Hati Hati Kalau Demam Waktu Mengandung Risau Jejas Kandungan


Bahaya atau tidak demam yang dialami semasa hamil adalah bergantung kepada jenis jangkitan kuman. Tambahan lagi pada masa kini, terlalu banyak jangkitan baru. Oleh itu, paras bahaya atau tidak demam itu kepada anda yang sedang hamil adalah bergantung kepada pendedahan diri kepada kuman yang ada.

Demam boleh menjadi salah satu simptom yang menunjukkan ibu hamil mengalami jangkitan kuman. Jadi, tidak boleh dikatakan sama ada ia okay ataupun sebaliknya sekiranya dialami oleh ibu hamil. Pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk mengetahui punca demam itu disebabkan oleh apa, lebih-lebih lagi jika demam itu melebihi daripada 38°C.
Sekiranya demam yang dialami terus tinggi iaitu antara 39°C hingga 40°C dan pada masa yang sama ada simptom berkaitan seperti anda keletihan, tidak berselera makan dan kurang minum air, itu menunjukkan demam itu bukan simptom yang biasa.
Sumber foto: www.freepik.com Oleh yang demikian, anda  perlu segera ke hospital. Dalam kes seperti ini, ia perlu dilakukan kerana anda memerlukan pemeriksaan doktor. Jika perlu, ujian darah dan rawatan sokongan seperti drip intravenous perlu dilakukan. Melalui perkongsian
Baca Juga:
Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan, Ini Yang Pakar O&G Kongsikan!
Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bagus Untuk Tumbesaran Bayi!
Ada Sebab Kehamilan Rapat Tidak Digalakkan, Doktor Ini Kongsikan Bahaya Yang Mungkin Berlaku
Boleh makan paracetamol
Lazimnya, semasa mengandung, daya ketahanan tubuh wanita mengandung seseorang itu lebih rendah berbanding orang biasa. Disebabkan itulah, anda mudah mendapat jangkitan. Kadang-kadang orang biasa tidak mudah mendapat jangkitan seperti yang dialami oleh wanita hamil.
Walau bagaimanapun, jika demam itu adalah kurang daripada 38°C dan pada masa yang sama anda rasa okay dan tiada simptom sampingan lain, maka boleh ambil paracetamol.
Selain daripada paracetamol, terdapat beberapa ubat untuk mengubati demam namun tidak begitu berkesan. Jadi, paracetamol adalah ubat paling berkesan untuk mengatasi demam. Tambahan pula, paracetamol mudah didapati. Jadi, pengambilannya sudah mencukupi.
Sumber foto: www.freepik.com Risiko boleh menular kepada kandungan
Bergantung kepada jenis demam dan jangkitan kuman yang disyaki, ia boleh memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan. Apa yang membimbangkan oleh para doktor ialah jangkitan virus yang dialami anda boleh menular kepada bayi. Biasanya jika demam itu dialami dalam trimester pertama.
Ia boleh menjejaskan proses pembentukan organ. Penyakitnya adalah seperti rubela, German measles atau measles. Lantaran itulah, trimester pertama adalah tahap paling kritikal sepanjang tempoh kehamilan.
Satu lagi yang dirisaukan ialah apabila anda mendapat jangkitan chicken pox semasa trimester ketiga. Perlu anda ketahui bahawa di dalam mukus faraj terdapat banyak gelembung virus. Dalam proses kelahiran, bayi akan melalui saluran peranakan dalam proses kelahiran normal boleh terdedah kepada jangkitan yang sama.
Ibu Kena Chicken Pox
Hal ini terutamanya jika anda mengalami chicken pox dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Sekiranya demam anda aktif dalam tempoh kritikal itu, maka doktor akan menasihatkan anda untuk menjalani proses kelahiran melalui pembedahan caesarean.
Sumber foto: www.freepik.com Di dalam lain masa, risiko jangkitan boleh berlaku jika demam ada ada simptom. Jangkitan kuman merebak kepada bayi mengikut jenisnya. Suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan nadi bayi menjadi laju. Hal ini kerana apabila suhu badan tinggi dan anda mengalami dehidrasi  kerana kekurangan air, ia akan menjadikan aliran darah kepada bayi menjadi kurang, lalu nadi bayi pun menjadi laju. Lama-kelamaan bayi boleh mengalami distress.
Jadi, anda perlu cepat berjumpa doktor. Impaknya, ia boleh buat bayi distress dan paling teruk bayi meninggal dalam kandungan. Jika hal ini berlaku semasa di trimester ketiga dan usia kandungan lebih 34 minggu, bayi boleh dikeluarkan. Sebaliknya, jika umur kandungan kurang daripada itu, ia boleh sebabkan risiko kematian. Oleh sebab itu, sangat penting untuk anda kekal dehidrasi dan turunkan suhu dengan cepat.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
 
The post Hati-Hati Kalau Demam Waktu Mengandung, Risau Jejas Kandungan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hati-hati-kalau-demam-waktu-mengandung-risau-jejas-kandungan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Marah Marah Waktu Mengandung Ganggu Pertumbuhan Bayi Dalam Kandungan

