Mangsa Pencemaran Berpusu Ke Stadium Dengan Perasaan Marah Takut


Mohamad Fadli
Mangsa ditenangkan anggota keselamatan di Stadium Tertutup Pasir Gudang sebelum mendapatkan rawatan.
PASIR GUDANG: Puluhan mangsa bersesak-sesak di pintu masuk Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang untuk mendapatkan rawatan awal selepas terdedah kepada pencemaran kimia Sungai Kim Kim.

Mereka ini bakal menjadi penghuni baru stadium itu, yang dibuka petang semalam untuk menempatkan mangsa pencemaran, selepas Dewan Taman Pasir Putih berdekatan Sungai Kim Kim diisytihar termasuk dalam zon merah dan ditutup kerana tidak lagi selamat.

Seramai 780 mangsa baru dirujuk ke pusat rawatan awal di stadium itu dalam tempoh 6 jam bermula 6 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi.

Kebanyakannya datang dibawa ahli keluarga sendiri. Suasana bingit dengan anggota penyelamat bergegas menyambut mangsa dan kanak-kanak yang berteriak.
Setiap masa akan ada orang datang meminta rawatan selepas mengalami sesak nafas, pening, loya dan muntah-muntah.
Mangsa pencemaran Sungai Kim Kim menjalani saringan dan rawatan di Stadium Tertutup Pasir Gudang.“Isteri saya sakit, mula-mula dia mengadu sakit mata, selepas itu muntah-muntah dan hampir pengsan sewaktu tiba di stadium, kata Azhar Ahmad, 48, dari Taman Cendana.

Taman Cendana terletak 10km dari Sungai Kim Kim tetapi pencemarannya sudah merebak ke kawasan perumahannya.

“Selepas dapat rawatan dan dimasukkan air dalam badan, keadaan isteri saya semakin lemah dan dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail,” katanya.
Azhar Ahmad.Isteri Azhar salah seorang daripada 3,555 mangsa yang mendapat perhatian perubatan sejak kes pencemaran Sungai Kim Kim dilaporkan pada 7 Mac lalu.

Seorang pegawai Rela yang enggan dikenali berkata, pagi tadi terdapat pertambahan 200 mangsa baru yang menjalani saringan dan mendapatkan rawatan awal.

Bilangan anggota agensi kerajaan juga dilihat semakin bertambah.

Marah, takut dan geram

Perasaan Azhar bercampur baur apabila ditanya lanjut mengenai pencemaran Sungai Kim Kim. Dia bimbang ahli keluarganya yang lain akan menjadi mangsa.

“Saya lihat menteri besar tak ambil tindakan awal. Patut hari pertama lagi dibersihkan tetapi nak dekat seminggu baru nak buat,” katanya.
Yasril Saari.Beliau berkata penduduk sebenarnya sudah lama menyedari udara kotor di Pasir Gudang, tetapi pencemaran di Sungai Kim Kim kali ini paling teruk.

Katanya banyak aduan dibuat tetapi nampaknya tiada tindakan berkesan. “Sudah bagi apa-apa habuan, saya tak pasti.”

“Jangan ambil remeh. Bukan main-main sebab boleh mendatangkan kematian,” katanya.

Yasril Saari, 56, dari Taman Cendana berkata anaknya mula mengadu sesak nafas, pening dan muntah-muntah pagi tadi.

Beliau merayu kerajaan memastikan pencemaran ini tidak merebak ke tempat lain.

“Jabatan alam sekitar perlu pantau,” katanya.
Yuzaimi Alias.Yuzaimi Abdullah, 31, bergegas dari Terengganu untuk mendapatkan anak dan isterinya dan membawa mereka ke stadium.

Penduduk Taman Air Biru ini, yang terletak kira-kira 5km dari Sungai Kim Kim, berkata anaknya yang berusia 5 tahun mengalami batuk dan demam.

