Jalan Simpang Pulai Cameron Highlands Selamat Gambar Cerun Runtuh Adalah Gambar Lama Zolkafly


IPOH, 5 Ogos (Bernama) — Kerajaan Negeri Perak memberi jaminan laluan Jalan Persekutuan FT185 Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini adalah selamat untuk digunakan pengguna jalan raya.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Zolkafly Harun berkata gambar keruntuhan cerun di laluan berkenaan yang tular adalah gambar lama yang dibangkitkan semula di laman media sosial.
“Kerajaan negeri melalui agensi teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak telah menjalankan pemeriksaan dan mendapati memang terdapat cerun yang rebak berdekatan dengan jalan berkenaan namun tidak seteruk seperti yang ditularkan.
“Ia berpunca daripada hakisan air hujan dan keadaan muka bumi yang merupakan kawasan lembah. Hasil pemerhatian juga mendapati runtuhan cerun ini berlaku di cerun tambakan yang merupakan cerun tanah,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan di lokasi berkenaan di sini hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun keadaan jalan tidak mengalami sebarang mendapan atau keretakan dan kerja-kerja penambahbaikan cerun iaitu Tie Back Wall serta Micropile Slab telah dijalankan di sebahagian kawasan cerun runtuhan tersebut.
Menurutnya, JKR juga melakukan pemantauan pergerakan tanah di kawasan cerun berisiko terhadap tanah runtuh setiap tiga jam sekali bagi memastikan tiada pergerakan tanah.
Zolkafly berkata kerajaan negeri akan membuat permohonan kos sebanyak RM120 juta kepada kerajaan persekutuan untuk membaiki cerun dan berusaha untuk mendapatkan kelulusan dengan segera.
“Kerajaan negeri juga akan memastikan projek pembaikan ini dapat disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 agar satu penyelesaian yang terbaik dapat dimuktamadkan,” katanya.
Katanya rakyat diharapkan lebih bertanggungjawab supaya tidak menularkan gambar atau berita tidak benar yang menimbulkan keresahan orang ramai.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memberhentikan kenderaan di kawasan cerun untuk mengambil gambar kerana perbuatan itu boleh membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.
Baru-baru ini, tular beberapa gambar menunjukkan runtuhan tanah di cerun laluan itu dan menerima pelbagai komen warganet yang bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.
— BERNAMA
The post Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands Selamat, Gambar Cerun Runtuh Adalah Gambar Lama – Zolkafly appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/08/05/jalan-simpang-pulai-cameron-highlands-selamat-gambar-cerun-runtuh-adalah-gambar-lama-zolkafly/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laluan Jalan Persekutuan Ft185 Simpang Pulai Cameron Highlands Di Jamin Selamat

Laluan Jalan Persekutuan Ft185 Simpang Pulai Cameron Highlands Di Jamin Selamat

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 745 hits
IPOH Kerajaan Negeri Perak memberi jaminan laluan Jalan Persekutuan FT185 Simpang Pulai Cameron Highlands di sini adalah selamat untuk digunakan pengguna jalan raya Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Tenaga Air dan Pengangkutan Awam Perak...
Scan Gambar Lama

Scan Gambar Lama

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 343 hits
Hari ini 20200802 Master mula imbas gambar gambar lama di rumah Tokki menggunakan printer Canon E501 Pada mulanya Tokki imbas gambar yang ada dan crop manual Tentu sahaja proses itu memakan masa yang lama Master tahu bahawa asa perisian yan...
12 Gambar Selamat Hari Raya Aidiladha

12 Gambar Selamat Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 1932 hits
Sebelum anda melihat gambar selamat hari raya aidiladha bagi tahun 2020 perlu diingatkan sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengamalkan SOP asas bagi mengurangkan resiko jangkitan covid 19 terutamanya semasa menyambut hari raya aidiladha Me...
Tujuh Maut Tiga Cedera Lori Rempuh Mpv Ke Cameron Highlands

Tujuh Maut Tiga Cedera Lori Rempuh Mpv Ke Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 538 hits
IPOH Tujuh maut manakala tiga cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori dengan kenderaan pelbagai guna Perodua Alza di Jalan Keramat Pulai menghala ke Cameron Highlands Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak ...
7 Maut Kemalangan Di Simpang Pulai

7 Maut Kemalangan Di Simpang Pulai

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 699 hits
Tujuh maut manakala 3 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza di Jalan Keramat Pulai Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands petang ini Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelama...
Percutian Ke Cameron Highlands Berakhir Tragedi 7 Ahli Keluarga Meninggal Kereta Bertembung Lori Mingguan Wanita

Percutian Ke Cameron Highlands Berakhir Tragedi 7 Ahli Keluarga Meninggal Kereta Bertembung Lori Mingguan Wanita

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 964 hits
Rancangan percutian ke Cameron Highlands berakhir tragedi apabila tujuh daripada sepuluh ahli keluarga meninggal dunia dalam kemalangan
Sumpah Adalah Senjata Terakhir Di Saat Kita Sudah Tidak Mempunyai Apa Apa

Sumpah Adalah Senjata Terakhir Di Saat Kita Sudah Tidak Mempunyai Apa Apa

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 245 hits
Hari ini DSN bersumpah sekali lagi menyatakan dirinya tidak bersalah di mahkamah Sumpah itu sebenarnya tidak laku di dalam sistem keadilan dunia Tetapi ia adalah usaha terakhir seorang Muslim untuk mempertahankan dirinya Sumpah adalah senja...
Pendemo Bakar Foto Habib Rizieq Tapi Tidak Mempan Manusia Di Foto Ini Adalah Sampah

Pendemo Bakar Foto Habib Rizieq Tapi Tidak Mempan Manusia Di Foto Ini Adalah Sampah

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 307 hits
Video puluhan massa menginjak injak foto Habib Rizieq Sihab dan melemparinya dengan tomat viral di media sosial sejak Senin malam Para pendemo menyebut manusia dalam foto itu adalah sampah yang tidak boleh ada di Indonesia Manusia di foto i...
New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Tajwid Surat Al Fatihah Ayat 1 7 Dan Arti Perkata

Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam

Peragut Dikejar 12km Akhirnya Tumpas Di Tangan Penghantar Makanan

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Ahli Parlimen Dap

Netizen Serang Instagram Memey Suhaiza Isu Penyondol Kembali Diperkatakan