Marah Marah Waktu Mengandung Ganggu Pertumbuhan Bayi Dalam Kandungan


Ketika seseorang wanita mengandung, akan berlaku perubahan hormon yang mungkin menganggu emosinya. Apabila keadaan ini berlaku, tanpa sedar ibu hamil akan berubah menjadi lebih sensitif dan mudah marah-marah.

 
Berdasarkan pemerhatian, ibu hamil lekas marah semasa berada di trimester pertama. Jangan begitu. Emosi perlu dikawal dengan sebaik-baiknya.
Hal ini kerana emosi yang tidak dikawal boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi di dalam kandungan.Seperti yang ramai sedia maklum, bayi di dalam berupaya ‘merasai’ dunia luarnya melalui si ibu.

Menurut kajian, emosi ibu hamil yang tidak stabil akan membebaskan kimia tertentu ke dalam saluran darah dan terus ke plasenta bayi. Akibatnya, ia boleh menimbulkan tekanan kepada bayi.
Baca Juga:
Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan, Ini Yang Pakar O&G Kongsikan!
Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bagus Untuk Tumbesaran Bayi!
Ada Sebab Kehamilan Rapat Tidak Digalakkan, Doktor Ini Kongsikan Bahaya Yang Mungkin Berlaku
Berikut adalah kesan yang boleh dialami oleh bayi jika anda selaku ibu hamil tidak berjaya mengawal emosi marah: # Kelahiran pramatang Terdapat satu kajian yang mendapati satu daripada 10 wanita yang sering marah dan mengalami tekanan keterlaluan sewaktu mengandung akan melahirkan bayi sebelum cukup usianya.

Apabila dilahirkan tidak cukup bulan, bayi pramatang boleh terdedah kepada pelbagai jenis risiko seperti penyakit yang berkaitan paru-paru, pertumbuhan lambat dan paling membimbangkan boleh membawa maut.
# Aliran darah kepada janin terganggu Apabila marah, tekanan darah anak naik. Begitu juga dengan degupan jantung. Hormon adrenalin dan epinefrin yang dilepaskan membentuk tekanan lalu menjejaskan bekalan oksigen yang diberi pada rahim.
Jika tekanan terlalu kuat, tumbesaran bayi yang terjejas boleh menyebabkan punca keguguran.
# Berat badan bayi rendah Berat lahir normal di antara 3kg hingga 3.5 kg. Manakala berat yang rendah pula adalah dalam lingkungan kurang daripada 2.5kg dan berat yang sangat rendah adalah di bawah 1.5 hingga 1kg.
 
# Bayi hiperaktif Kajian mendapati emosi marah yang tidak dikawal serta kebimbangan yang melampau sepanjang kehamilan boleh meningkatkan risiko si ibu melahirkan bayi hiperaktif.
# Bayi kuat meragam Sekiranya kerap kali mengalami masalah emosi tidak stabil, bayi yang bakal dilahirkan lebih mudah meragam. Corak tidurnya mungkin boleh terganggu selepas dilahirkan kelak.  Corak negatif ini bakal meningkat apabila bayi menjangkau usia dua hingga empat bulan.

Kawal Emosi Marah, Jangan Ikutkan Perasaan! Anda pasti tidak mahu kesan-kesan yang dinyatakan ini terjadi kepada bayi bukan? Oleh yang demikian, anda perlu bijak dalam mengatur kehidupan dan mengawal emosi apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang menimbulkan tekanan kepada diri.
Jangan biarkan gangguan itu mengganggu emosi anda sehingga menjejaskan kesihatan diri dan bayi yang bakal dilahirkan. Lakukan perkara berikut yang ternyata dapat membantu pengawalan emosi:

Bersenam Aktiviti senaman akan merangsang tubuh melepaskan hormon endorfin yang boleh menimbulkan rasa tenang dan gembira. Antara senaman yang elok dilakukan oleh ibu hamil ialah berenang.

Bersantai & Relaks
Luangkan masa dengan menonton wayang, mendengar lagu kegemaran ataupun menjalani terapi di spa.
Makan Apa Anda Suka (secara terkawal) Dapatkan makanan yang boleh memberikan rasa gembira kepada anda. Contohnya ais krim atau coklat. Sekurang-kurangnya dengan mengambil makanan berkenaan, anda akan berasa lebih lega dan kembali tenang.

Tidur secukupnya Masalah kekurangan waktu tidur boleh menyebabkan anda mudah tertekan dan cepat marah. Jadi, tidur lebih awal pada malam hari agar anda dapat bangun keesokan harinya dengan rasa lapang dada.
Sebaiknya jangan berjaga sehingga lewat malam kerana ia akan membuatkan anda menjadi letih. Untuk lebih tenang, minum susu dan gunakan haruman aromaterapi dalam bilik tidur.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
 
The post Marah-Marah Waktu Mengandung, Ganggu Pertumbuhan Bayi Dalam Kandungan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/marah-marah-waktu-mengandung-ganggu-pertumbuhan-bayi-dalam-kandungan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Hati Kalau Demam Waktu Mengandung Risau Jejas Kandungan

Hati Hati Kalau Demam Waktu Mengandung Risau Jejas Kandungan

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 194 hits
Bahaya atau tidak demam yang dialami semasa hamil adalah bergantung kepada jenis jangkitan kuman Tambahan lagi pada masa kini terlalu banyak jangkitan baru Oleh itu paras bahaya atau tidak demam itu kepada anda yang sedang hamil adalah berg...
Scan Bayi Penting Untuk Check Tahap Kesihatan Bayi Dalam Kandungan Bukan Semata Nak Tengok Wajah Saja

Scan Bayi Penting Untuk Check Tahap Kesihatan Bayi Dalam Kandungan Bukan Semata Nak Tengok Wajah Saja

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 122 hits
Mungkin ada ibu yang beranggapan tidak perlu untuk melakukan atau dalam kandungan Sebenarnya dalam kandungan amat penting bukan sekadar untuk melihat wajah sahaja seperti yang sering difikirkan segelintir Berkenaan ujian imbasan atau apakah...
Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan Ini Yang Pakar O G Kongsikan

Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan Ini Yang Pakar O G Kongsikan

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 147 hits
Journey kehamilan adalah sesuatu yang sangat indah buat seorang wanita bergelar ibu Setiap kali mengandung ibu akan melalui pengalaman yang berbeza Itulah yang menjadikan detik kehamilan satu memori indah untuk dikenang Morning sickness nai...
Tip Rangsang Bayi Merangkak Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan

Tip Rangsang Bayi Merangkak Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 120 hits
Apabila sampai waktunya bayi anda akan mula belajar untuk Buat mama dan papa ketahui tip rangsang bayi untuk Tapi mama papa perlu tahu setiap bayi ada kemampuan berbeza jangan terlalu memaksa mereka Ini merupakan antara fasa penting buat ke...
Kjri Guangzhou Selamatkan Bayi Wni Dari Dugaan Perdagangan Orang

Kjri Guangzhou Selamatkan Bayi Wni Dari Dugaan Perdagangan Orang

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 71 hits
Bayi CP berhasil diselamatkan dari oknum yang mencoba untuk menjualnya kepada warga negara China di Kota Fuqing Provinsi Fujian China
Afrika Bayi Terselamat Selepas Ditanam Hidup Hidup Semalaman

Afrika Bayi Terselamat Selepas Ditanam Hidup Hidup Semalaman

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 213 hits
AgensiBAYI berkenaan kemudian dibesarkan oleh neneknya FOTO AgensiKampala Ajaib apabila bayi perempuan yang ditanam hidup hidup di Uganda selepas dilahirkan diselamatkan selepas berjam jam berada di dalam tanah Ibunya yang berusia 23 tahun ...
Bahaya Anemia Ketika Hamil Bayi Pun Boleh Dapat Bila Dah Lahir

Bahaya Anemia Ketika Hamil Bayi Pun Boleh Dapat Bila Dah Lahir

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 210 hits
Ketika hamil banyak masalah yang mungkin berlaku pada si ibu Salah satunya adalah anemia Ia merupakan masalah kesihatan yang berlaku apabila darah kekurangan sel darah merah yang sihat atau hemoglobin Di dalam perkongsiannya di laman Facebo...
Petua Hilangkan Kuning Bayi Dengan Susu Kambing Asli Suka

Petua Hilangkan Kuning Bayi Dengan Susu Kambing Asli Suka

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum bayi yang baru lahir kebanyakannya akan kena jaundice korang bakal ibu boleh berjaga jaga awal tau Masa Lisa syarat mengandung aritu ada kawan bagi tips cara untuk cepat turun kuning salah satunya dengan amalkan minum susu k...
Buatlah Detailed Scan Penting Untuk Check Keadaan Tak Normal Bayi

Buatlah Detailed Scan Penting Untuk Check Keadaan Tak Normal Bayi

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 223 hits
Berbanding imbasan atau scan biasa detailed scan antara yang disarankan oleh doktor untuk mengesan sebarang kecacatan sturktural yang dialami bayi terutama bagi ibu hamil berusia 35 tahun ke atas Malah menurut perkongsian Pakar Obstetrik Gi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities