Manusia Dan Kuasa


 
MANUSIA DAN KUASA

27 April 2025Sering disebut bijak pandai, untuk menilai keperibadian seseorang, tunggu bila kuasa ada dalam tangannya.
Orang yang selama ini peramah, mudah bergaul, senang didekati, terlihat baik dan tidak sombong, jika begitu keperibadian aslinya, dia pasti tidak berubah meski setelah beroleh kuasa.
Tetapi manusia ‘fake’ yang selama ini mewajahnya dirinya sebagai peramah, mudah didekati dan tidak sombong, sudah tentu akan berubah sebaik saja memperolehi kuasa.
Sebab itu, kita biasa mendengar, ramai orang bila sudah beroleh kuasa, wajahnya serta-merta berubah jadi ketat, mulai sombong, tidak membalas mesej dan tidak menjawab panggilan telefon kawan-kawan lamanya.
Tidak kurang mereka yang ‘fake’ itu turut bertindak keluar daripada Grup Whatsapp yang mereka agak aktif di dalamnya sebelum ini – alasan biasa ialah kini sibuk dan memori telefon telah penuh.
Yang ‘terpaling fake’ pula biasanya akan menukar nombor telefon supaya mereka yang biasa berhubung dengannya tidak lagi mengganggu selepas dia kini sudah ada jawatan dan kekuasaan.
Begitulah dunia dan hubungan antara manusia dan kuasa.
Kuasa boleh merubah keperibadian manusia dan kuasa juga menyebabkan ramai manusia lupa kata janjinya sebelum beroleh kuasa.
Sebelum beroleh kuasa, macam-macam janji diluahkan – daripada janji untuk memberi keselesaan kepada rakyat jelata sehinggalah  kepada kebebasan bersuara.
Tetapi, apa jadi bila sudah ada kuasa?
Selain kebebasan bersuara tidak dilonggarkan, bahkan lagi diketatkan, janji diabaikan dengan pelbagai alasan, malah keghairahan menggunakan kuasa itu ternampak makin berleluasa.
Mereka ini yang dulunya mengecam pihak yang ada kuasa kerana sering menggunakan kuasa dan kadangkala terbabas sehingga menyalahguna kuasa demi mempertahankan kuasa, nampaknya kini turut mengulangi perangai yang sama.
Lantaran itulah tiada pembaharuan kelihatan sehingga kini, yang ternampak hanyalah episod ulangan belaka, cuma watak dan sasarannya saja yang berbeza.
Meskipun kerap diulang semula apa yang mereka pernah kata sebelum berkuasa dahulu, mereka yang kini seronok dengan kuasa itu kelihatannya tetap tuli untuk mendengar suara-suara daripada bawahan.
Yang ghairah dilakukan ialah sikit-sikit tercuit, maka kuasalah akan digunakan.
Pemimpin jatuh dan kerajaan tumbang sudah kerap berlaku, baik di Malaysia serta di pelbagai negara lain di dunia ini dan punca biasanya ialah salah dalam mengurus kuasa sehingga rakyat akhirnya jadi tertekan dan tidak suka.
Jadi, ketika ada kuasa, jangan terlebih seronok dengan kuasa kerana selain boleh diguna untuk kebaikan, kuasa juga adalah umpama syaitan yang bila-bila masa boleh juga membawa kejatuhan. – ShahbudinHusin 26April2025.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/04/manusia-dan-kuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 229 hits
BernamaKAJANG Dua pemandu dan seorang pemilik syarikat lori ditahan kerana melakukan intimidasi menghalang serta membuat ugutan terhadap beberapa anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan yang sedang menjalankan tugas di Persiaran Pe...
Masa Ada Kuasa Kamu Tidak Fikir Rumah Rakyat Timbun Harta Pm Anwar

Masa Ada Kuasa Kamu Tidak Fikir Rumah Rakyat Timbun Harta Pm Anwar

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 281 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir pihak yang mengkritik dan meragui usaha kerajaan dalam melaksanakan Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar Menurut laporan Sinar Harian beliau berkata langkah ini diambil bag
Harga Telur Masih Berkuat Kuasa Hingga Keputusan Kerajaan Mengenai Pengapungan Harga Berlaku Kpdn

Harga Telur Masih Berkuat Kuasa Hingga Keputusan Kerajaan Mengenai Pengapungan Harga Berlaku Kpdn

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 375 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengesahkan bahawa harga kawalan telur ayam masih kekal berkuat kuasa seperti biasa sehingga keputusan mengenai pengapungan harga yang dijadualkan pada 1 Ogos ini dibuat Memetik lapora...
Dari Belle Sisoski Ke Harry Kok 4 Kreator Kreatif Lain Dengan Energi Kuasa Besar

Dari Belle Sisoski Ke Harry Kok 4 Kreator Kreatif Lain Dengan Energi Kuasa Besar

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 309 hits
Dah ready untuk empat lagi creator Instagram yang super kreatif Ini dia mereka yang tak akan berhenti berkarya Kreativiti mereka bukan main seolah olah meresap ke dalam setiap inci diri mereka di rambut kuku semua ada Sama seperti yang sebe...
Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65

Rightist Akmal Slammed For Politicising Uec Casting Unfounded Fear Of Uec A Threat To National Edu Policy

Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain Majlis Penuh Syahdu Di Rinjani Majestic

Suami Uruskan 95 Hal Kahwin Erra Fazira Kongsi Momen Indah Terkejut Terima 24 Keping Dinar Emas Di Hari Majlis

Kehebatan Efootball Mobile Hari Perlawanan 2 Di Fifae World Cup 2025

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Smartphone Hotpicks On Lazada S 12 12 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Round Bazaar Sempena Konvokesyen Di Ukm Bangi Selangor

Pertandingan Masterchef Ksr 2025

Majlis Pernikahan Erra Fazira Dan Mr E

Najwa Latif Feat Akwa Arifin Tiga Chord

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump