Najib Tanya Chin Huat Siapa Beri Dokumen Embargo Spr Dulu


MALAYSIAKINI

   
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini bertanya kepada penganalisis politik Wong Chin Huat berkenaan pihak yang memberikan dokumen syor persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang masih dalam embargo kepadanya, tahun lalu.

Bercakap dengan Malaysiakini, beliau juga mempersoal sama ada Wong dijatuhkan apa-apa hukuman kerana melanggar embargo itu.

"Siapa yang memberi dokumen embargo kepadanya untuk didedahkan pada tahun lalu?

"Bekas yang dipertua Dewan Rakyat (Pandikar Amin Mulia) menolak tawarannya untuk bayar denda RM1,000 kerana melanggar embargo, yang merupakan keaslahan mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

"Tetapi adakah dia ada menerima apa-apa hukuman lain?" soal anggota parlimen Pekan itu lagi.

Najib mengulas kenyataan Wong - dahulunya anggota jawatankuasa pemandu Bersih - sebelum ini bahawa jika bekas presiden Umno itu ingin mengikut jejak langkahnya dalam melanggar embargo, beliau juga perlu menawar untuk membayar denda.

"Tawar untuk bayar denda RM1,000 kepada yang dipertua (Dewan Rakyat). Jangan hanya ikut separuh," kata Wong.

Ia susulan tindakan Najib memuat naik tangkap layar laporan berkenaan tindakan Wong mendedahkan laporan SPR itu dalam satu forum awam sebelum ia dibentang di Parlimen.

Semalam, Najib dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen selepas didakwa melanggar embargo Kertas Putih Felda, sehari sebelum ia dibentang di Parlimen.

Kertas Putih itu - bertajuk "Ke arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)" - diberi kepada anggota parlimen sehari sebelum perbahasan 10 April lalu.

Arahan embargo dinyatakan di muka depannya untuk mengingatkan anggota parlimen agar tidak mendedahkan kandungannya sebelum tarikh itu.

Pada 9 April, Najib memuat naik gambar Kertas Putih itu dan mendedahkan satu 'put option' (pilihan untuk menjual aset sebelum atau pada tarikh tertentu) dimasukkan dalam pembelian 37 peratus saham syarikat Indonesia, Eagle High Plantation oleh Felda.

Ketika perbahasan, Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob mendakwa Kertas Putih itu telah dimuat naik di laman rasmi Parlimen sebelum Najib mengongsikan keratannya di Facebook.

Anggota Parlimen Pontian Ahmad Maslan pula berkata jika ia dimuat naik di laman Parlimen sebelum hantara Najib, maka embargo yang dikenakan tidak terpakai.

Menteri d Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong - yang membentangkan usul merujuk Najib ke jawatankuasa itu - bagaimanapun menjelaskan hanya tajuk kandungan Kertas Putih yang dimuat naik di laman Parlimen pada 9 April.

Usul itu diluluskan selepas 86 anggota parlimen menyokong dan hanya 33 anggota parlimen menolaknya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/najib-tanya-chin-huat-siapa-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Who Gave You Embargoed Documents Najib Asks Chin Huat

Who Gave You Embargoed Documents Najib Asks Chin Huat

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 329 hits
Najib Abdul Razak has asked political analyst Wong Chin Huat who gave him the embargoed Election Commission s redelineation proposal report Speaking to Malaysiakini the former premier also questioned if there was any punishment imposed on W...
Saksi Penggeledahan Di Ambank Rampas Dokumen Akaun Najib Src

Saksi Penggeledahan Di Ambank Rampas Dokumen Akaun Najib Src

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 414 hits
Saksi Penggeledahan di Ambank rampas dokumen akaun Najib SRC Dokumen tersebut diserahkan oleh pengurus cawangan kata pegawai geledah Bank Negara
Langgar Embargo Azmin Kemuka Usul Tindakan Terhadap Najib

Langgar Embargo Azmin Kemuka Usul Tindakan Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 427 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau telah mengemukakan satu usul supaya bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikenakan tindakan keras kerana melanggar embargo Ke...
Dulu Najib Sekat Media Sekarang Mahu Perbicaraan Secara Live

Dulu Najib Sekat Media Sekarang Mahu Perbicaraan Secara Live

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 427 hits
Foto sumber internet KUALA LUMPUR 1 Apr Beberapa pemimpin Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan cadangan supaya perbicaraan kes melibatkan Datuk Seri Najib Razak disiar secara langsung Menggelarkan bekas perdana menteri haprak bekas timbal...
Isu Felda Dulu Ahmad Maslan Tak Beritahu Bossku Najib Kata Tun Mahathir

Isu Felda Dulu Ahmad Maslan Tak Beritahu Bossku Najib Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 510 hits
PM Dr Mahathir menyindir Ahmad Maslan tidak menegur isu Felda ketika di zaman Najib Razak BOSSKU Foto AbuLeman Blog PARLIMEN Ketika sesi perbahasan berkenaan kertas putih Felda pagi tadi Ahmad mendapat kejutan apabila Perdana Menteri Dr Mah...
Terkini Polis Kena Marah Najib Pertahan Seorang Pelajar Law Kena Tarik Bila Tanya Soalan

Terkini Polis Kena Marah Najib Pertahan Seorang Pelajar Law Kena Tarik Bila Tanya Soalan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 571 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan keluar selepas selesai perbicaraan kes dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur MalaysiaGazette com Online News Portal Follow US Now ...
Langgar Embargo Dewan Rakyat Bahas Usul Najib Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen

Langgar Embargo Dewan Rakyat Bahas Usul Najib Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 379 hits
Liew Vui KeongKUALA LUMPUR Usul merujuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana melanggar embargo Kertas Putih Ke Arah Kelestarian FELDA dibentang di Dewan Rakyat hari ini Ia dibent...
Najib Gagal Lagi Dapatkan Dokumen Tambahan Perbicaraan Src

Najib Gagal Lagi Dapatkan Dokumen Tambahan Perbicaraan Src

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 343 hits
Perbicaraan kes Najib Razak akan bersambung 15 April ini hingga 10 Mei nanti PUTRAJAYA Najib Razak sekali lagi gagal mendapatkan perintah sekatan bagi menghalang media dan orang ramai membincangkan merit kesnya serta mendapatkan dokumen tam...
8 Dokumen Termasuk 4 Akaun Ambank Najib Diambil Untuk Siasatan Bnm Saksi

8 Dokumen Termasuk 4 Akaun Ambank Najib Diambil Untuk Siasatan Bnm Saksi

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 619 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini diberitahu sebanyak lapan dokumen termasuk empat akaun Ambank milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah diambil dari Ambank cawangan Jalan Raja Chulan bagi tujuan s...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi