Manfaat Zakat Untuk Semua Netizens Mempertikaikan Lzs Enggan Bayar Zakat


Meskipun Lembaga Zakat Selangor sudah memperjelaskan maksud motto "manfaat zakat untuk semua" masih terdapat sebilangan netizens yang enggan membayar zakat kepada agensi tersebut atas alasan was-was.

Ini susulan penyebaran satu pekeliling dari LZS yang mendakwa kononnya manfaat zakat kini tidak lagi terhad kepada umat Islam semata-mata.


"LZS akan menggunakan motto "Manfaat Zakat Untuk Semua" menggantikan motto "Meneraju Perubahan", ia membawa maksud agar LZS lebih dekat dengan masyarakat dan mengukuhkan manfaat zakat adalah untuk semua, bukan hanya terhad kepada golongan mustahik sahaja malah kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira usia, bangsa dan agama secara langsung dan tidak langsung," seperti dipetik dalam kenyataan surat tular itu.

Bagaimanapun LEMBAGA ZAKAT SELANGOR menafikan dakwaan yang tular itu. Meskipun mengesahkan pekeliling itu adalah sahih namun menafikan zakat di Selangor diagihkan kepada penganut agama selain dari Islam.

Sebaliknya menegaskan agihan zakat Selangor adalah untuk umat Islam semata-mata. Namun berdasarkan respon netizens didapati kebanyakan dari mereka memilih tidak mempercayai penjelasan oleh Lembaga Zakat Selangor.

Sesetengahnya mempertikaikan kenyataan "tidak mengira usia, bangsa dan agama," yang menurut pandangan mereka maksudnya tidak dijelaskan oleh agensi berkenaan dalam menjawab pekeliling yang tular itu.

Respon netizens;






Berikut dibawah kenyataan Lembaga Zakat Selangor berhubung surat viral tersebut;

MAKLUM BALAS LEMBAGA ZAKAT SELANGOR BERKAITAN PEKELILING DALAMAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
SHAH ALAM, 30 Disember 2018 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkenaan tular pekeliling LZS di media sosial dan whatsapp.

LZS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh umat Islam terutama di Selangor yang prihatin berkenaan perkembangan LZS serta sentiasa memberi pandangan yang membina untuk kemajuan ummah.


Untuk makluman, pekeliling berkaitan motto baru LZS yang sedang tular pada masa ini adalah pekeliling DALAMAN untuk warga kerja LZS sahaja.

LZS menegaskan bahawa pengagihan zakat di Selangor hanya untuk umat Islam sahaja dan menafikan ia akan disalurkan kepada agama lain. Skop pengagihan zakat di Selangor yang diuruskan oleh LZS adalah berdasarkan kepada hukum syarak. Ia meliputi lapan kategori asnaf seperti yang dijelaskan dalam surah at-Taubah ayat 60.

Berhubung tular yang tersebar baru-baru ini, berkenaan “Motto: Manfaat Zakat Untuk Semua”, terdapat kekeliruan mengenai perkara ini. Bagi tahun 2019, LZS telah mengubah motto lama iaitu “Meneraju Perubahan” kepada motto baru iaitu “Manfaat Zakat Untuk Semua”. Motto ini membawa maksud yang sangat luas. Ia menggambarkan bahawa ibadah zakat walaupun hanya dikhususkan kepada umat Islam tetapi MANFAATNYA dinikmati oleh semua ahli masyarakat dalam kitaran ekonomi dan sosial. Ini selaras dengan peranan zakat yang mensucikan dan menyuburkan.

Sekiranya taraf kehidupan asnaf dipertingkatkan, ia secara tidak langsung akan meningkatkan taraf sesebuah negeri atau negara. Dengan maju dan makmurnya sesebuah negeri atau negara, akan bermanfaatlah setiap rakyat di dalamnya tanpa mengira bangsa atau agama.

Misalnya, seorang mahasiswa asnaf dibiayai dengan wang zakat dalam bidang perubatan sehingga berjaya menjadi seorang doktor pakar, maka manfaatnya dapat dinikmati oleh semua pesakit tanpa mengira status, bangsa atau agama.

Sekali lagi ditegaskan, LZS tidak ada kaitan dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk parti politik dan akan terus menyantuni asnaf di Selangor bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

LZS juga sentiasa mematuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Peraturan-Peraturan Zakat Dan Fitrah (Negeri Selangor) 2012 dalam melaksanakan operasi agihan dan kutipan zakat di Negeri Selangor. Agihan dan kutipan zakat di negeri Selangor sentiasa mengikut hukum syarak dan ia dipantau rapi oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta dikawal selia oleh jawatankuasa yang dilantik termasuk Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

KENYATAAN OLEH

Abdul Basith Hamid
Ketua Pegawai Penyelaras (Officer In Charge)
Lembaga Zakat Selangor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2018/12/manfaat-zakat-untuk-semua-netizens.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mudahnya Bayar Zakat Dengan Perbankan Internet

Mudahnya Bayar Zakat Dengan Perbankan Internet

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 281 hits
Hi korang Zakat merupakan rukun islam ke empat dan sememangnya wajib disempurnakan oleh kita umat islam Kepada anda yang layak membayar zakat sepatutnya melaksanakan kerana di dalam rezeki kita pastinya terselit rezeki orang lain dan inilah...
Tak Perlu Bayar Cukai Kalau Dah Bayar Zakat

Tak Perlu Bayar Cukai Kalau Dah Bayar Zakat

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 662 hits
Salam guysDisebabkan dah nak hujung tahun ni kebiasaannya umat Islam akan bayar zakat pendapatan untuk tahun semasa atau tahun 2018 Kenapa kena hujung tahun ni jugak Kalau bayar zakat tahun depan tak boleh ke Jawapannya BOLEHTetapi ada seba...
Segera Bayar Zakat Ppz Mawip

Segera Bayar Zakat Ppz Mawip

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 340 hits
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP Ahmad Shukri Yusoff bercakap pada sidang media Countdown YEZ 2018 Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Wisma PPZ Taman Shamelin Perkasa Kuala Lumpur foto AFIQ RAZALI KUALA LUMPUR P...
Kronologi Rosyam Nor Dibaruakan Netizens Semua Ini Bermula Dari Geng Boikot Produk Cina

Kronologi Rosyam Nor Dibaruakan Netizens Semua Ini Bermula Dari Geng Boikot Produk Cina

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 1004 hits
Kenapa meniaga dengan cina adalah isu Kronologi Pakatan Harapan memenangi pilihanraya BN kalah teruk Sentimen cina menguasai kabinet dan pentadbiran negara berleluasa Muslims diseru boikot perniagaan cina untuk sekat kewangan aliran wang tu...
Myzakat 8 Bayar Zakat Perniagaan Dapat Hadiah Menarik

Myzakat 8 Bayar Zakat Perniagaan Dapat Hadiah Menarik

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 497 hits
Erti hidup pada memberi Saat kita memberi dengan kegembiraan maka kegembiraan itu akan kembali menjadi milik kita In sya AllahSejak kecil aku dah biasa dengar mak bayar zakat perniagaan Jumlahnya kedengaran bukan sedikit Maklumlah orang ber...
Lzs Buka Semua Cawangan Perkhidmatan Tujuh Hari Seminggu Sepanjang Disember

Lzs Buka Semua Cawangan Perkhidmatan Tujuh Hari Seminggu Sepanjang Disember

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 395 hits
OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM Lembaga Zakat Selangor membuka kaunter perkhidmatan tujuh hari seminggu termasuk hujung minggu dan cuti umum di kesemua 27 cawangan sepanjang Disember ini Jurucakap LZS menerusi kenyataan memaklumkan waktu ope...
Pemandu Bas Ekspres Enggan Bayar Penuh Harga Nasi Lemak Dan Mengasari Pelayan Gerai

Pemandu Bas Ekspres Enggan Bayar Penuh Harga Nasi Lemak Dan Mengasari Pelayan Gerai

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 372 hits
Polis mengesahkan pertengkaran di antara pemandu bas ekspres dengan pelayan gerai makanan di kawasan Rehat dan Rawat Gambang arah timur di Kuantan kelmarin adalah berpunca dari pemandu bas terbabit yang enggan membayar penuh harga nasi lema...
Imam Muda Asyraf Mengajak Orang Ramai Bayar Zakat Secara Online

Imam Muda Asyraf Mengajak Orang Ramai Bayar Zakat Secara Online

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 398 hits
Imam Muda Asyraf Mengajak Orang Ramai Bayar Zakat Secara Online Pernah korang bayar Zakat Mungkin dulu kalau nak bayar zakat jer mesti kena pergi kaunter di Pusat Pungutan Zakat Tapi sekarang nak bayar zakat dah semakin mudah dan tak perlu ...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop