Marhaban Ya Ramadan




Ramadan tiba lagi. Ini juga rezeki. Rezeki kerana jumpa Ramadan. Ada yang tidak sempat mendapat rezeki ini. Selain ibadat, bulan puasa mengajar kita untuk lebih berhemah dalam apa sahaja tindakan kita.
Tetapi realitinya ia sukar untuk diterjemahkan. Logiknya belanja kita boleh dikurang tetapi berlaku sebaliknya kerana asakan nafsu yang membuak setiap kali Ramadan.
Kalau mahu disenaraikan menu di bazar, tidak terbilang dibuatnya. Niat mahu membeli murtabak daging tetapi birat jari menjinjing ayam percik, briyani gam, sup “power” and serba manikam lagi.
Niat berjimat memang ada. Dengan kesempitan hidup yang semakin mencengkam, sepatutnya niat ini begitu murni untuk direalisasikan.
Kos sara hidup “versus” nasi mandy. Yang mana agaknya menang? Ternampak pula “live” di Facebook orang beratur membelinya. Tentu sedap! Entah godaan siapa, tiba-tiba anda dah ada dalam barisan panjang di gerai nasi Arab itu.
Niat paginya berbeza. Petangnya terbarai semua. Kita kalah lagi. Lalu menyalahkan harga makanan yang tidak masuk akal. Mana menu Rahmah?
Ramadan kali ini juga mengimbau kisah silam. Sejak hari pertama lagi, kami sudah membilang hari ke 1 Syawal. Kemenangan satu hal, satu lagi kemeriahan beraya. Duit raya, ketupat, dan lemang. Waktu itu tiada baju Melayu bulan bintang.
Tugas kami sebelum berbuka ialah membeli ais ketul di pekan. Air dibalut sekam padi atau habuk kayu menahannya daripada cair. Kami tidak punya peti ais tapi kalau tidak ada sirap ais di meja, boleh jadi berantakan ketika berbuka.
Ads by Kiosked“Itu dulu,” kata generasi sekarang. Memang dulu hidupnya santai. Tidak punya harta tetapi hati lebih tenang berbanding sekarang, kalut mencari harta tetapi tidak pernah cukup untuk biaya iftar beratus ringgit.
Entah berapa lagi Ramadan yang sempat kita tempuhi. Kata ustaz, jangan sampai setiap kali habis Ramadan dosa kita tidak terampun, nauzubillah.
Kita doa gred ibadat kita sedikit meningkat pada bulan puasa kali ini. Kita doa menjadi antara yang terpilih berjumpa malam laylat al-qadr. Kita doa menjadi umat yang memberi manfaat kepada orang lain. Amin Ya Rob. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/03/aaaaa_84.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Puasa Dengan Set Ramadan Santai Warisan Di Amansari Hotel Nusajaya

Buka Puasa Dengan Set Ramadan Santai Warisan Di Amansari Hotel Nusajaya

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 403 hits
Buka Puasa Dengan Set Ramadan Santai Warisan di AmanSari Hotel Nusajaya Hai korang Ummi nak share set berbuka puasa harga murah di Johor Bahru The post appeared first on
Tak Perlu Tutup Kantin Sekolah Sepanjang Ramadan Fadhlina Sidek

Tak Perlu Tutup Kantin Sekolah Sepanjang Ramadan Fadhlina Sidek

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 496 hits
hmetro com myFADHLINA beramah mesra dengan murid pada Majlis Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah Yayasan Petronas 2023 di Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu Jalan Raja Laut Kuala Lumpur FOTO Aswadi AliasKuala Lumpur Kementerian Pendidikan mel...
Buffet Ramadan 2023 Berbuka Puasa Di Bbq Lamb Kemensah

Buffet Ramadan 2023 Berbuka Puasa Di Bbq Lamb Kemensah

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 332 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini aku berpeluang ke BBQ Lamb Kemensah dan mencuba makanan berbuka puasa walaupun belum masuknya bulan puasa lagi Untuk pengetahuan anda ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke lokasi...
Buffet Ramadan Kl Convention Centre Tradisi Semarak Rasa

Buffet Ramadan Kl Convention Centre Tradisi Semarak Rasa

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 232 hits
Jika anda mencari buffet Ramadan tempat berbuka puasa di tengah tengah ibu kota negara Kuala Lumpur Convention Centre adalah tempatnya Seperti tahun tahun yang sudah majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur Convention Centre adalah antara tempa...
Sedekah Pada Bulan Ramadan

Sedekah Pada Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 371 hits
Beruntunglah sesiapa yang memudahkan dirinya untuk bersedekah semampunya Sabda Rasulullah SAW bermaksud Bersedekahlah dan jangan berat memberikan agar Allah tidak memberi kamu dalam jumlah yang terhad dan jangan menahan hartamu agar Allah t...
Deretan Artis Umrah Jelang Ramadan Ada Aurel Hingga Mulan Jameela

Deretan Artis Umrah Jelang Ramadan Ada Aurel Hingga Mulan Jameela

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 217 hits
Menyongsong bulan suci Ramadan umat muslim berbondong bondong mencari berkah Tak terkecuali para artis muslim Tanah Air Menjelang Ramadan para artis muslim Tanah Air memilih untuk menjalani ibadah umrah di Tanah Suci Ini deretan artis yang ...
Indahnya Suasana Malam Menyambut Bulan Suci Ramadan Di London

Indahnya Suasana Malam Menyambut Bulan Suci Ramadan Di London

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 1898 hits
Menyambut bulan suci Ramadan kawasan Piccadilly Circus di London dihiasi pernak pernik lampu unik berbentuk bulan sabit bintang hingga tulisan Happy Ramadan Hiasan lampu yang menerangi kawasan Piccadilly Circus telah menarik perhatian warga...
Salam Ramadan Kareem 1444h 2023

Salam Ramadan Kareem 1444h 2023

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 276 hits
Salam Ramadan kepada semua umat Islam Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadan Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua Raih peluang untuk memperbanyakkan amal soleh ketika di bulan yang mulia ini Semoga Allah terima semua amal...
Parliamentarians To Skip Lunch On Ramadan Eve

Parliamentarians To Skip Lunch On Ramadan Eve

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Members of Parliament will forego having lunch on the eve of the start of the Ramadan fasting month As all are aware that all Muslims in the country will begin fasting during the month of Ramadan assuming that fasting begins on...
Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

What Is Dashi And How To Make It

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Anggota Komando Hilang Ketika Latihan Ditemui Lemas Di Pelabuhan Kuantan

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Set Up Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif Untuk Tangki Kecil Produk Penjagaan Dan Makanan Terbaik Ikan Emas

Kenapa Dulu Tuala Wanita Di Panggil Modes

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry