Manusia Diuji Untuk Capai Ertinya Redha
Assalamualikum. Sihat? Lama tak bersiaran bukan bermakna blog dilupakan tau. Ada je aktif di FB & IG selalu. Cuma nak ambil masa untuk berblogging tu utamakan kerja hakiki dulu.
Petang ini tergerak hati nak kongsikan pengalaman sendiri. Ya nampakkan gambar diatas? Juju adalah pengidap ekzema kronik tau, sejak umur 32 tahun sehingga 36 tahun juju alami perubahan di kulit.
Pejam celik eh dah 5 tahun alami rupanya. Ya macam kes juju lebih ekzema di bahagian depan tangan dan kaki sahaja. Tempat lain tiada tau.
Aku laluinya sangat tenang.
Saat mula-mula diuji, memang susah nak capai apa itu erti redha, makan tahun demi tahun. Serius aku boleh dikatakan sebagai ekzema fighter. Kena dikala waktu umur tua, selalu kita dengar umur kecil diduga kan?
Tak! Aku diduga waktu alam 30an.
Ikhtiar demi ikhtiar, jangankan perubatan moden, tradisional pun dicuba.
Cuma begitulah. Ia akan datang dan pergi, bila? Jangan ditanya bila akan hilang, Tuhan sahaja yang tahu kerana dia yang memberi maka Dia jua lah penyembuh. Sentiasa bersangka baik. Tiada yang tak baik walaupun ia ujian.
Tahu tak?
Sejak akhir-akhir ini, ramai manusia hadir dan prihatin terhadap juju. Ada yang dah lama perhatikan baru nak tanya.
Mereka sangkakan ia melecur, atau terkena minyak panas. Ya aku senyum, tanda mereka tau apa yang juju alami.
Aku jelaskan, dengan senyuman paling ceria.
"Saya ekzema fighter 5 tahun" 🙋♀️
Bayangkan ya juju boleh jawab persoalan yang bermain di minda mereka dengan rasa penuh keceriaan dan tenang sekali.
Tak ada nak rasa malu seperti masa mula-mula didiagnosis penghidap ekzema.
Nampak aku dah penuh redha dan penuh bersangka baik dengan ujian yang diberi. Malah aku bersyukur, tanda ini semua buat aku lebih kembali padaNya. 😘💟
Cuma aku tertanya, ada sesetengah dari mereka berfikir aku alami dalam keadaan perit sangat, teruk sangat, disangkanya ia kudis, disangkanya ia menjejaskan kehidupan seharian.
Jadi aku letakkan diri dalam kasut mereka.
Hanya orang yang alami tahu sejauh mana kekuatan kami bawa. Sebenarnya Tuhan beri sebab dia tahu aku boleh lalui ujian ni dengan kuat, malah boleh beri motivasi pula pada orang yang normal yang langsung tak alami.
Ya sesekali aku ketawa kecil, aku boleh lalui dengan ceria dan tenang je, tapi ada sesetengah orang sekeliling ingat aku sakit sangat.
Sebenarnya tidak ya. Lillahitaala, ia cuma fizikal sahaja. Dalaman juju baik sahaja. Syukur sangat tau, tak bermakna fizikal kita ada kekurangan bersaling kait dengan dalaman ya.
Itu sebab Allah takkan uji seseorang tanpa Dia sahaja yang tahu kita mampu laluinya dengan tenang serta rahmatnya.
InsyaAllah, sesiapa sahaja bertanyakan soalan yang sama, juju akan jawab dengan ceria sekali. Kerana tekanan tidak sama sekali membawa apa-apa faedah, malah boleh mempengaruhi kehidupan seharian.
Ujian kecil, ada lagi bermacam rencah ujian Allah beri pada orang lain lebih besar. Syukur sangat, semampu juju.
Gembira seadanya juju. 💋
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.juliajohari.com/2020/12/manusia-diuji-untuk-capai-ertinya-redha.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29