“Saya lihat mangsa yang mendapatkan rawatan tidak putus-putus dan bertambah. Saya harap jangan pandang ringan,” katanya.

“Saya harapkan masalah dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/mangsa-pencemaran-berpusu-ke-stadium.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Pencemaran Toksik Meningkat Kepada 4 035

Mangsa Pencemaran Toksik Meningkat Kepada 4 035

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 331 hits
Mar 15 2019 0 Comments PASIR GUDANG 15 Mac Seramai 480 mangsa baharu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini dicatatkan setakat pukul 3 petang ini sekali gus menjadikannya jumlah terkini mangsa 4 035 Mereka semuanya dirujuk ke pusat raw
Pencemaran 780 Mangsa Baharu Jumlah Terkini 3 555 Orang

Pencemaran 780 Mangsa Baharu Jumlah Terkini 3 555 Orang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 302 hits
PASIR GUDANG Seramai 780 mangsa baharu pencemaran toksik dirujuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang dalam tempoh enam jam bermula pada 6 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi Dengan perkembangan t...
Pencemaran Toksik Seramai 3 555 Mangsa Baharu Darurat Tidak Perlu Masih Terkawal Viralhancing

Pencemaran Toksik Seramai 3 555 Mangsa Baharu Darurat Tidak Perlu Masih Terkawal Viralhancing

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 507 hits
PASIR GUDANG Seramai 780 mangsa baharu pencemaran toksik dirujuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang dalam tempoh enam jam bermula pada 6 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi Dengan perkembangan t...
Wanita Umno Bantu Mangsa Pencemaran Sisa Toksik

Wanita Umno Bantu Mangsa Pencemaran Sisa Toksik

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 501 hits
KUALA LUMPUR 16 Mac 8211 Pergerakan Wanita UMNO hari ini meluangkan masa melawat serta menyampaikan bantuan kepada sukarelawan dan mangsa pencemaran sisa toksik di Stadium Tertutup Pasir Gudang Johor di sini Ketuanya Datuk Dr Noraini Ahmad ...
Agong Zahir Rasa Simpati Kepada Mangsa Pencemaran Kimia

Agong Zahir Rasa Simpati Kepada Mangsa Pencemaran Kimia

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 354 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang Johor dan mendoakan mereka kembali pulih Istana Negara dalam kenyataan ...
Mangsa Pencemaran Perlu Diberi Pampasan Ahmad Maslan

Mangsa Pencemaran Perlu Diberi Pampasan Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 377 hits
PASIR GUDANG 17 Mac 8211 Kesemua 4 000 mangsa yang terjejas akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini wajar menerima pampasan daripada kerajaan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berkata walaupun kes tersebut tidak diisy...
Pnbrk Td Membantu Mangsa Dalam Pencemaran Bahan Kimia Di Pasir Gudang

Pnbrk Td Membantu Mangsa Dalam Pencemaran Bahan Kimia Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 971 hits
CBRNC Nuclear Biological Radiological Chemical Army Centre ataupunPNBRK TD Pusat Nuklear Biologi Radiologi Kimia Tentera Darat di bawah Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja yang berpangkalan di Markas 3 Divisyen Kem Terendak Melaka telah diatu...
Jabatan Amal Bantu Mangsa Pencemaran

Jabatan Amal Bantu Mangsa Pencemaran

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 423 hits
NUR AIN MANAFPASIR GUDANG Jabatan Amal Malaysia antara pasukan terawal turun padang ketika berlaku sesuatu bencana bahkan turut memainkan peranan penting dalam situasi pencemaran kimia yang sedang berlaku di sini Tinjauan Harakahdaily di Pu...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Throwback 2024 Join Competition Sempena Deepavali Celebration Kat Tempat Kerja

Lima Grill Cafe Taiping

What You Need To Know About Intellectual Property In Malaysia

Tha Palace Hotel Kota Kinabalu Sabah

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan