Ganti Dokumen Peribadi Percuma Untuk Mangsa Banjir Hamzah


Oleh Bernama Pasukan polis membantu penduduk sekitar Taman Inderapura, Kuantan berpindah ke PPS semalam./ FB Polis Marin MANGSA banjir yang kehilangan kad pengenalan, pasport dan dokumen peribadi di bawah agensi Kementerian Dalam Negeri boleh mendapatkan penggantian dokumen peribadi itu secara percuma. 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Imigresen akan diarahkan supaya membantu mangsa yang dokumen mereka musnah atau hilang akibat banjir dalam masa terdekat. 
“Sekarang ini mangsa boleh memberi tumpuan kepada proses pembersihan banjir dan pihaknya menerusi Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen serta agensi berkaitan akan membantu mendapatkan dokumen berkenaan. 
“Selepas ini segala dokumen, sijil kelahiran, sijil kematian, pasport atau dokumen yang musnah akibat  bencana (banjir) ini akan diberikan (penggantian) secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Batu 18, Kampung Jawa dekat sini, hari ini. 
Beliau berkata banjir yang berlaku di Hulu Langat serta Shah Alam di Selangor adalah di luar jangkaan dan persediaan agensi di bawah kementeriannya memberi fokus ke negeri di Pantai Timur. 
“Kebiasaannya negeri di Pantai Timur akan mengalami banjir sekitar November hingga Mac dan keadaan ini menyebabkan aturan gerak aset tertumpu ke kawasan berkenaan,” katanya. 
Bagaimanapun menurut Hamzah, susulan kejadian banjir di Selangor, perbincangan akan diadakan  bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kementerian Kewangan dalam mengkaji struktur penggunaan aset dan penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam operasi banjir. 
Mengulas komen netizen yang mendakwa usaha menyelamat yang lambat oleh Polis Diraja Malaysia kepada mangsa banjir, Hamzah berkata: “Saya ucapkan terima kasih kepada masyarakat yang menyalurkan maklumat untuk bantuan… (tetapi) kita perlu faham keadaan (banjir) di Selangor jarang berlaku dan kita perlu melihat apa yang perlu dilakukan selain kekangan serta masalah untuk masuk ke kawasan menyelamat,” katanya. 
Hamzah berkata pihaknya akan mendapatkan bantuan lebih 5,000 anggota daripada Rela dan agensi berkaitan bagi menampung kekuatan lebih 23,000 anggota dan pegawai PDRM dalam operasi membantu mangsa di lapan negeri yang terjejas akibat banjir. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/ganti-dokumen-peribadi-percuma-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jpj Tawar Gantian Dokumen Secara Percuma Kepada Mangsa Banjir

Jpj Tawar Gantian Dokumen Secara Percuma Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 274 hits
Kemuka dokumen asal yang rosak di kaunter pejabat JPJ BANGI Jabatan Pengangkutan Jalan menawarkan penggantian dokumen dokumen penting secara percuma kepada mangsa yang terjejas banjir Keputusan itu sebagai tanda prihatin terhadap musibah ba...
Mangsa Banjir Pilu Tak Mampu Ganti Perabot Barangan Elektrik Rosak

Mangsa Banjir Pilu Tak Mampu Ganti Perabot Barangan Elektrik Rosak

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 461 hits
Sofa dan perabot yang rosak terpaksa dibuang akibat rumah dinaiki air KLANG Melly Yohanus terus bergenang air mata sebaik ditanya jumlah kerugian yang ditanggungnya akibat kerosakan perabot barangan elektrik dan keperluan lain dalam rumah m...
Azam Motor Giat Solutions Tawar Perkhidmatan Percuma Kepada Mangsa Banjir

Azam Motor Giat Solutions Tawar Perkhidmatan Percuma Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 331 hits
T Pukalenthi sediakan perkhidamtan pemeriksaan komputer dan komputer riba secara percuma kepada mangsa banjir DUA individu menawarkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas teruk tetapi bantuan yang ditawarkan oleh Mastinah Mohd Sani da...
Pengumuman Mb Selangor Isnin Depan Terlalu Lambat Bagi Mangsa Banjir Terdesak

Pengumuman Mb Selangor Isnin Depan Terlalu Lambat Bagi Mangsa Banjir Terdesak

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 357 hits
Ramai mangsa banjir berkata mereka memerlukan bantuan tunai RM1 000 dijanjikan kerajaan dengan segera Seorang wanita membersihkan barang barang yang dapat diselamatkan selepas banjir besar di Hulu Langat Penduduk Selangor yang terdesak untu...
Lagi Mangsa Banjir Pekerja Ladang Che Rustam Maut Lemas Redah Jalan Dinaiki Air

Lagi Mangsa Banjir Pekerja Ladang Che Rustam Maut Lemas Redah Jalan Dinaiki Air

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 364 hits
PEKAN PAHANG 8211 Seorang pekerja ladang ditemui lemas selepas tenggelam bersama motosikalnya ketika meredah jalan dinaiki air di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Chini 2 di sini pada Khamis Mayat mangsa Che Rustam Che Su 36 ditemui pada...
Mangsa Banjir Diberi Moratorium Tangguh Bayar Pinjaman

Mangsa Banjir Diberi Moratorium Tangguh Bayar Pinjaman

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 304 hits
MALAYSIA POST KERAJAAN mengumumkan kemudahan penangguhan atau pengurangan bayaran balik pinjaman perumahan dan hartanah kenderaan kad kredit serta pinjaman peribadi untukmangsa banjir di seluruh negara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabr...
Sedih Dengan Sikap Kawan Yang Mangsa Banjir

Sedih Dengan Sikap Kawan Yang Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 577 hits
Assalamualaikum Hi korang Semalam SA balik kerja dari dalam train SA dah check whatsaap SA group Alumni Sek lama kat PD dulu SA memang aktif la kat group tu tak ramai pun dalam tu berbilang bangsa ada melayu india cina dan Sikh dalam ramai ...
Senarai Barangan Keperluan Mangsa Banjir

Senarai Barangan Keperluan Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 436 hits
Kita nak bantu mangsa banjir tapi kadang tak tahu nak sumbangkan apa Mana mana individu atau pertubuhan yang nak menyumbangkan bantuan barang keperluan mangsa banjir boleh tengok senarai barang keperluan yang diperlukan semasa pasca bencana...
Sarat Hamil 7 Bulan Ernie Zakri Sama Sama Naik Lori Bantu Mangsa Banjir

Sarat Hamil 7 Bulan Ernie Zakri Sama Sama Naik Lori Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 335 hits
Biarpun dah masuk trimester ketiga kehamilan atas rasa simpati tidak menghalang penyanyi Ernie Zakri untuk turun padang membantu mangsa banjir Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri 28 memuat naik satu hantaran di Instagram mil...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi