Mara Digital Mall Terus Sepi Walaupun Kempen Beli Produk Islam Kencang




Walaupun kempen “Buy Muslim First” (BMF) semakin mendapat sambutan, pusat teknologi maklumat dan komunikasi (IT) yang diusahakan Bumiputera di ibu kota masih kurang mendapat sambutan pengunjung.
Tinjauan FMT selama lebih sejam di Mara Digital Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman mendapati tingkat tiga bangunan tersebut lengang dan hanya terdapat beberapa kios menjual komputer riba dan telefon bimbit.
Didapati orang ramai yang melalui tingkat tersebut hanya untuk mengelak daripada menggunakan lif pada waktu puncak.
Kebanyakan mereka adalah kakitangan pasar raya, restoran dan pejabat yang terletak di tingkat paling atas bangunan tersebut.
Mereka melalui ruang legar Mara Digital Mall untuk ke tingkat bawah dan atas yang mempunyai beberapa restoran untuk makan tengah hari.
Situasi tersebut menyebabkan seorang peniaga di situ merasakan perniagaan mereka seolah-olah diboikot bangsa sendiri sejak penubuhannya lagi.
“Kalau nak beli produk Bumiputera dahulu, kenapa kedai kami ni diboikot?
“Sudah lama kami bergelut, bersaing dengan peniaga di sini. Jauh sekali nak bersaing dengan peniaga di Lowyat,” katanya yang menjual telefon bimbit.
Keadaan Mara Digital Mall yang lengang dengan beberapa kiosk jualan sudah ditutup kerana tidak mendapat sambutan.
Katanya, perniagaannya secara fizikal di Mara Digital Mall tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kurang mendapat sambutan sejak tiga tahun lalu.
Bagaimanapun beliau berusaha membuat jualan secara atas talian melalui media sosial dan strategi itu menguntungkan.
“Saya boleh jual dengan harga yang fleksibel dan urusan lebih mudah. Boleh pos melalui Pos Laju ataupun buat penghantaran sendiri jika pembeli berada di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.
Sehingga kini katanya, jualan telefon bimbit secara atas talian boleh mencecah sehingga 20 biji sebulan berbanding satu hingga tiga telefon bimbit yang berjaya dijual di kedai.
Mara Digital Mall yang dikhususkan untuk peniaga Bumiputera-Melayu dilancarkan pada 8 Disember 2015 di Bangunan Mara, berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Sejak penubuhannya, Mara Digital Mall mempunyai pembekal tunggal iaitu WGN Scan Sdn Bhd (WGN) yang berperanan membekalkan barangan dan produk perniagaan kepada usahawan di bangunan tersebut.
Terdahulu, pengurus bahagian pemasaran dan stor WGN Scan Sdn Bhd (WGN), Mohd Izzat Akbar Arif Amir Amran berkata, perniagaan mereka kurang mendapat promosi daripada media, selain “marketing” dan “brand” yang tidak kukuh menyebabkan hasil jualan dan pelanggan yang datang jauh berbeza ketika pusat itu mula beroperasi.
Baru-baru ini muncul kempen BMF yang dipelopori NGO Islam yang menggesa umat Islam mengutamakan barangan buatan Islam seboleh mungkin. Kempen tersebut bagaimanapun mendapat tentangan pihak tertentu, terutama DAP.
Seorang pekerja yang menjaga kios komputer riba berkata, situasi tersebut menjadi kebiasaan sejak tiga tahun lalu apabila tiada pelanggan yang berminat untuk membeli barangan IT di situ.
Wanita awal 20-an itu yang mahu dikenali sebagai Izzah berkata, jualan komputer riba paling teruk berbanding telefon bimbit dan aksesori gajet.
Hal ini katanya, kerana peniaga berdepan persaingan yang sengit kerana barangan tersebut adalah daripada pembekal yang sama.
“Susahlah, kalau kami jual harga macam ni, kedai B jual harga lain, kedai C jual harga lain.
“Nanti jadi isu dengan pembekal atas pula,” katanya.
Ditanya apakah punca menyebabkan perniagaan mereka merudum, Izzah berkata, keadaan fizikal pasar raya itu yang hambar dan seperti tidak dipedulikan pembekal tunggal iaitu WGN.
Katanya, tiada semua orang yang melalui bangunan Mara Digital Mall mengetahui kewujudan kedai gajet dan IT di dalam bangunan tersebut.
“Buatlah promosi sikit. Letaklah papan tanda yang paparkan jenama komputer riba, aksesori telefon bimbit dan sebagainya.
“Kalau tulis Mara Digital Mall sahaja, orang tak tahu. Sampai ada saudara mara saya fikir bangunan ini tempat pekerja Mara baiki komputer,” katanya.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/20/mara-digital-mall-terus-sepi-walaupun-kempen-beli-produk-islam-kencang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
33 Senarai Kategori Produk Muslim Bmf Kempen Sokong Beli Produk Muslim

33 Senarai Kategori Produk Muslim Bmf Kempen Sokong Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 820 hits
33 Senarai Kategori Produk Muslim BMF Kempen Sokong Beli Produk Muslim Salam semua sekarang ni kan naik balik isu kempen sokong produk muslim Bukan isu baru sebenarnya isu dah lama tapi bila naik balik menjadi isu sekarang semua bercerita p...
Hentikan Kempen Beli Produk Muslim Dahulu Km Pulau Pinang

Hentikan Kempen Beli Produk Muslim Dahulu Km Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 428 hits
Kerajaan negeri Pulau Pinang beranggapan kempen Beli Produk Muslim Dahulu yang yang dilancarkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan di negeri itu Ahad lepas sebagai tidak produktif dan meminta agar kempen itu dihentikan Ketua Menteri Chow...
Kempen Beli Produk Muslim Jom Kenal Produk Muslim

Kempen Beli Produk Muslim Jom Kenal Produk Muslim

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 1215 hits
Jom kenal produk MuslimSedang hangat kempen yang menyeru agar kita mengutamakan produk keluaran Muslim mari kita kenal beberapa produk Muslim yang ada Applikasi Produk Muslim di Google StoreUntuk pengetahuan kempen ini di ingatkan sekali la...
Kempen Beli Produk Muslim Mahukan Kesucian Atau Boikot Produk Cina

Kempen Beli Produk Muslim Mahukan Kesucian Atau Boikot Produk Cina

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 1674 hits
Kecoh baru baru ni apabila Pakatan Harapan marah segelintir umat islam mewar warkan agar semua penganut agama Islam membeli produk buatan Islam atau Muslim sahaja Kisah ni sebenarnya dah lama cuma ia meletup apabila ada campur aduk politik ...
Kempen Bmf Beri Kesan Positif Peniaga Islam

Kempen Bmf Beri Kesan Positif Peniaga Islam

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 398 hits
Gambar sumber dari Malay MailNampaknya kempen Buy Muslim First menunjukkan kesan yang positif yang sejak ia dilancarkan Sambutan yang memberangsangkan terhadap kempen berkenaan menyebabkan peniaga Islam memperoleh pendapatan jualan sebanyak...
5275 Jualan Peniaga Islam Meningkat Tiga Kali Ganda Kerana Kempen Bmf Sinar Harian 13 09 2019

5275 Jualan Peniaga Islam Meningkat Tiga Kali Ganda Kerana Kempen Bmf Sinar Harian 13 09 2019

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 717 hits
SHAH ALAM Sambutan luar biasa masyarakat negara ini terhadap Kempen Buy Muslim First membolehkan majoriti peniaga beroleh peningkatan hasil jualan mencecah tiga kali ganda sejak dua minggu lalu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysi...
Tolong Produk Muslim Baik Untuk Bukan Islam Mufti

Tolong Produk Muslim Baik Untuk Bukan Islam Mufti

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 287 hits
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin percaya kempen menyokong pembelian produk keluaran Muslim bukan sahaja dapat memperkasakan ekonomi mereka malah baik untuk bukan Islam Katanya kempen beli produk Muslim dulu itu secara tidak langsung ...
Tekan Terus Melayu Islam Memang Itu Dasar Ph

Tekan Terus Melayu Islam Memang Itu Dasar Ph

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 344 hits
Dasar Kerajaan Pakatan Harapan Terus Terusan Menekan Bangsa Melayu Posted by SnapShot at 9 20 2019Sudah melebihi satu tahun kuasa berpindah kepada kerajaan Pakatan Harapan Admin dah muak nak menulis tentang Manifesto Pilihanraya PRU 14 Paka...
Guan Eng Selar Mca Mic Tak Bantah Pas Umno Sokong Boikot Produk Bukan Islam

Guan Eng Selar Mca Mic Tak Bantah Pas Umno Sokong Boikot Produk Bukan Islam

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 472 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng PETALING JAYA Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyelar MCA dan MIC yang tidak membantah secara terbuka terhadap sokongan diberikan oleh PAS dan Umno dalam kempen yang mendorong orang ramai memboikot produ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord