Mangsa Banjir Di Johor Sarawak Meningkat


 
Seramai 11,776 orang daripada 3,544 keluarga kini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Johor selepas keadaan banjir di negeri itu semakin buruk. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Sarawak meningkat setakat 4 petang ini, manakala di Sabah semakin baik.
Di Johor, jumlah mangsa meningkat kepada 11,776 orang daripada 3,544 keluarga berbanding 10,763 daripada 3,018 keluarga pagi tadi dan berlindung di 97 PPS di lima daerah.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Azmi Rohani berkata Johor Bahru mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,384, diikuti Kluang (2,669), Pontian (1,791), Kota Tinggi (1,671) dan Kulai (1,261).
“Terdapat lima sungai dilaporkan melepasi paras bahaya iaitu stesen Sungai Lenik di Ladang Chaah dengan bacaan 7.04m, Batu Pahat; Sungai Kahang di Kampung Contoh (15.92m), Kluang; Sungai Siam di Kampung Sungai Siam (20.94m), Kulai; Sungai Pulai di Kampung Ulu Pulai (3.09m), Pontian dan Sungai Paya Dato di Mersing (2.07m),” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata dua jalan di Kota Tinggi iaitu Jalan Lukut Cina (Taman Aman) dan Jalan Mawai Lama (sebelum Rumah Burung) serta Jalan Jabi Bukit Tempurung (Jalan Negeri), Segamat ditutup kepada semua kenderaan susulan dinaiki air.
Di Sarawak, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa meningkat kepada 435 orang petang ini berbanding 274 pagi tadi dan ditempatkan di lima PPS iaitu Balai Raya Song, Asrama Belia Kapit, Dewan Suarah Kapit, Dewan Kompleks Sukan Kanowit dan Dewan Komuniti Sibu Jaya.
Di Sabah, jumlah mangsa yang dipindahkan turun mendadak kepada 344 orang daripada 107 keluarga petang ini berbanding 1,248 orang daripada 396 keluarga pagi tadi susulan penutupan tiga PPS di daerah Kota Marudu yang telah pulih daripada banjir.
Sekretariat JPBN memaklumkan semua mangsa ditempatkan di sembilan PPS di Keningau, Sipitang, Sandakan, Beluran, Paitan, Matunggong dan Pitas. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/mangsa-banjir-di-johor-sarawak-meningkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Banjir Johor Meningkat Sedikit

Mangsa Banjir Johor Meningkat Sedikit

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 303 hits
Jumlah pusat pemindahan sementara yang masih aktif menempatkan mangsa banjir di Johor kini sebanyak 20 buah kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Azmi Rohani PETALING JAYA Jumlah mangsa di lima daerah di Johor merekodkan sed...
Empat Pps Dibuka Tempatkan 286 Mangsa Banjir Di Utara Sarawak

Empat Pps Dibuka Tempatkan 286 Mangsa Banjir Di Utara Sarawak

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 266 hits
Empat PPS Dibuka Tempatkan 286 Mangsa Banjir Di Utara Sarawak Penduduk menerima bantuan daripada beberapa pihak di beberapa PPS aktif di daerah kecil Trusan pada 9 Mac 2025 Foto APM LawasLAWAS 9 Mar Seramai 286 penduduk di sini dan Limbang ...
Lebih 10 000 Mangsa Banjir Johor

Lebih 10 000 Mangsa Banjir Johor

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 331 hits
Situasi banjir di Johor Sabah dan Sarawak bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara merekodkan peningkatan setakat 8 pagi ini Di JOHOR jumlah mangsa meningkat mendadak kepada 10 763 daripada 3 018 ke...
Banjir Di Johor Makin Buruk Lebih 10 000 Mangsa Dipindah

Banjir Di Johor Makin Buruk Lebih 10 000 Mangsa Dipindah

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 258 hits
Keadaan banjir di Kampung Kangkar Tebrau Johor Bahru Foto BernamaJOHOR BAHRU 21 Mar Keadaan banjir di Johor makin buruk dengan jumlah mangsa banjir meningkat melebihi 10 000 orang setakat jam 8 pagi tadi berbanding 3 964 orang malam tadi Pe...
Metmalaysia Warns Of Heavy Rains In Johor Pahang Sabah And Sarawak Until Friday

Metmalaysia Warns Of Heavy Rains In Johor Pahang Sabah And Sarawak Until Friday

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 308 hits
The Malaysian Meteorological Department has issued a severe level continuous rain warning in Johor until Friday Picture by Farhan NajibKUALA LUMPUR March 19 The Malaysian Meteorological Department has issued a severe level continuous rain w...
Banjir Di Johor 20 Mac 2025

Banjir Di Johor 20 Mac 2025

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 444 hits
Banjir kali ini 20 Mac 2025 lebih teruk berbanding banjir banjir yang lepas Antara yang banyak disebut ialah Kampung Pasir berdepan dengan Plaza Angsana Kangkar Tebrau Kampung Pandan Johor Bahru Ramai Tiktoker live dari kawasan tersebut Jug...
Flood Situation Worsens In Johor Sabah And Sarawak

Flood Situation Worsens In Johor Sabah And Sarawak

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 368 hits
Relief centres have been opened in Johor Sabah and Sarawak to accommodate the growing number of flood evacuees KUALA LUMPUR The flood situation in Johor Sabah and Sarawak worsened today with the number of evacuees seeking shelter at flood r...
Mangsa Banjir Sabah Turun Kepada 2 655 Orang

Mangsa Banjir Sabah Turun Kepada 2 655 Orang

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 253 hits
Beaufort masih merekodkan bilangan mangsa tertinggi dengan 1 719 orang diikuti Membakut melibatkan 422 orang dan 514 orang di Tenom KOTA KINABALU Jumlah mangsa banjir berlindung di pusat pemindahan sementara di Sabah menurun kepada 2 655 or...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia