Manfaat Lidah Buaya Untuk Tampil Lebih Lawa Baca Tau




Lidah buaya atau aloe vera merupakan tumbuhan hiasan yang banyak khasiatnya sejak zaman dahulu lagi. Kebaikan ataupun manfaat lidah buaya bukan sahaja untuk kecantikan, malahan juga untuk kesihatan tubuh kita

Mungkin sebab itulah sejak dahulu lagi Sis memang suka tanam pokok lidah buaya. Manfaat lidah buaya untuk kesihatan dan kecantikan terlalu banyak. Jadi, korang janganlah teragak-agak untuk menanam pokok lidah buaya di rumah korang. Dapat sepokok dua pun jadilah. Janji ado!!!

Sis pernah baca dalam beberapa artikel tentang pokok nie. Lidah buaya atau aloe vera cukup terkenal sebagai salah satu tanaman yang berkhasiat dan digunakan sebagai ubat. Di dalam lidah buaya terdapat pelbagai nutrisi yang cukup bagus untuk kesihatan, antaranya asid amino,niacin, dan mineral. Selain itu, lidah buaya juga bersifat anti bakteria, anti kulat dan anti inflamasi




Berikut beberapa manfaat lidah buaya untuk kesihatan dan juga kecantikan:

1. Menghilangkan Kelemumur & Mengatasi Rambut Gugur 
Korang yang mengalami masalah rambut berkelemumur ataupun rambut banyak gugur, sis sarankan korang cubalah ikhtiar gunakan lidah buaya.Daripada korang memilih produk rawatan rambut yang belum tahu lagi keberkesanannya, baik cuba selesaikan masalah kelemumur dengan manfaat lidah buaya. Mana tahu serasi! Sis dah cuba, memang serasi sangat-sangat tau..

Caranya mudah jer... Korang belah lidah buaya menjadi dua bahagian. Gunakan bahagian isi atau gelnya, sapukan pada rambut sehingga tepat ke bahagian akar rambut. Urut perlahan-lahan sehingga merata dan biarkan selama sejam. Kemudian barulah dibilas dan disyampu sehingga bersih.

Manfaat lidah buaya juga mampu mencegah kebotakan, memperlambatkan pertumbuhan uban kerana kandungannya mempunyai pelbagai kebaikan berguna sebagai vitamin untuk rambut.



2. Merawat Kulit 
Kandungan,nutrien, vitamin dan mineral yang ada di dalam lidah buaya memberikan plebagai manfaat kepada kulit. Korang yang ada masalah kulit kering, kulit kusam dan sebagainya memang elok sangatlah guna lidah. Lidah buaya mempunyai kandungan air yang tinggi dan berfungsi untuk melembabkan kulit

Antara manfaat lidah buaya untuk kulit adalah:* Melembabkan kulit lebih lama.
* Mengatasi kulit kering disebabkan dehidrasi dan kekurangan vitamin.
* Menghaluskan kulit yang bersisik.
* Menganjalkan kulit.
* Mencerahkan kulit yang kusam.
* Mengatasi kulit berminyak
* Mengecilkan pori-pori wajah


Baca Juga: Tips Berkesan Atasi Masalah Kulit Kering Dengan Cepat


3. Mengubati Luka Dan Gigitan Serangga

Gunakan lidah buaya untuk mengurangkan rasa pedih dan gatal pada bekas gigitan seranggga. Gel lidah buaya dapat menyembuhkan dan memperbaiki kulit yang terluka.Macam sis nie, bila memasak kerap sangat lengan nie melecur ataupun terkena percikan minyak. Gel lidah buaya inilah yang menjadi penyelamatnya


4. Mengeluarkan Racun Dalam Tubuh
Jus lidah buaya dikatakan dapat mengeluarkan racun dalam tubuh kita. Selain mengandungi antioksidan, lidah buaya juga ada gelatin yang berfungsi untuk menyerap racun yang terdapat pada usus dan mengeluarkannya bersama kotoran


5. Menghilangkan Jerawat 
Korang yang ada jerawat boleh cuba gunakan manfaat lidah buaya nie. Ambil lidah buaya, kemudian belah, ambil getah atau gel yang terdapat di dalamnya. Sapukan pada bahagian wajah yang berjerawat.

Biarkan selama 10-15 minit atau sehingga kering, selepas itu barulah dibilas dengan air suam sehingga bersih.

Itulah 5 manfaat lidah buaya yang patut korang tahu.Sekurang-kurangnya boleh dimanfaatkan apabila perlu dan amat menjimatkan! 
Selamat mencuba


Saja nak tunjuk he hee.. hee..Nie pokok lidah buaya yang sis tanam :)
Lurve,Sis Anie Mohamed



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2021/09/manfaat-lidah-buaya-untuk-tampil-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alasan Mengapa Para Jomblo Bisa Lebih Bijak Memberikan Saran Percintaan Berbanggalah

Alasan Mengapa Para Jomblo Bisa Lebih Bijak Memberikan Saran Percintaan Berbanggalah

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 263 hits
Seorang jomblo yang sering ditolak cintanya mungkin terlihat nggak cocok ngomongin asmara Tapi jangan salah sarannya bisa lebih bijak
Sec Berunding Untuk Kelulusan Etf Ethereum Dan Lebih Memilih Altcoin Daripada Token Xrp

Sec Berunding Untuk Kelulusan Etf Ethereum Dan Lebih Memilih Altcoin Daripada Token Xrp

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 175 hits
Pasaran mata wang kripto terus berkembang secara aktif dan menetapkan tahap sejarah baru masih diterajui oleh Bitcoin dan Ethereum Dan jika mata wang kriptoutama baru baru ini semakin pudar syarikat gergasi pasaran menggunakan ekosistem ETH...
Keliru Nak Bagi Anak Susu Tepung Atau Susu Segar Mana Lebih Sesuai Untuk Tumbesaran Anak

Keliru Nak Bagi Anak Susu Tepung Atau Susu Segar Mana Lebih Sesuai Untuk Tumbesaran Anak

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 310 hits
Susu untuk bayi dan kanak kanak mempunyai pelbagai jenis dan bentuk antaranya susu segar dan susu tepung Disebabkan itu ramai individu yang keliru apabila perlu memilih salah satu daripadanya Jom ikuti artikel ini untuk membantu anda memaha...
Uncle Kentang Harap Anugerah Komanwel Cetus Inspirasi Lebih Ramai Terlibat Aktiviti Amal

Uncle Kentang Harap Anugerah Komanwel Cetus Inspirasi Lebih Ramai Terlibat Aktiviti Amal

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 330 hits
Uncle Kentang harap Anugerah Komanwel cetus inspirasi lebih ramai terlibat aktiviti amal Aktivis sosial Kuan Chee Heng berharap anugerah Commonwealth Points of Light yang diterimanya akan membuka jalan dan mencetus inspirasi agar lebih rama...
Vip Vs Marhaen Pesalah Mana Lebih Untung Terima Hukuman Mahkamah

Vip Vs Marhaen Pesalah Mana Lebih Untung Terima Hukuman Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 246 hits
Presiden Persatuan Pemeriksaan Fraud Bertauliah Cawangan Malaysia Akhbar Satar berkata hakim kelihatan seperti memberi persepsi bahawa status sosial termasuk hierarki politik menjadi pertimbangan sebelum pesalah dijatuhi hukuman PETALING JA...
Sekejap Saja Menulis Macam Macam Alasan Dia Bagi Praktik Teknik Ni Nak Anak Menulis Lebih Lama

Sekejap Saja Menulis Macam Macam Alasan Dia Bagi Praktik Teknik Ni Nak Anak Menulis Lebih Lama

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 304 hits
Sudah menjadi kebiasaan anak anak kita asal sahaja pegang pensil dan menulis mulalah beri pelbagai alasan Baru 10 minit anak dah mula pusing sana sini mengantuk dan sebagainya Apa kata kita ikuti tip yang dikongsikan oleh OT Pn Aisyah Rozal...
Keseluruhan Harta Di Pulau Nangka Bernilai Lebih Kurang Usd40 Hingga Usd 50 Bilion

Keseluruhan Harta Di Pulau Nangka Bernilai Lebih Kurang Usd40 Hingga Usd 50 Bilion

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 262 hits
RAHSIA PULAU NANGKAKeseluruhan harta di Pulau Nangka bernilai lebih kurang USD40 hingga USD 50 bilion Harta harta terdiri daripada jongkong emas perak dan batu permata Mula disimpan sejak dari zaman Al marhum Sultan Alauddin Riayat Syah Pro...
Komnas Ham Sebut Tindakan Opm Lebih Brutal Dari Gam

Komnas Ham Sebut Tindakan Opm Lebih Brutal Dari Gam

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 253 hits
Taufan sepakat kekerasan kelompok bersenjata di Pegunungan Tengah Papua semakin brutal dengan menyasar masyarakat sipil Bahkan ia berpandangan kekerasan di sana berbeda dengan gerakan kelompok separatis Aceh
Lirik Lebih Dari Hidupku Iqhbal Lida

Lirik Lebih Dari Hidupku Iqhbal Lida

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 247 hits
sayang cintailah dirikutetaplah disisiku selamanya di cintakusayang hiduplah dengankujangan pernah berubahmenetaplah dihatiku bawa aku bersamamukemana langkahmu menujuaku terima asal kita
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti