Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat
Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat
Diego Maradona, seorang pemain bola sepak yang terkenal dengan aksi lincah di tengah padang difahamkan telah dikebumikan tanpa salah satu organ, iaitu jantung. Laporan ini diungkapkan melalui sebuah buku baharu yang ditulis oleh seorang doktor dan juga wartawan Argentina, Nelson Castro.
Memetik laporan The Times, Nelson yang muncul di acara televisyen Argentina untuk mempromosikan bukunya iaitu La salud de Diego: la verdadera historia (Kesihatan Diego: Kisah Benar) mendakwa, jantung pemain dan lagenda bola sepak Argentina itu dikeluarkan sebelum upacara pengebumian. Ia bertujuan untuk menghalang peminat bola sepak daripada menyerbu kuburnya dan mencuri organ dalaman Maradona.
“Ada sekumpulan [peminat pasukan Gimnasia y Esgrima La Plata] yang merancang untuk menceroboh masuk dan mengeluarkan jantungnya,” kata Castro. “[Rancangan] ini dikesan akan berlaku jadi jantungnya dikeluarkan.” Tambah beliau lagi, selain daripada mengelak jantung Maradona dicuri, ia juga bertujuan untuk pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital bagi mengetahui punca kematiannya.
Maradona mempunyai masa-masa yang menakjubkan sebagai pemain bola sepak. Dia telah mencipta sejarah untuk negara dan kelab yang diwakilinya. Selepas bersara, Maradona bertukar menjadi jurulatih untuk pasukan kebangsaan Argentina dan kelab lain di dalam dan luar negara. Pasukan terakhir yang dibimbing Maradona ialah Gimnasia y Esgrima La Plata, yang peminatnya dilaporkan merancang untuk mencuri jantungnya.
Walaupun kisah lagenda Maradona sering diingati masyarakat umum, namun beliau juga tidak lari daripada pelbagai skandal dan juga penyalahgunaan dadah. Beberapa tahun sebelum beliau meninggal, satu video tular di mana beliau sempat menghisap dadah sebelum mengurus pasukannya, Gimnasia yang sedang bertanding di dalam Primera División.
“Malangnya, dia mempunyai ketagihan kepada semua yang merosakkannya. Maradona ketagih dengan segala-galanya.” Kata Nelson sebelum menyambung, “Walaupun dia mempunyai jantung seorang ahli sukan, iaitu jantung yang besar, ia besar kerana sesuatu yang lain. Bukan sahaja kerana dia seorang atlet tetapi kerana kegagalan jantung yang dialaminya.”
Selain itu, Maradona juga pernah dituduh mendera dan menculik seorang wanita bernama Mavys Alvarez. Maradona didakwa bertemu dengan Alvarez sewaktu wanita itu berusia 16 tahun pada tahun 2000 dan melakukan aktiviti seksual dengannya tanpa pengetahuan penjaga Alvarez. Dia juga telah mengurung Alvarez di bilik hotel dan wanita itu tidak dibenarkan keluar.
Maradona meninggal dunia pada 20 November tahun lalu di umur 60 tahun semasa menjalani pembedahan otak. Sebelum meninggal, Maradona dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang serius dan dipantau rapi doktor di rumahnya di utara Buenos Aires. Vc
Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat
Baca Artikel Menarik :
Roti Gardenia naik 10 hingga 45 sen
5 ditahan gaduh tepi jalan guna payung, gergaji
Guru kecewa, murid jawab ‘lek lah cikgu’
Fesyen Che Ta macam fesyen masuk tanah – Netizen
Katak : Chong jangan lupa ayahnya pun pernah lompat – Wong
DAP mahu status Bumiputera? Bersedia gugur sekolah vernakular?
Jagung kukus Tok Wan buat ramai terliur
Pemain JDT dilatih bersikap sombong – Sanusi
Polis tumpas sindiket penipuan pakej ubah suai rumah
Gadis cantik penjual kambing bergelar pelajar universiti
Tiada kerjasama UMNO-BERSATU – Rauf
Layari Laman Facebook MYKMU
Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA
Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji
The post Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/11/25/maradona-dikebumikan-tanpa-jantung-mahu-elak-dicuri-oleh-peminat/