Manfaat Buah Us Highbush Blueberries The Little Blue Champions
hai assalammualaikum
Manfaat Buah US Highbush Blueberries, The Little Blue Champions - Semua orang kenal buah blueberi kan. Buahnya kecil, kiut, warna biru. Selalu orang buat buah ni dalam resepi kek atau minuman. Rasa US Highbush Blueberi sedap je, segar dan berjuicy. Boleh makan macam tu je. Takda rasa masam tapi memang sedap..hahaa. Anak nad pun makan sedap je, sampai dia suka blueberrie ni tau..hehee..
Manfaat Buah US Highbush Blueberries, The Little Blue ChampionsBuah ni walaupun kecil tapi banyak manfaat dia. Dibekalkan padat dengan nutrien yang dapat mengelakkan dari penyakit jantung, kanser dan penuaan. Sebab tu blueberi ni di anggap " The Little Champions ". Kempen yang dijalankan oleh US HIGHBUSH BLUEBERRY COUNCIL untuk memberitahu manfaat, kelebihan yang ada pada buah blueberi ni pada kesihatan tubuh badan kita.
US Hisghbush Blueberi berasal dari North America dan buah ini mula berbuah dari bulan April hingga akhir bulan September. Masa nad makan buah blueberi ni, memang rasa segar dan tak lembik. Kalau korang nak tau, blueberi ni dibekukan terus dari ladang, maksudnya, selepas petik terus dia bekukan dan pek, tanpa buat apa-apa proses lain dan sebab tu US Highbush Blueberi ni masih ada lagi kesegaran dan rasanya yang sedap tanpa menghilangkan nutrisi yang ada pada buah ini. Yela, kadang ada blueberi yang dibiarkan lama akan lembik dan tak elok rupanya. Blueberi ini juga boleh disimpan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 10 bulan .
AS adalah pengeluar blueberi terbesar di dunia. Dengan cuaca iklim yang sangat bagus, mereka dapat menghasilkan blueberries yang berkualiti tinggi dan dihantar segar ke seluruh dunia.
Manfaat lain buah blueberi ni memang luar biasa untuk kesihatan tubuh badan kita - Buah ini penuh dengan Vitamin C dan setiap per cup menyediakan 25% daripada keperluan vitamin harian, 5% vitamin B6 dan 36% daripada pengambilan vitamin K. Mengamalkan pemakanan buah blueberi dari peringkat awal, usia muda dapat mengurangkan tahap kolestrol, melambatkan penuaan dan mencegah kerosakan DNA yang secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kanser.
Buah blueberi ni boleh jadi makanan snek harian korang. Kalau kita nak hidup kita sihat, mestilah amalkan pemakanan yang berkhasiat kan. Blueberi ni korang boleh jadikan makanan ringan, makan macam tu sahaja. Buah-buahan la elok kita ambil sebagai penganti snek dari ambil makanan snek yang tak berkhasiat tu kan...mungkin korang tak terfikir, hah sekarang dah tau, jomlah ubah cara pemakanan kita..hehee..
Nak lagi sedap, buat kek dan minuman blueberi...nyum..
Masa tu, ada juga demo masakan menggunakan US Highbush Blueberi yang dibuat oleh Malaysian Fitness Icon and Health advocate, Linora Low. Linora Low sendiri berkata " Bagi mereka yang berpengalaman dalam gaya hidup aktif, ia adalah makanan ringan yang membuat rasa kenyang, dapat mengurangkan keradangan dan menurunkan tekanan darah. Ia juga mempunyai hanya 80 kalori per cup, hampir tiada lemak dan rendah natrium"..
Resepi yang dikongsi olehnya sangat bagus untuk mereka yang ingin menjalankan gaya hidup sihat, paling penting sesuai untuk semua. Dua resepi yang dibuat ialah Cauliflower Blueberry Muffin dan Blueberry Flovoured Milk. Dengan menggunakan buah blueberi makanan dan minuman menjadi lebih menarik dengan rasa yang manis dan warna yang menarik. Buat cara kreatif ni dapat mengalakkan anak-anak kita untuk menyukai buah-buahan dan digantikan sebagai makanan snek. Resepi blueberi ni nad dah kongsi, boleh klik ( Resepi Muffin dan Air smoothie Menggunakan Buah blueberi ).
Tak sangka nad bawak balik sebungkus, anak-anak suka makan..hehee..So bolehla lepas ni buah Blueberi ni wajib ada dalam peti sejuk..hehee..korang boleh dapatkan bluberi ni di pasaraya berdekatan..
Untuk keterangan lanjut oleh layari:-
Website: www.blueberrycouncil.org
Facebook: www.facebook.com/usblueberries
Instagarm : www.instagram.com/ushighbushblueberries
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/07/manfaat-buah-us-highbush-blueberries.html