Margaretta Gauthier



Judul : MARGARETTA GAUTHIERPenterjemah : HAMKAPenerbit : Jejak Tarbiah PublicationTahun terbit : 2020Jumlah halaman : 168Harga : RM25
Lama sungguh saya tak membuat catatan tentang buku yang telah dibaca. Catatan terakhir dibuat pada bulan September lalu. Entah kenapa tiba-tiba saya hilang minat membaca dan terus tak sentuh buku-buku yang ada. Bulan ini saya cuba kembali membaca, saya mulakan dengan bahan bacaan ringan iaitu sebuah novel terjemahan oleh HAMKA

PengenalanKarya asal kisah ini ditulis oleh seorang penulis Perancis bernama Alexander Dumas Junior dengan judul La Dame aux Camelias pada tahun 1848. Seorang sasterawan Mesir, Mustafa Lutfi al-Manfaluti kemudiannya menterjemah dan meringkaskan sedikit karya ini ke bahasa Arab dengan judul al-Dahiyya dan Mudhakkirat Margarit. Daripada naskhah Arab inilah HAMKA menterjemahkannya ke bahasa Indonesia dengan judul Margaretta Gauthier pada tahun 1940. Manakala naskhah yang ada di tangan saya ini merupakan versi terbitan semula oleh penerbit Malaysia dengan diberi nafas baru

SinopsisNovel ini mengisahkan kehidupan seorang perempuan muda bernama Margaretta Gauthier yang hidup dalam kemiskinan sehingga terpaksa menjual kehormatan dirinya demi kelangsungan hidup. Margaretta menjadi perempuan yang tidak percaya kepada cinta lelaki. Pertemuan Margaretta dengan seorang lelaki bernama Armand akhirnya mengubah pandangan hidup Margaretta tentang cinta

Kebahagiaan Margaretta hidup bersama dengan Armand tidak lama. Margaretta dihadapkan dengan situasi yang memerlukan dia melakukan satu pengorbanan besar. Segala rahsia dan segenap perasaan Margaretta kemudiannya diluahkan menerusi catatan-catatan peringatan yang ditulis khusus buat Armand

Bagaimanakah kesudahan hidup Margaretta? Berbaloikah pengorbanan yang dilakukannya


Petikan Novel1. “…memperbaiki perempuan yang telah rosak itu adalah sebahagian daripada pekerjaan lelaki muliawan. Dan pekerjaan itu jauh lebih suci berbanding sebahagian lelaki muliawan lagi, yang membawa perempuan baik-baik menjadi binasa…”
2. Orang yang menderita di alam ini amatlah banyak. Tetapi yang lebih sengsara ialah orang-orang yang berdukacita tetapi sabar. Yang peri kehidupannya, walau bagaimana pahit dan sakitnya, harus dikuburkan saja di dalam perbendaharaan sukmanya, lalu dikunci pintunya erat-erat. Setelah pintu itu terkunci erat, dia pun maju ke tengah gelanggang orang ramai dengan muka tersenyum, tertawa dan gelak terbahak-bahak, seakan-akan tidak ada yang luka, dan tidak ada yang sakit di sudut jiwanya

3. Beruntunglah orang-orang yang dapat hidup lama di dunia ini, kemudian mereka mati meninggalkan keturunan yang baik ataupun amalan yang berbakti. Disebabkan amalan itu, mereka seakan-akan hidup kembali di dunia ini lebih lama berbanding masa yang mereka jalani dahulu

Margaretta Gautheir - kisah tentang cinta, perjuangan hidup dan kemuliaan hati seorang perempuan yang hidupnya di pandang hina oleh masyarakat. Kisah yang menyentuh perasaan dan berjaya membuat saya merasa sebak pada babak tertentu

Walaupun ia cuma kisah biasa, tetapi ia menjadi indah dengan susunan kata oleh HAMKA. Novel ini juga memberi banyak pengajaran buat pembacanya




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2021/11/margaretta-gauthier.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

The Prophet By Kahlil Gibran

Macc Chief Points To Nepal In Warning Against Graft

Imagine Rightist Akmal S Reaction If This Israeli Flag Display In Kelantan Is Re Enacted In Dap State

Penhaligon S Introduces The Cut A Bold New Chapter In Bespoke Perfumery

Realme Game Of Thrones Limited Edition Rekaan Epik Prestasi Hebat

Hubungan Kaedah Green Dengan Supersimetri Kuantum Mudahnyabacajurnal

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Daging Paprik Masak Di Rumah

Menuai Buah Limau Bali Sunkist Dan Buah Limau Kasturi

Selamat Asrin Semakin Hebat

Tips Tarik Trafik Ke Blog Tanpa Pening Kepala

Cikbunga Pertama Kali Masuk Raudah

Menu Express 20 Minit Untuk Mak Yang Penat Balik Kerja