Marah Marah Waktu Mengandung Ganggu Pertumbuhan Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 189 hits
Ketika seseorang wanita mengandung akan berlaku perubahan hormon yang mungkin menganggu emosinya Apabila keadaan ini berlaku tanpa sedar ibu hamil akan berubah menjadi lebih sensitif dan mudah marah marah Berdasarkan pemerhatian ibu hamil l...
Azrinaz Anak Perempuan Dijangkiti Respiratory Syncytial Virus Hati Hati Bila Demam Batuk

Azrinaz Anak Perempuan Dijangkiti Respiratory Syncytial Virus Hati Hati Bila Demam Batuk

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 264 hits
Respiratory Syncytial Virus adalah jangkitan virus yang mudah merebak terutama dalam kalangan kanak kanak melalui perkongsian dilaman Instagramnya memaklumkan tentang dan dirinya dijangkiti Respiratory Syncytial Virus Virus itu sering menye...
Foto Macam Kegiatan Sembari Menunggu Waktu Buka Puasa Di Masjid Raya Baiturrahman Banda Aceh

Foto Macam Kegiatan Sembari Menunggu Waktu Buka Puasa Di Masjid Raya Baiturrahman Banda Aceh

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 289 hits
Halaman Masjid Raya Baiturrahman menjadi hangat dengan macam kegiatan umat Islam yang menunggu buka puasa
Ceramah Ramadhan Hari Ke 24 Manajemen Waktu

Ceramah Ramadhan Hari Ke 24 Manajemen Waktu

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 428 hits
Waktu adalah uang time is money demikian pepatah Barat mengatakan Dalam Islam waktu bukan sekedar uang Bahkan waktu adalah kehidupan itu sendiri Demikian pentingnya waktu pada beberapa ayat Allah sampai bersumpah dengannya Wal fajri demi fa...
Tol Bocimi Longsor Bpjt Sebut Perbaikan Jalan Butuh Waktu 3 Bulan

Tol Bocimi Longsor Bpjt Sebut Perbaikan Jalan Butuh Waktu 3 Bulan

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 186 hits
Memperbaiki jalan tol bocimi yang longsor membutuhkan waktu berbulan bulan
Hiburan Sudah Sampai Waktu Zul Ariffin Bakal Tamatkan Zaman Bujang Hujung Tahun Ini

Hiburan Sudah Sampai Waktu Zul Ariffin Bakal Tamatkan Zaman Bujang Hujung Tahun Ini

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 533 hits
Siapa saja yang tidak mengenali pelakon hero malaya Zul Ariffin yang sangat dikenali gaya manly dan kehebatan dalam lakonan Bakal tamatkan zaman bujang Khabar terbaru mengenai dirinya Zul Ariffin atau nama sebenar Zulkifli Ariffin nekad unt...
Menjadi Imam Bukanlah Waktu Untuk Murojaah Hafalan

Menjadi Imam Bukanlah Waktu Untuk Murojaah Hafalan

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 191 hits
Waktu menjadi imam sholat berjamaah bukanlah waktu untuk memurojaah hafalan Al Quranmu Potongan video tausiyah dari Ustadz Firanda Andirja tersebut lewat di halaman media sosialku kemarin malam Tausiah berlanjut dengan cerita pengalaman pri...
Keutamaan Pahala Dijanjikan Allah Swt Pada Mereka Yang Mengerjakan Salat Tepat Waktu

Keutamaan Pahala Dijanjikan Allah Swt Pada Mereka Yang Mengerjakan Salat Tepat Waktu

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 135 hits
Saya bertanya kepada Rasulullah Apakah amal yang paling dicintai oleh Allah SWT Beliau bersabda Salat pada waktunya
Sto 2 0 Cara Buat Temujanji Imigresen Online Dan Waktu Operasi Imigresen

Sto 2 0 Cara Buat Temujanji Imigresen Online Dan Waktu Operasi Imigresen

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 618 hits
Sistem Temujanji Online atau yang diterbitkan untuk anda membuat temu janji imigresen sebelum menghadirkan diri untuk melakukan sebarang urusan di pejabat imigresen Anda boleh datang ke cawangan terdekat anda setelah sudah membuat temu janj...
From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi

Pagi Yang Tak Disangka

Polis Melaka Siasat Pacuan Empat Roda Tampal Pelekat Tulisan Hebrew

1688vegas 21 May 1688vegas Top 54 By Klaudia

Tng Ewallet Explains How To Use Budi95 With One App At All Stations

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Laku Keras 1 607 Unit Proton E Mas 5 Ditempah Dalam 24 Jam Suv Elektrik Tempatan Raih Sambutan Luar Biasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masakan Simple Daging Masak Kicap

Mengidam Terung Pipit

Dim Sum Discovery By Canning Pengalaman Makan Belajar Dalam Satu Tempat

Lirik Lagu Teristimewa Pu Fendi Ustaz Fadhil Abdul Rahman Ustaz Huri

Beli Handbag Baru Bonia Paloma Tote Bag Warna Beige

British Iron Our Favorite Norton Customs