Mansuh Matrikulasi Dap Hapus Dulu Sekolah Vernakular Uec


Pemuda UMNO beri amaran jangan sentuh hak, kedudukan Bumiputerafazleen safina  26/04/2019


BANGI, 20 Syaaban 1440H, Jumaat – Mengapa parti tamak haloba, DAP tidak memperjuangkan sistem pendidikan satu aliran, dengan membubarkan sahaja sekolah vernakular dan memansuhkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), jika benar mahu menyatukan sistem pendidikan hari ini.

Exco Biro Akademik dan Mahasiswa Pergerakan Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin berkata, alasan DAP yang kononnya mahu ‘menyatukan sistem peperiksaan kemasukan institusi pengajian tinggi awam’ bagi mendesak kerajaan memansuhkan program matrikulasi, ternyata tidak jujur dan berat sebelah.

Menyelar desakan sekumpulan pemimpin DAP semalam, beliau berkata, parti itu sepatutnya bersikap jujur dan ikhlas apabila bercakap mengenai prinsip keadilan dalam isu itu.

“Anehnya, Program Matrikulasi yang berteraskan sistem quo 90:10 dikatakan tidak adil, tetapi pengiktirafan UEC yang diperjuangkan mereka dikatakan adil pula?,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bersama yang dibuat 20 pemimpin DAP semalam, yang menggesa kerajaan menggantikan peperiksaan program matrikulasi dengan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Sekumpulan pemimpin itu dilaporkan berkata, jemaah menteri harus mengurangkan bilangan pelajar program matrikulasi secara beransur-ansur, dan melangkah ke arah ‘menyatukan sistem peperiksaan kemasukan institusi pengajian tinggi awam’.

Gesaan itu antara beberapa cadangan jangka panjang dan pendek yang dikemukakan mereka berhubung kontroversi mengenai bilangan kuota pengambilan pelajar untuk kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM).

Mengulas lanjut, Farhan berkata, DAP perlu sedar bahawa Program Matrikulasi KPM ditubuhkan bertujuan untuk membantu pelajar Bumiputera mengikuti pengajian pra-universiti, sekali gus membantu mereka masuk ke institusi pengajian tinggi tanpa melalui STPM.

“Asasnya, Program Matrikulasi KPM ini merupakan pintu bagi anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk menempatkan diri dalam bidang-bidang profesional seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan dan bidang profesional yang lain.

“Berbilion ringgit dilaburkan untuk pembinaan pusat-pusat matrikulasi seluruh negara seperti di Gopeng, Tangkak, Arau, Kuala Pilah dan Jugra,” katanya.

Katanya, kerajaan terdahulu tidak pula terlepas untuk membantu kaum-kaum lain dalam hal kemasukan ke IPTA, malah sebanyak 10 peratus daripada purata 20,000 tempat setahun atau 2,000 peluang dibuka untuk mereka.

“Hairan, apakah sebenarnya kenyataan bersama pemimpin DAP yang disiarkan di laman media Freemalaysiatoday.com ini merupakan cerminan kepada agenda mereka untuk menghapuskan kedudukan bumiputera dan non-bumi seperti yang dipersetujui mereka melalui Deklarasi Setapak 1967?

“Pemuda UMNO memberi amaran keras kepada DAP bahawa jangan diusik apa yang telah dipersetujui.

“Jalankanlah tugas kamu sebagai kerajaan dalam membela nasib rakyat, menyediakan peluang pejerjaan kepada anak muda serta memulangkan semula hak mahasiswa seperti baucer buku, potongan bayaran balik PTPTN, biasiswa Mybrain serta Kad Debit Siswa yang telah dirompak oleh kerajaan hari ini,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/04/mansuh-matrikulasi-dap-hapus-dulu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Desakan Dap Hapuskan Kuota Matrikulasi Bumiputera Eh Kau Sekolah Jenis Kebangsaan Bila Nak Desak Hapuskan

Desakan Dap Hapuskan Kuota Matrikulasi Bumiputera Eh Kau Sekolah Jenis Kebangsaan Bila Nak Desak Hapuskan

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 327 hits
Seorang pemimpin DAP menggesa Putrajaya menamatkan amalan mengutamakan pelajar Bumiputera bagi program matrikulasi pra universiti mengatakan ia bertentangan dengan jaminan Perlembagaan Persekutuan bahawa tiada diskriminasi terhadap setiap w...
Pemuda Dap Cadang Hapus Kuota Bumiputera Untuk Matrikulasi Dibidas

Pemuda Dap Cadang Hapus Kuota Bumiputera Untuk Matrikulasi Dibidas

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 609 hits
Kalau mahu meningkatkan kuota ataupun menghapuskan sistem kuota buatlah sahaja kamu sekarang sudah pegang kuasa tegas Ketua Pergerakan Pemuda Pahang Mohd Farid Mohd Nor Beliau berkata demikian membidas desakan Leong Yu Sheng yang mengetuai ...
Adun Umno Rosakkan Perpaduan Bukan Sekolah Vernakular

Adun Umno Rosakkan Perpaduan Bukan Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 365 hits
MALAYSIAKINI Presiden Gerakan Dominic Lau menyangkal kenyataan Adun Kemayan dari Umno yang mengatakan sekolah vernakular merosakkan perpaduan di negara ini Sebaliknya Dominic berkata kenyataan Mohd Fadil semasa sesi soal jawab di Dewan Unda...
Tiada Bukti Pelajar Sekolah Vernakular Tidak Fasih Bahasa Melayu

Tiada Bukti Pelajar Sekolah Vernakular Tidak Fasih Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 476 hits
KUALA LUMPUR 17 April Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemayan Datuk Mohd Fadil Osman bahawa sekolah vernakular Cina dan Tamil memusnahkan perpaduan di Malaysia Dominic berkata ken...
Najib Tanya Chin Huat Siapa Beri Dokumen Embargo Spr Dulu

Najib Tanya Chin Huat Siapa Beri Dokumen Embargo Spr Dulu

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 322 hits
MALAYSIAKINI Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini bertanya kepada penganalisis politik Wong Chin Huat berkenaan pihak yang memberikan dokumen syor persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya yang masih dalam embargo kepadanya tahun ...
Gattuso Dulu Saya Suka Bergaduh Tetapi Sekarang Saya Dah Berubah

Gattuso Dulu Saya Suka Bergaduh Tetapi Sekarang Saya Dah Berubah

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 563 hits
Usia mendewasakan kita itulah kata pujangga yang seringkali kita dengar Pengurus AC Milan Gennaro Gattuso memang antara pemain yang dianggap hati kering satu ketika dahulu Beliau sendiri mengakui ketika menjadi pemain beliau sangat mudah di...
Dr Kamarul Kini Bersama Dr Mahathir Yang Dulu Tak Layak Jadi Perdana Menteri

Dr Kamarul Kini Bersama Dr Mahathir Yang Dulu Tak Layak Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 385 hits
Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusof kelihatan terkedu apabila menerima renungan maut Dr Mahathir Mohamad dalam forum Sinar Harian pada Mac 2018 Ketika itu Tun Dr Mahathir tiba tiba muncul dalam forum Sinar yang mana Kamarul menjadi sal...
Cerita Raffi Ahmad Dulu Suka Dugem Sekarang Rajin Ikut Kajian Agama

Cerita Raffi Ahmad Dulu Suka Dugem Sekarang Rajin Ikut Kajian Agama

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 365 hits
Artis Raffi Ahmad menjadi salah satu artis yang hijrah Dia sering mendatangi acara kajian agama bersama sesama rekan artis
Galau Pilih Menikah Dengan Tema Tradisional Atau Internasional Simak Dulu Nih Pertimbangannya

Galau Pilih Menikah Dengan Tema Tradisional Atau Internasional Simak Dulu Nih Pertimbangannya

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 286 hits
Sebelum memilih coba renungkan dan pertimbangkan dulu deh hal hal ini nih biar nggak nyesel nantinya
Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Slurping Toward Nirvana On The Maine Oyster Trail

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man