Maps Perak Lancar Roller Coster Boboiboy Galaxy Cactus
MAPS PERAK LANCAR ROLLER COSTER BOBOIBOY GALAXY CACTUS | Assalamualaikum semua.. Dah hujung-hujung tahun ni aku yakin masing-masing dah mula pasang rancangan untuk membawa anak-anak bercuti. So, ke mana kah lokasi pilihan korang kali ni? Kalau tak tau nak ke mana, apa kata korang pergi ke Movie Animation Park Studio (MAPS) yang terletak di Ipoh Perak. Setakat ni dah 2 kali aku kesana. Macam-macam tarikan yang menarik ada di sana. Antaranya korang boleh baca di 2 entri ni :
AKTIVITI CUTI SEKOLAH DI MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS (MAPS) PERAK SAMBUT MERDEKA DAN TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK
Dah baca?? ha, best kan MAPS Perak ni. Macam-macam ada. Bukan setakat anak-anak je yang boleh bergembira kat sini, golongan remaja dan juga ibu bapa pun boleh juga. Pendek kata semua golongan boleh datang ke sini. Tambahan pulak cuti sekolah dah nak dekat. Jadi dah boleh dah rancang percutian ke MAPS Perak. Lagipun ada sesuatu yang menarik bagi mereka yang datang hujung tahun ni. Nak tau?? meh aku kongsikan kat bawah
Terbaru sempena cuti sekolah akan datang ni MAPS Perak melancarkan tarikan terbaru mereka iaitu Roller Coster BoboiBoy Galaxy Cactus. Wow, bestnya. Macam mana la rupa roller coaster boboiboy ni ekk. Tazzabarr nak cuba. Eh, betul ke tu nak cub?? Selalu jadi locker je kan.. tukang jaga beg. Tapi kalau roller coaster dia jenis yang santai-santai, why not kan. Bila lagi nak cabar diri.. eh..eh..
Menururt Ahli Lembaga Pengarah MAPS iaitu En Ramelle Ramli, pengunjung juga turut berpeluang membeli barangan eksklusif Boboiboy di kedai cenderamata Boboiboy Collactable. Kalau lapar pulak boleh menjamu selera di kafeteria Boboiboy yang terletak berhampiran dengan Roller Coaster tersebut. Kat situ ada menyediakan 20 pilihan hidangan secara buffet untuk pengunjung. Ha, buat adik-adik yang suka sangat dengan Boboiboy dan kawan-kawannya pasti teruja sebab ada juga sessi Meet & Greet bersama maskot Boboiboy Galaxy
Selain tu, MAPS Perak juga turut menawarkan Trilogy Illusion iaitu sebuah illusi optik yang bakal menarik perhatian pengunjung. Trilogy Illusion ni merupakan kolaborasi dengan Trilogy Magic Factory yang pernah membawakan The Sacred Riana dari Indonesia. Menerusi Dream Box pula, pengunjung berpeluang memenangi hadiah cenderahati bernilai RM500, pengalaman lagak ngeri, baucer makanan bernilai RM300 serta penginapan di Hotel Casuarina
Harga Tiket MAPS Perak :RM60 per pax
Harga Promosi Tiket MAPS Perak : RM220 per 4 paxRM250 per 5 pax
*harga di atas sempena promosi cuti sekolah bermula 24 November 2018
Selepas pegumuman mengenai Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus, ada lagi satu tarikan yang diperkenalkan di MAPS Perak iaitu Teater Muzikal Hantu Kak Limah pada 24 Disember hingga 31 Disember 2018 nanti. Wahhh, teruja weii, pelakon Delimawati yang membawa watak Kak Limah pun ada datang bagi mempromosikan Teater Muzikal Hantu Kak Limah ni.. Ye la filem Hantu Kak Limah yang meletop-letop kat panggung wayang kini akan dipentaskan pula ke layar teater secara eksklusif hanya di MAPS Perak. So apalagi, seluruh peminat Hantu Kak Limah khususnya warga Perak kena mai ni
Harga Tiket Teater Muzikal Hantu Kak Limah di MAPS Perak :RM90 per pax
*harga termasuk access ke theme park*
Nampak gayanya aku pun kena pi jugak ke MAPS Perak cuti sekolah nanti. Mana boleh tahan weii tengok tarikan terbaru kat sana. Jadi bagi korang yang nak pi jugak, boleh rujuk link kat bawah ni untuk maklumat lanjut.
Alamat :MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS (MAPS)Persiaran Meru Raya 3,Bandar Meru Raya,30020 Ipoh, Perak
Harga Tiket :ticketing.mapsperak.com
Instagram :www.instagram.com/maps_perak
Facebook :www.facebook.com/mapsperak
Website :www.mapsperak.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dikbee.com/2018/11/maps-perak-lancar-roller-coster.html