Mantan Menteri Kesihatan Mahu Menipu Siapa




SUDAH 100 hari peralihan kuasa pemerintahan negara telah bertukar tangan. Perasaan gembira jelas tergambar dengan sokong padu keseluruhan rakyat kecuali beberapa kerat penyokong PH sahaja, berdiri di belakang PM. Malah bukan hanya rakyat, tetapi juga pimpinan PH yang datang meletakkan senjata, menyerahkan diri kepada kerajaan, tidak mahu lagi hidup berpura-pura, konon untuk berjuang tapi entah apa-apa.
Amat jarang dapat dilihat, mantan Menteri Kesihatan memberikan komentarnya kepada beberapa isu politik negara, walaupun ketika menjawat jawatan itu. Beliau yang pernah menjadi ketua penyelidik sewaktu berada di dalam PAS dahulu, turut memegang posisi yang sama apabila menubuhkan parti lain setelah mereka ditunjukkan jalan keluar dari PAS kerana mahu berkerjasama dengan DAP.
Tiba-tiba Jumaat lalu, beliau menulis. Saya membaca bait-bait tulisan beliau satu persatu. Beliau mengatakan beliau baru sahaja keluar dari madrasah Ramadan. Konon begitu berhati-hati beliau menulis bagi mengelakkan dosa. Pun begitu tulisan beliau jelas menzahirkan dosa yang sangat terang dan nyata kerana berbohong. Lebih baik beliau mendiamkan jari jemarinya dari menaip, jika sekadar hanya mahu menipu rakyat. Lebih afdal jika diguna untuk berzikir.
Beliau pada keseluruhannya menggunakan ‘bayangkan’ dan ‘andainya’, bagi memujuk hatinya yang lara itu kerana sakit tidak terperi dijolok jatuh dari kerusi empuk Menteri oleh ketua beliau sendiri dalam PH, bahkan rakan-rakan PHnya yang lain juga turut serta merobohkan kerajaan sendiri.
Namun, yang tetap disalahkan ialah PAS dan Umno, dua watak pemerhati sahaja dalam kisah kejatuhan mereka. Skrip menipu ini dikekalkan, sesuai dengan taktik Hitler yang mengatakan jika berita bohong itu sentiasa dilagukan, ia akan dipercayai juga.
Oleh kerana nukilan beliau masih belum kering dengan penipuan, walaupun baru sahaja selesai Ramadan, ada baiknya kita perbaiki kesalahan-kesalahan yang ada di dalamnya. Kita gunakan kembali perkataan sakti beliau ‘bayangkan’ dan ‘andainya’. Bukan beliau seorang sahaja ‘perpetual optimist’ (optimis tegar). Kita juga begitu, diajar oleh Islam, melihat dari sudut positif atau hikmah disebalik sesuatu kejadian.
Tulis beliau, bayangkan Menteri Agama PH andainya perlu menutup masjid, surau selama hampir tiga bulan. Ya kami sudah dapat membayangkannya, pasti Mujahid akan dikutuk. Kerana setelah dibongkar isu penghapusan IKSIM, isu berlembut dengan kafir, sikap terhadap LGBT, bersikap liberal yang amat jelas, gagal mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja kepada dakwaan penyelewengan TH, berjanji akan menghapuskan tol, menurunkan harga minyak sewaktu berkempen.
Maka kutukanlah yang selayaknya bagi orang yang bercakap bohong sebegitu. Masih ingat lagi bagaimana beliau tidur di atas jalan, bagaimana janji-janji yang dibuat, langsung tidak melambangkan beliau layak diangkat sebagai Menteri Agama. Pejam mata, dan bandingkan dengan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Apa jahat beliau berbanding Mujahid? Apa baik Mujahid berbanding beliau? Apa perbandingan ilmu Mujahid dengan Datuk Dr Zul, walaupun kata Mujahid macamlah dia bodoh sangat, macamlah dia tak reti agama. Persoalan itu sebenarnya tidak perlu dijawab, ia seperti bertanyakan apakah nama ibu negeri Malaysia. Semua orang Malaysia yang waras, tahu jawapan sebenarnya.
Kami rakyat Malaysia meletakkan sepenuhnya kepercayaan dan setia kepada Menteri Agama sekarang ini bagi mengawal dan membuat keputusan terbaik untuk menguruskan masjid dan surau sewaktu wabak sebegini. Oleh itu kami mendiamkan diri, tidak mengganggu usaha beliau bersama pasukannya bagi kami kembali mengerjakan ibadat dengan normal. Tidak seperti orang kamu yang sentiasa menghuru-harakan keadaan, konon begitu kecewa, menunjukkan keimanan, kerana tidak boleh bersolat di masjid surau.
Bayangkan jika 117 kematian, andainya PH masih memerintah, segala kata jelik, cemuhan akan pasti ditujukan kepada mantan Menteri Kesihatan, Dr Dzul menulis begitu. Sayang seribu kali sayang kerana Dr Dzul gagal mencari semula laporan di mana beliau menolak saranan WHO untuk meningkat lagi kawalan ke atas ancaman wabak COVID-19 pada Februari lalu. Malah dilaporkan kemasukan pelancong terutama dari China, tidak dihalang kerana keputusan dari Kementerian Kesihatan, tidak menyekatnya.
Kemudiannya PH cuba mencari kredit dengan terhegeh-hegeh menggunakan Lim Kit Siang agar memberikan peluang kepada Dr Dzul, bagi membantu Kementerian Kesihatan tanpa upah. Sewaktu ada peluang, dibuang, setelah hilang jawatan, merayu meminta semula untuk bertugas.
Tidak puas dengan itu, satu kesilapan kecil Menteri Kesihatan berkenaan air suam, diserang PH habis-habisan, bagaikan telah membunuh sekumpulan manusia. Itukah akhlak manusia berhemah? Layakkah PH dipuji?
Jadi saya hairan kenapa sekarang beliau seperti bersyukur dengan tidak memegang jawatan yang beliau terhegeh-hegeh minta itu, lalu mengatakan ianya bebanan kepada PN sekarang? Tidakkah beliau membaca berita bahawa Malaysia secara keseluruhannya dipuji dunia dengan usaha yang telah berjaya dilaksanakan ini.
Dr Noor Hisham yang berugas di bawah Menteri Kesihatan diletakkan antara tiga doktor terbaik dunia. Apakah kejayaan itu bagi Dr Dzul hanya apabila tiada kematian? Atau beliau telah berubah menjadi seperti seekor serigala yang gagal memakan anggur, lantas dikatanya anggur itu masam?
Dr Dzul juga menyentuh akan keadaan kewangan negara. Apakah beliau maksudkan dengan penderitaan rakyat itu? Ada yang mati kebulur? Rakyat begitu memahami sekatan ekonomi adalah untuk menyelamatkan nyawa, bukan menyeksa rakyat. Kenapa beliau tidak membandingkan dengan negara-negara lain yang mana rakyat mereka mengamuk, melanggar peraturan duduk di rumah kerana lapar, tiada wang dan sebagainya.
Rakyat Malaysia reda dengan arahan, mengapa PH pula yang sengal? Ribuan RM diberi kepada yang layak, adakah mahu dibandingkan dengan 30 ‘rengget’ e-Wallet PH itu?
Masih belum puas berbohong, beliau menyatakan pula bayangan bahawa mandat akan diserahkan kembali kepada pemilik sebenar. Saya tidak suka mengulas panjang tentang isu ini. Tetapi cuba lihat perangai jijik ini. Ketika negara sedang bergelut, mereka begitu laparkan jawatan. Tegar benar mereka berebut jawatan ini.
Kemudiannya selidiklah sudah berapa orang dari kem mereka berpindah kepada PN dan menyatakan sokongan kepada PM. Dan, kenapa tidak mahu masuk PRK Chini, dah kalau gagah sangat.
Beliau begitu takut untuk menuduh YDPA sebagai dalang kepada kejatuhan PH. Berbagai ayat membodek ditulis beliau bagi menjaga takut Tuanku murka. Sedangkan ketika sebelum Parlimen bersidang, mereka begitu bersungguh-sungguh mahukan usul undi tidak percaya dijalankan di Parlimen, membayangkan betap jahatnya mereka cuba membantah keputusan YDPA yang jelas dilindungi Perlembagaan. Tidakkah kita nampak unsur-unsur talam dua muka di situ?
Dan akhirnya beliau mengakui, PH mempunyai masalah dalaman dengan beberapa tokoh mereka yang terlibat dengan salah guna kuasa, pecah amanah, terlibat dengan kes keganasan yang didakwa di bawah AMLA. Tidak terlepas juga puak yang bermain api perkauman dalam pakatan mereka. Hanya inilah perenggan yang benar dari keseluruhan penulisan beliau.
Kasihan, beliau membawa pembaca meronda-ronda ke jalan yang salah, tidak sampai ke destinasinya. Akhirnya pembaca terpaksa membayar tambang mahal bagi perjalanan yang sia-sia.
PH laksana orang baharu bermain FB. Dia menulis status sendiri, dia yang ‘like’, dia yang komen mengatakan bahawa statusnya adalah yang terbaik. Paling ramai yang ‘like’ ialah dari kalangan anak beranak beliau sahaja. Tiada siapa yang layan, tetapi tetap merasa bangga walaupun orang tak faham apa yang dia tulis, malahan menipu dan memfitnah pula.
Lihat sahaja ulamak PAN yang memfitnah Ketua Pemuda PAS menerima watikah dari MCA sedangkan ia penyerahan cadangan bagi isu arak kepada MCA.
Dengan perangai yang hodoh begitu, mereka masih berkeyakinan untuk memenangi hati rakyat. Sedangkan ketika mantan Menteri Agama melakukan siaran langsung video, majoriti mengutuk beliau, melambangkan kebencian yang meluap-luap terhadapnya. Masih sibuk dengan cukup atau tidak bilangan Ahli Parlimen yang akan melompat, ketika negara dalam kesusahan.
Apa yang dikatakan kononnya ada angin kencang perubahan kerajaan, tidak lebih sekadar seperti PH meletakkan solekan tebal di wajahnya bagi melindungi kulitnya yang penuh dengan jerawat batu, lekuk-lekuk bekas memicit jerawat. Jerawat yang bernanah itu boleh dilindungi sementara sahaja.
Tetapi jika sudah dibuang solekan itu, akan terserlahlah semua keburukan di sebaliknya. Contohnya aduan salah laku LGE ketika berkuasa sudah dilaporkan beramai-ramai. Kita lihat bagaimana keputusannya nanti.
Dr Dzul, cukuplah menipu, sedarlah diri yang rakyat amat bencikan PH.
MOHD NASIR ABDULLAH
9 Jun 2020
– HARAKAHDAILY 9/6/2020


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/mantan-menteri-kesihatan-mahu-menipu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teori Konspirasi Ala Mantan Menteri

Teori Konspirasi Ala Mantan Menteri

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 289 hits
Ini momen gregetan sebenarnya karena semakin merah membaranya Surabaya dan beberapa teman nakes mulai laboran ATLM pemeriksa sampel hingga dokter di RS rujukan covid mulai berjatuhan sakit akibat infeksi covid 19 ini Akhirnya saya sampai pa...
Menteri Kesihatan Jumpa Mb Bincang Isu Covid 19

Menteri Kesihatan Jumpa Mb Bincang Isu Covid 19

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 341 hits
SHAH ALAM 29 MEI Dato Menteri Besar Selangor mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bagi membincangkan usaha mencegah penularan Covid 19 Setiausaha Sulit kepada Dato Seri Amirudin Shari berkata pertemuan di K...
Menteri Kesihatan Malaysia Yang Top 3 Terbaik Di Dunia Mai Hospital Seberang Jaya

Menteri Kesihatan Malaysia Yang Top 3 Terbaik Di Dunia Mai Hospital Seberang Jaya

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 1385 hits
Menteri Kesihatan YB Dato Sri Dr Adham Baba mengadakan lawatan sehari ke Pulau Pinang Dr Adham telah meninjau tapak dan melihat sendiri kemajuan pembinaan Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang YB...
Petang Ni Ada Timbalan Menteri Atau Menteri Letak Jawatan

Petang Ni Ada Timbalan Menteri Atau Menteri Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 459 hits
JATUH SUNGGUH LA KALAU BETUL ADA MENTERI DAN TIMBALAN NAK LETAK JAWATAN PETANG INI
Masa Mana Menteri Redwan Kena Kuarantin Covid 19 Tengok Betul Betul

Masa Mana Menteri Redwan Kena Kuarantin Covid 19 Tengok Betul Betul

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 352 hits
Dr Mahathir kembali kepejabat Pengerusi BERSATU dan adakan mesyuarat1 Dia datang bertemu bersama Shahruddin Katanya kena kuarantin di rumah dan curi curi keluar jumpa Tun Mereka ikrar sokong Tun Makna kata Kerajaan Muhyiddin dah tak ada maj...
Masalah Air Di Kedah Antara Keutamaan Kerajaan Kata Menteri

Masalah Air Di Kedah Antara Keutamaan Kerajaan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 293 hits
Masalah air di Kedah antara keutamaan kerajaan kata menteri Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 31 May 2020 3 3
Menteri Indonesia Dikecam Buat Lawak Virus Seperti Isteri Anda

Menteri Indonesia Dikecam Buat Lawak Virus Seperti Isteri Anda

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 399 hits
Seorang ibu mendukung anaknya untuk menerima ujian antibodi Covid 19 di sebuah kampung di Bali Indonesia JAKARTA Seorang menteri Indonesia dikecam kerana membandingkan koronavirus dengan isteri memberontak dalam kenyataannya untuk meredakan...
Kami Tak Nafi Hak Bukan Islam Tapi Hentikan Memandu Ketika Mabuk Kata Menteri

Kami Tak Nafi Hak Bukan Islam Tapi Hentikan Memandu Ketika Mabuk Kata Menteri

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 334 hits
Hak orang bukan Islam untuk meminum minuman keras tidak dinafikan namun mereka mesti mematuhi undang undang bahawa mereka tidak sepatutnya minum arak dan memandu Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undan...
Dari Isu Adib Hingga Pemandu Mabuk Ulama Pas Perlu Desak Menteri Parti Tangani

Dari Isu Adib Hingga Pemandu Mabuk Ulama Pas Perlu Desak Menteri Parti Tangani

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 260 hits
Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Ustaz Zolkharnain Abidin berpendapat sayap ulama Pas perlu berperanan mendesak menteri dari parti itu untuk menyelesaikan pelbagai perkara yang mereka bangkitkan ketika era kerajaan Pakatan Harapan Menurutn...
Agc Must Seriously Pursue Appeal Of Rosmah S Acquittal

Police Record Papagomo S Statement Over Defamatory Remarks Against Igp Police

Software Supply Chain Attacks Strategies To Detect And Mitigate Risks

Drama Cinta Bukan Milik Kita Lakonan

Why New Hampshire S 24 Inch Shwt Rule Is Redefining Septic System Efficiency

Pm Cannot Pass The Buck Over Rosmah S Acquittal Ngos

Zahid Grateful For Rosmah S Acquittal Discharge

Cops Probe Hadi Over Statement On Batu Puteh


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Pekerja Kilang Terbabas Maut Dilanggar Motosikal Lain

Content Marketing For New Business

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Calpis Soda One In A Million