Mangsa Kemalangan Di Simpang Pulai Baharu Rai Ulang Tahun Perkahwinan


 
IPOH -- Mohd Zairul Mat Isa yang maut bersama enam lagi ahli keluarga termasuk isteri, anak dan ibunya dalam kemalangan di Simpang Pulai petang semalam, baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan pada 3 Ogos lepas.
Perkara itu dikongsikan abangnya Mohd Zakri, 37 yang berkata Mohd Zairul, 35  berserta sembilan lagi ahli keluarga termasuk sepupu, pergi bercuti di Pulau Pangkor pada Ahad lalu sebelum singgah bermalam di Cameron Highlands pada Isnin dan bertolak pulang ke Serdang, Kedah semalam.
"Kami menerima khabar berita mengenai kejadian ini kira-kira 7.30 malam daripada seorang abang dan sepupu saya yang mengetahui menerusi berita di televisyen. Pada mulanya kami tak berapa pasti tetapi menerusi gerak hati sepupu saya mengatakan itu memang keluarga kami yang kemalangan.
"Selepas diperiksa kesahihannya, baru kami dapat sahkan yang kemalangan itu adik saya dan sepupu," katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, hari ini.
Menceritakan lebih lanjut, Mohd Zakri berkata kali terakhir dia bertemu adiknya yang merupakan anak keempat daripada lima beradik ialah pada sambutan Aidiladha baru-baru ini.
"Adik perempuan saya ada membuat panggilan video dengan ibu saya (Fatimah Mat Isa, 68) semasa percutian dan itu kali terakhir berhubung dengannya yang kelihatan gembira," katanya.
Mohd Zakri berkata jenazah kesemua mangsa akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Badlishah, Mukim Terap, Serdang, Kedah selepas selesai urusan bedah siasat dijalankan di HRPB.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz pagi ini mengesahkan selain Mohd Zairul, turut meninggal dalam nahas itu ialah isterinya Nuratiqah Abd Hamid, 30, anak perempuan mereka Nur Qaseh Damia, 4, serta ibu Mohd Zairul, Fatimah Mat Isa, 68.
Turut maut  Zulkifli Shuib, 49, iaitu sepupu Mohd Zairul, isterinya Hasliza Mahmud,40 serta anak kandung Hasliza yang juga anak tiri Zulkifli, dikenali sebagai Mohd Alif Firdaus, 3.
Dua lagi anak Hasliza dikenali sebagai Apit, 16, serta Firash Mikhael Azrie Syah, 11, mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat di zon merah HRPB, manakala pemandu treler seorang lelaki berumur 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Turut cedera ialah seorang lagi anak Mohd Zairul, Haziq Zikri, 9, yang mengalami patah tangan kanan.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, tujuh daripada 10 yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) maut selepas kenderaan mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Km5, Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands.
Siasatan awal polis mendapati MPV yang dipandu Mohd Zairul itu dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan.  #sumber
-
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/mangsa-kemalangan-di-simpang-pulai-baru.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Maut Kemalangan Di Simpang Pulai

7 Maut Kemalangan Di Simpang Pulai

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 699 hits
Tujuh maut manakala 3 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza di Jalan Keramat Pulai Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands petang ini Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelama...
Hiburan Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 12 Ustaz Ebit Lew Titip Ucapan Romantis Buat Isteri

Hiburan Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 12 Ustaz Ebit Lew Titip Ucapan Romantis Buat Isteri

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 1004 hits
Menitip ucapan romantis buat isterinya sempena ulang tahun perkahwinan yang ke 12 pada 1 Ogos lalu pendakwah tersohor tanah air Ustaz Ebit Lew sekali lagi mencuri perhatian netizen Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram Us...
Bottas Sambar Petak Pertama Gp Ulang Tahun Ke 70

Bottas Sambar Petak Pertama Gp Ulang Tahun Ke 70

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 430 hits
SILVERSTONE United Kingdom Valtteri Bottas mengenepikan rakan sepasukan dari Mercedes Lewis Hamilton untuk menyambar petak pertama perlumbaan Grand Prix Ulang Tahun ke 70 di Litar Silverstone di sini sebentar tadi Nico Hulkenberg yang mengg...
Hiburan Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 28 Kekasih Hadiahkan Beg Tangan Harga Puluhan Ribu Buat Ruhainies

Hiburan Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 28 Kekasih Hadiahkan Beg Tangan Harga Puluhan Ribu Buat Ruhainies

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 723 hits
Menghadiahkan beg tangan mewah edisi terhad sempena ulang tahun kelahiran yang ke 28 pelakon itu tempoh hari ahli perniagaan yang juga kekasih hati pelakon Ruhainies yang dikenali sebagai Mr E mendedahkan dirinya telah menghadiahkan lebih e...
Jalan Simpang Pulai Cameron Highlands Selamat Gambar Cerun Runtuh Adalah Gambar Lama Zolkafly

Jalan Simpang Pulai Cameron Highlands Selamat Gambar Cerun Runtuh Adalah Gambar Lama Zolkafly

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 288 hits
IPOH 5 Ogos Kerajaan Negeri Perak memberi jaminan laluan Jalan Persekutuan FT185 Simpang Pulai Cameron Highlands di sini adalah selamat untuk digunakan pengguna jalan raya Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Tenaga Air dan Pengangkutan Awa...
Anmum Essential Gold Baharu Untuk Kanak Kanak 1 Hingga 6 Tahun

Anmum Essential Gold Baharu Untuk Kanak Kanak 1 Hingga 6 Tahun

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 309 hits
ANMUM ESSENTIAL GOLD BAHARU UNTUK KANAK KANAK 1 HINGG 6 TAHUN Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya Kanak kanak masa kini yang berusia satu hingga enam tahun tergolong dalam kategori generasi Alfa atau generasi yang dilahirkan dalam...
18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambal Bendi Goreng

Dugaan Pagi Khamis

Arvian Dwi Kau Telah Milik Dia Chord

Qumang Carol Tuwis Sangkai Selemai Chord

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Perseus Cw Zon Reimagines The Yamaha Xv1000