Mandurah Hotel Kuantan Penginapan Ekslusif Di Kuantan
Mandurah Hotel Kuantan Penginapan Ekslusif Di Kuantan | Sudah menjadi kelaziman untuk saya meninjau laman-laman web yang memaparkan pelbagai hotel dan resort yang menarik dan berinformasi bagi merancang percutian bersama keluarga dan sewaktu menjengah laman sukamakanjalan baru-baru ni saya terus terjatuh suka dengan penginapan di Mandurah Hotel Kuantan sambil membayangkan kami sekeluarga bercuti di tepi pantai sambil melayan deruan ombak dan mengeratkan hubungan kekeluargaan
Kuantan ni hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur jadi tak la memenatkan malahan Kuantan juga menyajikan pelbagai lokasi menarik dan banyak tempat makan jadi tak perlu risau

Suka tengok latarbelakang hotel ni dan kalau ada peluang memang nak sangat menginap kat hotel ni. Mandurah Hotel Kuantan ni terletak di kawasan Pantai Balok dan jaraknya memakan masa lebih kurang 10 minit dari pekan Kuantan

Kalau sesiapa tengok gambar bilik kat Mandurah Hotel Kuantan ni memang akan teruja dengan pemandangan mengadap pandangan laut yang cukup menenangkan dan bilik pun tampak sangat mewah
Hotel dengan 60 buah bilik ini menampilkan bilik jenis standard dan suite keluarga yang direka unik dengan ciri tradisi moden yang pastinya akan membuat penginap berasa selesa apatah lagi bilik di sini menawarkan pemandangan laut yang membiru yang akan membuat kita rasa tenang bila bangun dari tidur

beach bar terletak di tepi pantai 
Selain menginap di bilik yang sangat mendamaikan, mandi laut atau bersantai di tepi pantai, boleh juga jengah ke lokasi yang terletak tidak jauh dari hotel ini antaranya
   Pantai   Balok  590 m   East Coast   Mall  12.06 km   Pantai Teluk   Cempedak   12.31 km   Berjaya   Megamall  12.46 km   Taman   Esplanade  12.86 km   Masjid   Sultan Ahmad Shah  13.74 km   Hutan   Rekreasi Bukit Pelindung  13.77 km   Pantai   Pelindung
  13.77 km
   Sungai   Pandan Waterfall  28.41 km 
Alamat : D-929216, Pantai Beserah, Jalan Kuantan, Kemaman, 26100 Kuantan, Pahang, Malaysia | Harga bilik : RM138 - RM145
https://sukamakanjalan.blogspot.com/2020/02/18-hotel-di-kuantan-terbaik-2020-murah.html
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.iamfuzy.com/2020/03/mandurah-hotel-kuantan-penginapan.html