Banjir Di Johor Makin Buruk Lebih 10 000 Mangsa Dipindah


 

Keadaan banjir di Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru. Foto Bernama
JOHOR BAHRU, 21 Mar – Keadaan banjir di Johor makin buruk dengan jumlah mangsa banjir meningkat melebihi 10,000 orang setakat jam 8 pagi tadi, berbanding 3,964 orang malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, pagi ini, mangsa banjir di lima daerah terjejas mencecah 10,763 orang daripada 3,018 keluarga yang kini ditempatkan di 98 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor Bahru, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Pontian.
Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, Johor Bahru terus menjadi daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,291 orang daripada 1,138 keluarga di 27 PPS.
Keadaan rumah dan jalan raya yang ditenggelami air akibat banjir di Kampung Pasir Tebrau, Johor Bahru berikutan hujan berterusan hampir 48 jam. Foto Bernama“Kluang pula merekodkan jumlah 2,163 mangsa banjir membabitkan 635 keluarga ditempatkan di 27 PPS,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Azmi berkata, Kota Tinggi, Pontian dan Kulai juga mencatatkan jumlah mangsa banjir yang meningkat, dengan Kota Tinggi mencatatkan 1,761 mangsa (504 keluarga) di 17 PPS, Pontian pula meningkat kepada 1,395 mangsa (387 keluarga) di 19 PPS, manakala jumlah mangsa banjir di Kulai pula kini mencecah 1,152 orang (354 keluarga) di lapan PPS.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) masih tidak mengeluarkan sebarang amaran ribut petir bagi negeri ini, namun mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di enam daerah di negeri ini.
Keadaan rumah dan jalan raya yang ditenggelami air akibat banjir di Kampung Pasir Tebrau, Johor Bahru berikutan hujan berterusan hampir 48 jam. Foto BernamaAmaran hujan lebat berterusan itu membabitkan daerah Johor Bahru, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi yang dijangka berlaku sehingga hari ini.
Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan membabitkan daerah Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat, juga dijangka sehingga hari ini.
Pada masa sama, Sungai Batu Pahat, Sungai Endau, Sungai Johor, Sungai Pulai, Sungai Skudai dan Sungai Jemaluang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya.
Semua daerah di negeri ini masih dilaporkan hujan setakat jam 8 pagi tadi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/banjir-di-johor-makin-buruk-lebih-10000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 10 000 Mangsa Banjir Johor

Lebih 10 000 Mangsa Banjir Johor

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 230 hits
Situasi banjir di Johor Sabah dan Sarawak bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara merekodkan peningkatan setakat 8 pagi ini Di JOHOR jumlah mangsa meningkat mendadak kepada 10 763 daripada 3 018 ke...
Mangsa Banjir Johor Meningkat Sedikit

Mangsa Banjir Johor Meningkat Sedikit

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 170 hits
Jumlah pusat pemindahan sementara yang masih aktif menempatkan mangsa banjir di Johor kini sebanyak 20 buah kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Azmi Rohani PETALING JAYA Jumlah mangsa di lima daerah di Johor merekodkan sed...
Mangsa Banjir Di Johor Sarawak Meningkat

Mangsa Banjir Di Johor Sarawak Meningkat

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 173 hits
Seramai 11 776 orang daripada 3 544 keluarga kini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Johor selepas keadaan banjir di negeri itu semakin buruk KUALA LUMPUR Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Joho...
Polis Marin Halang Cubaan Seludup Syabu Bernilai Lebih Rm700 000

Polis Marin Halang Cubaan Seludup Syabu Bernilai Lebih Rm700 000

papar berkaitan - pada 24/3/2025 - jumlah : 164 hits
GEORGE TOWN Pasukan Polis Marin baru baru ini telah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup syabu bernilai lebih RM700 000 melalui perairan Teluk Kumbar Dalam operasi khas yang dijalankan antara pukul 3 hingga 7 pagi semalam lima lelaki warg...
Controversy Erupts Over Johor Man S Rm6 000 Fine For Filming Stepdaughter In Shower

Controversy Erupts Over Johor Man S Rm6 000 Fine For Filming Stepdaughter In Shower

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 227 hits
While organizing her stepfather s email storage a 15 year old girl made a disturbing discovery he had secretly recorded her multiple times including while she was in the shower On 14 March she reported him to the police stating that he had ...
Floods Worsen In Johor Over 13 000 Evacuated From Homes

Floods Worsen In Johor Over 13 000 Evacuated From Homes

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 182 hits
The number of flood victims evacuated to relief centres in Johor and Sarawak continues to rise as of 8am today while the figure in Sabah remains unchanged Bernama picKUALA LUMPUR The number of flood victims evacuated to relief centres in Jo...
Rm3 000 In Flood Aid For Johor Families Before Raya

Rm3 000 In Flood Aid For Johor Families Before Raya

papar berkaitan - pada 23/3/2025 - jumlah : 271 hits
Flood victims Hairul Nur Azman 54 and his mother Hamidah Sulaiman 72 at their home in Kampung Haji Noor Johor PETALING JAYA Johor will distribute more than RM11 million in financial aid to 3 700 heads of households affected by the floods ca...
Mangsa Banjir Sabah Turun Kepada 2 655 Orang

Mangsa Banjir Sabah Turun Kepada 2 655 Orang

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 152 hits
Beaufort masih merekodkan bilangan mangsa tertinggi dengan 1 719 orang diikuti Membakut melibatkan 422 orang dan 514 orang di Tenom KOTA KINABALU Jumlah mangsa banjir berlindung di pusat pemindahan sementara di Sabah menurun kepada 2 655 or...
Menangis Bukan Sebab Tak Redha Tapi Rindu

New Proton X50 More Aggressive And Stylish

Discover Ironpandafit Gym Apparel That Combines Performance And Style

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Rakyat Tertipu Dengan Janji Pilihan Raya Bn Makin Terserlah Ketakutan Terhadap Slogan Pas Teraju Pahang

Titan A Roaring Nitrous Boosted Bmw R 1300 R Built In House

Starlink Malaysia Patutkah Anda Tukar Dari Unifi Atau Maxis

Hiburan Lebih 82 000 Petugas Kesihatan Kkm Dikecualikan Waktu Kerja Syif 45 Jam Seminggu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Acting Ministers Key To Continuity Says Johari

Anwar S End Is Near Ratu Naga S Post Ignites Uproar

Mat Sabu Says Hotels Should Sweeten Up With Durian

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

Bau Wangi Semerbak Sebaik Melangkah Ds Vida Sebak Ziarah Pusara Arwah Nurly

Nothing Phone Tampil Cip Snapdragon Baharu