Manifesto Pun Gagal Tunai Janji Pula Nak Selesai Covid Hj Hadi Bidas Ph



PETALING JAYA: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menempelak amalan politiking Pakatan Harapan (PH) yang terus menipu rakyat dengan mendakwa mampu menyelesaikan krisis Covid-19, walaupun ternyata gagal menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.
Dalam satu catatan di Facebook, Hadi berkata selepas menang PRU lalu, pakatan itu tenggelam dengan perbalahan calon perdana menteri, bukannya berusaha memenuhi kewajipan menunaikan janji mereka.

“Setelah kerajaannya hilang, pihak lain pula yang dipersalahkan. Adakah mereka yang tidak mampu menunaikan janji PRU14 yang sedikit, tiba-tiba hari ini mendakwa mampu menyelesaikan masalah Covid-19 yang sedang merebak ke seluruh alam di muka bumi,” katanya di Facebook.
Beliau turut mempersoalkan adakah PH masih boleh dipercayai sedangkan mereka baru sahaja menipu rakyat dengan janji manifesto yang tidak mampu ditunaikan.
Ahli Parlimen Marang itu mendakwa PH menghidangkan amalan politik kotor kepada rakyat dengan menyebarkan fahaman tidak betul menerusi media sosial tanpa sempadan dan mempengaruhi masyarakat sehingga ramai diperbodohkan.
Katanya, lebih parah sekiranya gerakan yang merosakkan masyarakat ini didalangi oleh musuh agama, negara dan bangsa yang bersedia memberikan seberapa banyak sumbangan kepada sesiapa sahaja yang bersedia menjadi tentera upahannya.
Bacalah petikan dari FaceBook Minda Presiden PAS ini!
JANJI MANIFESTO GAGAL DITUNAIKAN, JANJI PULA SELESAIKAN COVID-19
Demikianlah terdapat amalan politiking murahan semata-mata untuk menipu rakyat yang lemah akalnya dan mudah lupa atau jahil berkenaan segala-galanya. Mereka lupa betapa janji Pilihan Raya Umum-14 yang lalu tenggelam dalam perbalahan siapakah yang patut menjadi Perdana Menteri, bukannya mereka berusaha memenuhi kewajipan bagi menunaikan janji manifesto. Setelah kerajaannya hilang, pihak lain pula yang dipersalahkan.
Berfikirlah dengan matang dan sejahtera. Adakah mereka yang tidak mampu menunaikan janji PRU-14 yang sedikit, tiba-tiba hari ini mendakwa mampu menyelesaikan masalah Covid-19 yang sedang merebak ke seluruh alam di muka bumi. Walhal sehingga sekarang belum ada mana-mana negara yang berjaya menanganinya.
Adakah mereka yang sebegitu rupa masih boleh dipercayai, apabila secara tiba-tiba bertempik dengan berdemonstrasi dan mengangkat slogan gagah perkasa kononnya mampu menghadapi wabak yang melanda seluruh dunia hari ini. Sedangkan mereka baru sahaja menipu rakyat dengan janji manifesto yang tidak mampu ditunaikan?
Berpolitik tidak seharusnya menjadi seperti penjual ubat yang menipu pelanggan, dengan menggunakan cara kotor yang diharamkan. Mungkin politik yang diamalkannya berpisah daripada sempadan agama dan moral yang luhur, suatu sifat yang tidak boleh diterima oleh masyarakat yang beragama, berakhlak dan berakal sihat. Inilah sebenarnya yang dinamakan dengan politik yang kotor.
Rakyat dihabiskan masa dengan cara yang kotor ini, khususnya disebarkan melalui media tanpa sempadan yang membawa wabak yang merosakkan kefahaman dan mempengaruhi masyarakat sehingga ramai yang diperbodohkan. Caranya hanyalah menyebarkan masalah yang belum selesai di seluruh dunia sebagai alasan kegagalan dan menutup banyak kejayaan yang telah dicapai.
Lebih parah sekiranya gerakan yang merosakkan masyarakat ini didalangi oleh musuh agama, negara dan bangsa yang bersedia memberikan seberapa banyak sumbangan kepada sesiapa sahaja yang bersedia menjadi tentera upahannya. Lebih malang lagi, apabila penganut Islam berwalikan (bertuankan) kepadanya.
Maka, seluruh rakyat wajib bersatu dalam menghadapi wabak penyakit pemikiran dan kefahaman yang lebih berbahaya daripada wabak Covid-19. Suatu wabak yang boleh mematikan syakhsiah umat, bahkan lebih berbahaya jika dibandingkan dengan wabak Covid-19 yang mematikan jasad serta mencabut roh mereka yang masih beriman dan berakhlak mulia.
Kita telah berjaya menjatuhkan kerajaan yang tidak bermoral itu, dengan dibantu oleh mereka yang sedar akan kebocoran bahteranya sendiri. Kemudian, digantikan dengan kerajaan yang bertanggungjawab dengan penuh kesabaran dan menunaikan kewajipan kepada rakyat tanpa sebarang janji manis. Hal ini demikian kerana, perkara yang wajib hendaklah ditunaikan dan tidak semestinya dilakukan hanya setelah berjanji. Walau bagaimanapun, ia tetap wajib ditunaikan, malah berdosa sekiranya tidak ditunaikan.
Lebih besar dosanya jika tidak menunaikan janji dalam perkara yang wajib ditunaikan oleh sesebuah kerajaan. Apatah lagi berdosa sekiranya menghabiskan masa dengan perebutan jawatan yang diharamkan meminta-minta dan menjadi kecintaan hidup duniawi. Malah berdosa kerana berbohong dan menipu rakyat demi mencapai cita-cita sehingga menghalalkan segala cara.
Rasulullah SAW telah ditunjukkan pada malam Isra’ dan Mi‘raj, bahawa seorang yang memikul berkas kayu yang tidak mampu diangkat, tiba-tiba menambah lagi bebanan beberapa kali sehingga menjadikannya lebih tidak berkemampuan. Keadaan tersebut menunjukkan adanya kalangan manusia yang bersifat demikian, penyakit yang wajib dijauhkan dan tidak layak untuk memimpin negara dan rakyat.
Sesungguhnya amanah untuk mentadbir politik negara merupakan satu tanggungjawab yang paling besar kepada manusia. Firman Allah SWT:
﴿إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا٧٢ لِيُعَذِّبَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْمُشْرِكِينَ وَالْمُشْرِكَاتِ وَيَتُوبَ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا٧٣﴾
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka semuanya enggan memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya (kerana tiada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. Sesungguhnya kebanyakan manusia itu amat zalim dan amat jahil. (72); (Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) Akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafiq serta orang-orang perempuan yang munafiq, dan orang-orang lelaki yang Musyrik serta orang-orang perempuan yang Musyrik; dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (73).” (Surah al-Ahzab: 72-73)

ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
Bertarikh: 13 Zulhijjah 1442 / 23 Julai 2021



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/manifesto-pun-gagal-tunai-janji-pula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Soal Kes Covid 19 Sudah Tertinggi Di Dunia Apa Lagi Nak Dikata

Najib Soal Kes Covid 19 Sudah Tertinggi Di Dunia Apa Lagi Nak Dikata

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 329 hits
Najib soal kes Covid 19 sudah tertinggi di dunia apa lagi nak dikata Bekas perdana menteri Najib Razak berkata negara ini berada pada kedudukan paling tinggi di dunia bagi kes baharu dan kematian Covid 19 berbanding saiz penduduk Katanya se...
Najib Bidas Propaganda Putrajaya Dakwa Covid 19 Tidak Teruk

Najib Bidas Propaganda Putrajaya Dakwa Covid 19 Tidak Teruk

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 247 hits
Najib bidas propaganda Putrajaya dakwa Covid 19 tidak teruk Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini membidas propaganda yang dimainkan oleh Putrajaya yang mengatakan Covid 19 masa ini masih tidak teruk Beliau mempersoalkan propaganda dim...
Sampai Bila Nak Kurung Rakyat Ubah Strategi Tangani Covid

Sampai Bila Nak Kurung Rakyat Ubah Strategi Tangani Covid

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 345 hits
Strategi mengurung rakyat dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan menetapkan angka jangkitan harian Covid 19 di bawah 4 000 kes sebelum ekonomi dibuka akan menatijahkan malapetaka yang lebih buruk kepada ekonomi Oleh itu Jawatankuasa Ekonomi...
Malu Nak Ucap Kerajaan Gagal Kah

Malu Nak Ucap Kerajaan Gagal Kah

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 225 hits
MOHD MUKLISNak sebut kerajaan gagal malu nak salahkan DAP sudah jadi khadam MCA Nak complain lebih lebih sertuan rahmat hari tu masih lagi bersisa Demikianlah Mopti tsiqah hilang tak ada orang peduli akibat berkhianat ilmu dan kedudukan yan...
Kali Ni Irwansyah Pula Sahkan Dirinya Positif Covid 19 Rupanya Ini Yang Terjadi Sampai Dia Disahkan Positif

Kali Ni Irwansyah Pula Sahkan Dirinya Positif Covid 19 Rupanya Ini Yang Terjadi Sampai Dia Disahkan Positif

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 280 hits
Pelakon dan penyanyi Indonesia Irwansyah 36 memaklumkan dirinya disahkan positif Covid 19 menerusi perkongsian video di akaun YouTube The Sungkars Family semalam
Hanya Mereka Yang Gila Berpolitiking Kata Malaysia Gagal Tangani Covid 19

Hanya Mereka Yang Gila Berpolitiking Kata Malaysia Gagal Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 443 hits
SHAH ALAM Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan belum ada negara dalam dunia yang boleh mendabik dada telah berjaya menghadapi penularan wabak pandemik Covid 19 sehingga kini Menurutnya tidak ada juga negara yang berputus asa ...
Covid 19 Adakah Kita Telah Gagal

Covid 19 Adakah Kita Telah Gagal

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 323 hits
PKPD telah mengurung sebahagian besar 8 juta warga Lembah Klang di kediaman masing masing dari 3 hingga 16 Julai apabila hanya boleh bergerak sekitar radius 10 kilometer Lebih tragis PKPD tersebut adalah sambungan daripada total lockdown di...
Sidang Ditangguh Ke 5 15 Petang Pula Lepas Dua Kes Positif Covid 19 Dikesan

Sidang Ditangguh Ke 5 15 Petang Pula Lepas Dua Kes Positif Covid 19 Dikesan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 260 hits
malaysiakini comDiterbitkan 29 Jul 2021 3 01 pmDikemaskini 3 52 pmPARLIMEN Sidang Dewan Rakyat akhirnya ditangguhkan ke jam 5 15 petang ini apabila timbalan speaker mengejutkan ramai dengan mengumumkan ada dua kes positif Covid 19 dikesan d...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas