pengetahuan am yang luas, sebaliknya hanya logik pemikiran. Dalam MAT, anda akan diuji dengan Raven´s Advanced Progressive Matrices untuk menentukan tahap kemampuan IQ anda.

Soalan-soalannya tidak mengandungi bahasa yang berbelit-belit atau nombor-nombor kompleks, hanya gambar-gambar semata-mata.

Setiap soalan terdiri daripada lapan urutan gambar yang disusun dalam tiga baris dan lajur. Gambar terakhir (kanan, bawah) akan dibiarkan kosong untuk anda mencari jawapannya.

Hanya ada satu jawapan yang betul daripada pilihan jawapan yang diberi. Calon diberi masa 40 minit untuk menyelesaikan 36 soalan yang disediakan. Markah penuh bagi ujian ini ialah 180.

Calon dinasihatkan untuk menyelesaikan soalan secara berurutan, iaitu bermula daripada yang pertama dan berakhir di ke 36. Sebaiknya jangan bermula daripada yang ke 36 kerana soalan yang pertama adalah yang paling mudah dan ke 36 adalah paling sukar.

Apa yang perlu dibawa semasa mahu menduduki ujian ini ialah kad pengenalan dan wang tunai RM35.00 sebagai bayaran pemprosesan.

Ujian akan diadakan pada Sabtu kedua setiap bulan di Dataran Glomac, Jalan SS 6/20, 47301 Petaling Jaya.

Keputusan ujian akan diketahui dalam tempoh dua minggu apabila ia dihantar kepada calon.

Mensa membuka keahliannya kepada semua rakyat Malaysia berusia sekurang-kurangnya 14 tahun.

Di negara-negara maju, rekod usia paling muda menyertai Mensa ialah seawal usia dua tahun, manakala yang tertua ialah 104 tahun. Selamat mencuba...

Nota: Jawapan kepada teka-teki ialah lelaki Jerman.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://adanzzhanzz.blogspot.com/2013/03/mari-kita-test-iq-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Penuh 402 Sekolah Di Malaysia Dengan Masalah Disiplin Dan Dadah Mari Tengok Andai Sekolah Anda Termasuk

Senarai Penuh 402 Sekolah Di Malaysia Dengan Masalah Disiplin Dan Dadah Mari Tengok Andai Sekolah Anda Termasuk

papar berkaitan - pada 8/10/2018 - jumlah : 354 hits
Senarai Penuh 402 Sekolah di Malaysia Dengan Masalah Disiplin dan Dadah Mari Tengok Andai Sekolah Anda Termasuk
Kumpulan Elite Nafi Single Terbaru Hanya Test Market

Kumpulan Elite Nafi Single Terbaru Hanya Test Market

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 452 hits
Kumpulan Elite mengaku semakin dikenali dalam kelompok generasi muda selepas menyertai sebuah program realiti popular Meskipun tersingkir pada minggu ketiga minggu lalu Elite yang dianggotai Azza Linda Rafar dan Shasha Saidin tetap optimis ...
Pengalaman Test Jpj 2016

Pengalaman Test Jpj 2016

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 374 hits
Pengalaman Test JPJ 2016 Mimi start training 28 2 dan masa Mimi training setiap hari 2 jam dari pukul 10am sampai 12pm Panas mak jemahhhhh Tangan mimi burn teruk teruk cuma kulit yang tersorok dengan jam tangan je putih Ahahahaha Mimi di aj...
Johor Sultan Test Drives Proton S First Ever Suv The X70

Johor Sultan Test Drives Proton S First Ever Suv The X70

papar berkaitan - pada 8/10/2018 - jumlah : 439 hits
JOHOR BARU Johor Ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar got to test drive the X70 national car maker Proton s first ever sports utility vehicle here His Majesty granted an audience to Proton Holdings Berhad deputy chief executiv...
Suzuki Umumkan Pemenang Program Test Drive All New Ertiga Mungkin Anda Salah Satunya

Suzuki Umumkan Pemenang Program Test Drive All New Ertiga Mungkin Anda Salah Satunya

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 218 hits
Suzuki Indonesia mengumumkan nama sepuluh pemenang program test drive all new Ertiga Para pemenang berhak mendapatkan satu unit All New Ertiga tiga unit Suzuki GSX R150 tiga unit Suzuki GSX S150 dan tiga unit Suzuki Address Playful Mungkin ...
Walkot Palu Ke Warga Yang Eksodus Tolonglah Kembali Mari Menderita Bersama

Walkot Palu Ke Warga Yang Eksodus Tolonglah Kembali Mari Menderita Bersama

papar berkaitan - pada 9/10/2018 - jumlah : 242 hits
Yang mengungsi orang berduit semua Ya kita mari menderita bersama Jangan tinggalkan Palu dalam keadaan porak poranda begini ujar Hidayat
Lebih 30 Juta Akaun Facebook Digodam Mari Semak Akaun Anda Terjejas Atau Tidak

Lebih 30 Juta Akaun Facebook Digodam Mari Semak Akaun Anda Terjejas Atau Tidak

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 271 hits
Beberapa minggu yang lepas Facebook telah mengumumkan yang mana mereka mendapati terdapat kerentanan sekuriti pada sistem mereka yang memberikan akses token kepada pihak ketiga untuk mengakses data pengguna Ketika itu Facebook mengatakan se...
Mari Lakukan Amal Soleh Sebelum Datang 7 Perkara

Mari Lakukan Amal Soleh Sebelum Datang 7 Perkara

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 240 hits
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda Segeralah melakukan amal soleh tujuh perkara Apakah yang kamu perlu tunggu melainkan kefakiran yang akan melupakan kamu atau kekayaan yang akan menimbulkan rasa angkuh yang melampui ba...
Amerika Syarikat Fakta Menarik Unik Dan Aneh

Pilih Peruntukan Atau Muhyiddin

Bimbang Tentang Keselamatan Anak Anda Ketika Naik Motorsikal Dapatkan Helmet Ltd J

Combine Best Of Both Worlds To Train Cardiothoracic Surgeons

Kad Bank Malaysia Support Apple Pay Google Pay

Our Corrupt And Exploitative Business Community Is A Part Of The Problem Not A Part Of The Solution

Private Hospitals Ready To Receive Cardiac Surgery Patients From Serdang Centre

Wanita Masih Hidup Ada Kubur Sendiri



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Drama Nuh Dan Nayla

Ita Medin Wai Setak Nyin Chord

Anneth Pandai Bicara Chord

Himpunan Soal Jawab Qurban Sempena Hari Raya Aidiladha

Hijau Biru Purple Mata Hitamku

What S Behind The Security Warnings For Pride Events