Manipulsi Kelemahan Umat Islam



Tamatnya Perang Dunia Pertama merupakan detik cukup signifikan buat dunia Islam. Ia sebagai tanda berakhirnya empayar Islam dan sehingga kini tiada satu kerajaan pun berjaya dibentuk setanding era kegemilangan Islam.

Puncanya bermula apabila majoriti umat Islam mula hilang pegangan dan lebih mencintai keduniaan. Kecintaan kepada kedudukan, kemewahan, wang dan kemegahan telah digunakan sebaik mungkin oleh musuh untuk memusnahkan serta memecahbelahkan umat Islam.

Gerak kerja musuh Islam cukup mudah iaitu dengan memanipulasikan kelemahan umat Islam pada masa itu. Antara strategi manipulasi itu adalah dengan mewujudkan permusuhan antara umat Islam bangsa Turki yang ketika itu mentadbir Empayar Uthmaniah bersama bangsa Arab yang menetap di Tanah Arab ketika itu.

Musuh Islam tidak perlu berperang tetapi hanya dengan satu muslihat iaitu membawa permusuhan sehingga berakhirnya empayar Islam.

Catatan sejarah menceritakan bagaimanakah musuh Islam telah melakukan muslihat untuk melemahkan umat Islam. Antara kaedah yang dilakukan ialah mereka (musuh Islam) telah menemui bangsa Arab di Tanah Arab dan mempersoalkan sikap mereka yang membiarkan bangsa Turki memerintah serta memegang jawatan khalifah.

Musuh itu berkata, Nabi Muhammad SAW berketurunan Arab dan bahasa dalam al-Quran pun adalah bahasa Arab, jadi tidakkah mereka berasa malu dengan situasi berkenaan. Tipu muslihat itu telah berjaya mempengaruhi segelintir bangsa Arab.

Sekumpulan bangsa Arab mula memerangi bangsa Turki yang tinggal di Tanah Arab. Dalam satu kejadian, mereka dikejar hingga ke Kaabah dan dikepung di situ.

Semasa dikepung itu, mereka sempat memegang tali kain Kaabah sambil berdoa memohon perlindungan Allah. Ketika itu juga tangan mereka dipotong oleh bangsa Arab.

Ternyata kejadian tersebut membawa kesan buruk kepada jalinan hubungan ummah yang dibina oleh para khalifah Islam sebelum itu.

Tindakan sekumpulan bangsa Arab itu telah mewujudkan konflik sesama sendiri dalam empayar Islam ketika itu.

Keadaan itu diburukkan lagi apabila ada dalam kalangan bangsa Arab dan Turki mula meniupkan semangat nasionalisme masing-masing. Tiupan semangat nasionalisme bukan sahaja menjadikan umat berpecah mengikut bangsa walaupun jelas bertentangan dengan al-Quran dan hadis Rasulullah, bahkan lebih daripada itu.

Golongan nasionalis itu telah melakukan perubahan secara total. Mereka berusaha menyerap elemen sekular dan antara yang terlibat ialah Mustafa Kemal Atatürk.

Mereka berusaha meminggirkan terus ajaran Islam. Azan solat tidak lagi dilaungkan. Al-Quran bukan hanya tidak lagi dibacakan, bahkan kitab Allah itu diletakkan dalam muzium sebagai bahan pameran sejarah sahaja.

Ayat-ayat al-Quran hanya layak sebagai bahan hiasan dinding dan bukan lagi untuk difahami serta diamalkan dalam kehidupan seharian umat Islam ketika itu.
Ternyata, mereka berjaya melakukannya.

Kejayaan musuh Islam itu masih ada lagi hari ini. Umat Islam hari ini pandai baca al-Quran tetapi tidak begitu memahami dengan jelas kandungan kitab suci itu.

Malah, ada kalangan kita yang bangga meletakkan al-Quran dalam kereta dengan hiasan yang cantik dan mempesonakan. Tetapi, apakah itu tujuan Allah menurunkan al-Quran?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/01/gxr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salib Sikap Dolak Dalik Mujahid Kecewakan Umat Islam

Salib Sikap Dolak Dalik Mujahid Kecewakan Umat Islam

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 333 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Pengasas pemaju bangunan aktif promosi agenda kristianisasi PAS BANGI PAS mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusuf Rawa menyatakan pendirian tegas berhubung isu pancaran lampu berbentuk lambang...
Sarjana Kristian Ini Kehairanan Apabila Lihat Umat Islam Ucap Merry Christmas

Sarjana Kristian Ini Kehairanan Apabila Lihat Umat Islam Ucap Merry Christmas

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 299 hits
Hukum mengucapkan Merry Christmas menjadi satu polemik yang berulang setiap tahun Pelbagai pandangan diberikan baik oleh agamawan mahupun mereka yang bukan berlatarbelakangkan agama Namun satu pendekatan yang mungkin jarang dilakukan adalah...
Kenapa Umat Islam Tidak Mahu Selamatkan Umat Kristian Soal Gadis Kristian

Kenapa Umat Islam Tidak Mahu Selamatkan Umat Kristian Soal Gadis Kristian

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 367 hits
Kenapa Umat Islam Tidak Mahu Selamatkan Umat Kristian Soal Gadis Kristian Saban hari saya menerima banyak mesej di dalam inbox Instagram juga Facebook rasmi saya iaitu Firdaus Wong Wai Hung Adakala membalas setiap mesej sehingga tengah mala...
Solat Subuh Berjamaah Sumber Nadi Kekuatan Umat Islam

Solat Subuh Berjamaah Sumber Nadi Kekuatan Umat Islam

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 433 hits
tibalah saat kalian harus kembali dan bertaubat kepada Allah Tibalah saatnya kalian meninggalkan segala teriakan kekesalan dalam hidup kalian dan gigihlah Tibalah masanya untuk kalian membangunkan diri kalian lalu melaksanakan solat Subuh b...
Pas Bina Pasaraya Wakaf Untuk Bangunkan Ekonomi Umat Islam

Pas Bina Pasaraya Wakaf Untuk Bangunkan Ekonomi Umat Islam

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 423 hits
Tahniah pimpinan PAS yang terjun dalam lapangan pembangunan hartanah untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi ummah DUNGUN 12 Sept Projek pembinaan Pasar Raya Wakaf Pas yang dirintis oleh parti itu merupakan suatu anjakan paradigma dalam m...
Berdiam Diri Punca Kehancuran Umat Islam

Berdiam Diri Punca Kehancuran Umat Islam

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 387 hits
24 Rabiulakhir 1440H Selasa Majlis Ulama Isma hari ini mengingatkan umat Islam supaya bertegas dalam melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran Pengerusinya Dr Mohd Soberi Awang bekata sekiranya umat Islam mencintai negara bangsa dan umat ...
Kenapa Umat Islam Disuruh Oleh Nabi Untuk Belajar Memanah Berenang Bermain Ped4ng Dan Berkuda Rileks Media

Kenapa Umat Islam Disuruh Oleh Nabi Untuk Belajar Memanah Berenang Bermain Ped4ng Dan Berkuda Rileks Media

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 666 hits
Semasa berperang dengan tentera Daj jal nanti pis tol sebesar mana pun kita akan tinggal kerana ketika itu kita akan kembali berlawan menggunakan pe dang Sebab apa duduk elok elok boleh tembak nuklear dari jauh tiba tiba kita nak guna pedan...
Ini 10yearchallenge Paling Menohok Hati Umat Islam

Ini 10yearchallenge Paling Menohok Hati Umat Islam

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 522 hits
Awal tahun 2019 netizen heboh dengan 10YearChalleng di media sosial Laman facebook instagram twitter dan media sosial lainnya ramai dengan tagar ini Dari sekian banyak unggahan postingan 10yearchallenge ini paling menohok hati ummat Islam C...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba