Vip Vs Marhaen Pesalah Mana Lebih Untung Terima Hukuman Mahkamah


 
Presiden Persatuan Pemeriksaan Fraud Bertauliah Cawangan Malaysia, Akhbar Satar, berkata hakim kelihatan seperti memberi persepsi bahawa status sosial, termasuk hierarki politik menjadi pertimbangan, sebelum pesalah dijatuhi hukuman.PETALING JAYA: Bentuk hukuman dikenakan terhadap pesalah terutama membabitkan rasuah seolah-olah dipengaruhi status sosial dan hierarki politik mereka, dakwa Presiden Persatuan Pemeriksaan Fraud Bertauliah Cawangan Malaysia, Akhbar Satar.
Beliau berkata, hakim kelihatan seperti memberi persepsi bahawa status sosial, termasuk hierarki politik menjadi pertimbangan, sebelum pesalah dijatuhi hukuman.
“Persepsi terhadap objektif sistem kehakiman kita berkemungkinan boleh dipersoalkan.
“Kualiti asas bagi seorang hakim bijaksana perlu mengambil kira kes berdasarkan merit dan membuat keputusan tanpa rasa takut dan pilih kasih,” katanya dalam kenyataan.
Bagi menyokong dakwaan itu, Akhbar turut menyenaraikan kes mahkamah, termasuk hukuman dijatuhi hakim antara pesalah berstatus tinggi, berbanding rakyat biasa.
Katanya, dengan mengambil contoh hukuman dikenakan kepada seorang Peguam Kanan Persekutuan, yang didenda RM130,000 dan dipenjara sehari, selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang pada 5 Ogos lalu, atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM700,000, tahun lalu.
Beliau berkata, tempoh penjara sehari adalah susulan budi bicara hakim dalam menjatuhkan hukuman terhadap kes rasuah, selain kelemahan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Akhbar turut mengambil contoh beberapa kes lain termasuk seorang buruh di Terengganu yang dipenjara selama 15 bulan selepas mengaku bersalah mencuri petai.
Selain itu, kes membabitkan seorang penganggur yang dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana mencuri wang sebanyak RM50 daripada tabung masjid.
Satu lagi kes “klasik” membabitkan penganggur berusia 22 tahun, Shashi Kumar Selvama, yang mencuri beras dan sardin di kedai runcit, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.
“Pada September 2015, Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu bagi mendapatkan dua bidang tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta, untuk dirinya dan isteri beliau. Bagaimanapun, selepas menjalani hukuman penjara selama enam bulan, beliau dibebaskan dengan parol,” katanya.
Akhbar berkata, jika SPRM mendapati bukti siasatan tidak memenuhi kriteria kesalahan Akta SPRM 2009, mereka boleh mempertimbangkan untuk menuduh suspek mengikut kesalahan Kanun Keseksaan seperti pecah amanah jenayah (CBT) dan menipu.
Rasuah adalah barah
Katanya, rasuah adalah barah dan jenayah berat, berbanding jenayah lain.
“Contohnya, dalam kes pembunuhan, ia hanya membabitkan pesalah dan keluarga mangsa sahaja, sedangkan dalam kes rasuah, ia membabitkan wang dan merampas hak rakyat daripada apa yang sepatutnya mereka terima.
“Wang rasuah itu boleh digunakan bagi penjagaan kesihatan, air bersih, pembinaan sekolah baharu serta jalan baharu di kawasan luar bandar,” katanya.
Beliau berkata, hukuman lebih berat, disusuli penjara lebih lama bersama sebatan, pastinya membuka mata orang ramai bahawa menerima rasuah mengundang kehancuran, bukan sahaja kepada penerima rasuah, bahkan seluruh keluarganya.
Katanya, institusi kehakiman dan perundangan menjadi mekanisme semak dan imbang penting, dan perlu bebas sepenuhnya daripada pemerintah demi menjamin institusi berkenaan kekal diyakini rakyat.
Akta SPRM 2009 lebih wajar menjatuhkan hukuman penjara mandatori sekurang-kurangnya dua bulan dengan minimum dua sebatan.
Ketika ini, akta itu hanya memperuntukkan hukuman penjara minimum sehari dan maksimum 20 tahun.
“Tidak seperti Akta Pencegahan Rasuah (BPR) 1997 sebelum ini, ia menjatuhkan hukuman lebih berat dengan hukuman penjara mandatori tidak kurang 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah rasuah atau RM10,000 (yang mana satu lebih tinggi), jika didapati bersalah.
“Malah kesalahan pecah amanah jenayah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara mandatori antara dua tahun dan 20 tahun, hukuman sebat dan denda.
“Ada pun, hukuman kerana menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dikenakan hukuman penjara mandatori tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan dan dikenakan denda,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/09/vip-vs-marhaen-pesalah-mana-lebih.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+K

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keliru Nak Bagi Anak Susu Tepung Atau Susu Segar Mana Lebih Sesuai Untuk Tumbesaran Anak

Keliru Nak Bagi Anak Susu Tepung Atau Susu Segar Mana Lebih Sesuai Untuk Tumbesaran Anak

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 241 hits
Susu untuk bayi dan kanak kanak mempunyai pelbagai jenis dan bentuk antaranya susu segar dan susu tepung Disebabkan itu ramai individu yang keliru apabila perlu memilih salah satu daripadanya Jom ikuti artikel ini untuk membantu anda memaha...
Hiburan Selesai Cara Undang Undang Atau Gelanggang Caprice Dedah Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh

Hiburan Selesai Cara Undang Undang Atau Gelanggang Caprice Dedah Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 241 hits
Kontroversi yang sering melanda penyanyi rap Caprice membuatkan ramai pihak yang menyimpan perasaan tidak berpuas hati terhadap dirinya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBaru baru ini penyanyi rap ini mendedahkan bahawa dirinya menerima lebih ...
Pencemaran Air Pertimbang Hukuman Lebih Ketat

Pencemaran Air Pertimbang Hukuman Lebih Ketat

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 136 hits
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang berharap pihak berkuasa akan mengkaji semula hukuman yang lebih ketat bagi kesalahan pencemaran sumber air mentah untuk mengelakkan isu pencemaran itu berlaku di negeri ini seperti yang menimpa Kuala Lump...
Terima Dakwaan Jaksa Anji Terancam Hukuman Maksimal 12 Tahun Penjara Terkait Kasus Ganja

Terima Dakwaan Jaksa Anji Terancam Hukuman Maksimal 12 Tahun Penjara Terkait Kasus Ganja

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 214 hits
Karena menerima dakwaan tersebut persidangan akan dilanjutkan dengan agenda mendengarkan keterangan saksi
Hiburan Bukan La Mewah Mana Riena Diana Syukur Terima Kereta Baru

Hiburan Bukan La Mewah Mana Riena Diana Syukur Terima Kereta Baru

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 651 hits
Cukup terkenal dengan lakonannya dalam siri Kampung People Riena Diana dilihat berkongsi kejayaan baharunya memiliki sebuah kereta jenis Mazda CX 5 Dia meluahkan rasa syukur di Instagram selepas akhirnya berjaya memiliki kereta yang bernila...
Foodpanda Atau Grabfood Mana Lebih Baik

Foodpanda Atau Grabfood Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 401 hits
Antara Foodpanda atau GrabFood mana yang lebih berbaloi antara kedua dua nya Ada yang kata lebih suka beli di FoodPanda ada yang suka order di GrabFood depends mana yang memberi keselesaan kepada korang Kebanyakan kedai makanan ada di antar...
Ke Mana Hutang Dibelanja Lebih Penting Berbanding Paras Hutang

Ke Mana Hutang Dibelanja Lebih Penting Berbanding Paras Hutang

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 119 hits
Ke mana hutang dibelanja lebih penting berbanding paras hutang Kenaikan paras hutang negara bukan isu utama sebaliknya melihat hutang negara mampu menjana pertumbuhan tinggi atau tidak kata Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan Shahril berka...
Sesb Bekalan Elektrik Pulih Secara Berperingkat Selepas Terima Lebih 3 000 Aduan

Sesb Bekalan Elektrik Pulih Secara Berperingkat Selepas Terima Lebih 3 000 Aduan

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 273 hits
Kakitangan SESB bekerja hingga larut malam untuk memulihkan bekalan elektrik di kawasan banjir SESB laksanakan pemulihan bekalan secara berperingkat KOTA KINABALU Pemulihan bekalan elektrik ke kawasan kawasan yang terjejas akibat banjir kil...
Dakwa Emas Chrome Putih Tidak Laku Dijual Semula Ini Taktik Peniaga Kaut Untung Lebih

Dakwa Emas Chrome Putih Tidak Laku Dijual Semula Ini Taktik Peniaga Kaut Untung Lebih

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 209 hits
Berapa ramai yang mempunyai ilmu mengenai barang kemas Rata ratanya tiada dan kebanyakannya hanya menaruh kepercayaan terhadap peniaga barang kemas 100 Tiada masalah beli membeli barang kemas tetapi bila nak jual barang kemas itu semula tim...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya


Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield

Mb Perlis Tak Direman

Malaysia Middle Or Middling Power