Mana Mungkin Hati Tak Sedih


Assalamualaikum.

Hari ke 28 pemergian Kakyang.

Mana mungkin hati tak sedih. 

Sedih, pilu, perit, hanya Allah SWT yang tahu. Semua kesedihan ditahan-tahan. Pura-pura kuat. Tak mahu mak ayah bersedih lagi. Jadi, kita kenalah tunjuk kuat. Jika turutkan hati yang hancur, bimbang akan melemahkan semangat mak ayah. 

Cik Rose memang dah mulakan tugas. Balik Johor. Memang berat hati nak tinggalkan mak ayah. Namun, kehidupan perlu diteruskan. Hanya mampu bercakap melalui telefon, bertanyakan khabar. Berbual-bual. Video call, untuk melihat wajah mak ayah. 

Setiap kali di telefon, memang Cik Rose akan pura-pura tegas. Hanya satu tujuan. Tak mahu menambahkan kesedihan mak ayah.

Selalu Cik Rose pesan pada mak. Kakyang tetap dalam ingatan kita. Kakyang akan terus ada dalam doa kita. Bersedih dan menangis kerana ingatkan arwah,tak salah. Cuma, jangan meraung dan meratapi. 

Masih baru. Hati mak ayah mana yang bisa tenteram bila kehilangan anaknya. 

Kalau tanya Cik Rose. Cik Rose memang sedih, masih terkejut dengan berita itu. Namun, tetap belajar menerima ketentuan Allah SWT.

Kena belajar untuk jadi kuat. Kuat dari segi emosi. Kuat mental. Dalam menjalani hari-hari. 

Hanya gambar-gambar menjadi pengubat rindu kami. 

Namun, Cik Rose bersyukur, Kerana dapat juga peluang menjaga arwah ketika arwah diuji dengan kesakitan. Dapat merasai duduk di sisi arwah. Dapat meleihat wajahnya meskipun arwah tak sedar. Dapat berbual sendirian dengan arwah. Dapat memegang tubuhnya. 

Dan dapat melihat jari-jemarinya bergerak, meskipun hanya beberapa saat. Dapat merasai tangan digenggan kembali oleh arwah walau hanya seketika. Dapat membacakan ayat Alquran di sisi arwah. Dapat membisikkan kalimah Syahadah di telinga arwah. 
Juga dapat memandikan arwah. 


Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa Kakyang.
Moga arwah Kakyang (Rosliana) ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Semoga rohnya dicucuri rahmat. 

Sedekahkan bacaan ayat suci Al Quran dan Al Fatihah buat arwah Kakyang (Rosliana).




Salam sayang,
Cik Rose


Memori duka.
13 Jun 2019.

Masih mengumpul kekuatan untuk menulis tentang arwah. Perlukan masa untuk mencoretkannya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2019/07/mana-mungkin-hati-tak-sedih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Saya Tertutup Untuk Mana Mana Lelaki Bella Astillah

Hati Saya Tertutup Untuk Mana Mana Lelaki Bella Astillah

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 399 hits
Sudah hampir dua bulan berpisah Bella Astillah memberitahu buat masa ini pintu hatinya tertutup buat mana mana lelaki kerana fokus utamanya kini lebih kepada keluarga dan kerjaya Biarpun Aliff Aziz sering meninggalkan komen ketika dia menga...
Suami Mana Tak Sedih Bila Tak Dapat Bagi Apa Apa Pada Isteri Tapi Isteri Tak Kisah

Suami Mana Tak Sedih Bila Tak Dapat Bagi Apa Apa Pada Isteri Tapi Isteri Tak Kisah

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 652 hits
Adat bila mendirikan rumah tangga pada permulaanya serba serbi kekurangan Di awal perkahwinan pasangan suami isteri baru sahaja masuk fasa perkenalan fasa baharu dalam kehidupan Banyak yang perlu dipelajari di awal perkahwinan Sikap bertola...
Sedih Hati Seorang Ibu

Sedih Hati Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 976 hits
Maaf kalau gambar agak kurang menyenangkan yang melihat Tapi sebagai ibu Tersentuh juga hati melihat anak diperlakukan begini oleh seorang guru agama Ingatkan guru agama merotan anak tak angkat ketiak Rupanya dipulas dada anakku sampai mele...
Sedih Emak Mana

Sedih Emak Mana

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 567 hits
Mak berdiri di depan pintu Wajah Mak kelihatan resah Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama Ayah baru balik dari sawah Ayah tanya Mak Along mana Mak jawab Ada di dapur tolong siapkan makan Ayah tanya Mak lagi Angah mana Mak jawab A...
Kerja Sendiri Atau Makan Gaji Mana Satu Pilihan Hati

Kerja Sendiri Atau Makan Gaji Mana Satu Pilihan Hati

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 554 hits
Kerja sendiri atau makan gaji Jika diberikan pilihan mana satu yang berkenan di hati anda Sama ada anda nak pilih kerja makan gaji dengan majikan ataupun bekerja sendiri semuanya terpulang kepada anda Setiap keputusan ada kebaikkan dan keku...
5 Tips Sederhana Yang Bisa Membantu Ibu Dalam Memberi Asi Pada Sang Buah Hati

5 Tips Sederhana Yang Bisa Membantu Ibu Dalam Memberi Asi Pada Sang Buah Hati

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 287 hits
Menyusui merupakan salah satu hal signifikan yang dilakukan oleh orangtua pada anak saat masa masa awal kehidupan Memberi ASI pada usia dini ini tidak hanya demi memenuhi kebutuhan nutrisi saja tapi juga untuk membangun hubungan dekat
Baru Nak Joget Sama Suami Dah Sampai Gelagat Lucu Keluarga Ini Usik Hati Netizen

Baru Nak Joget Sama Suami Dah Sampai Gelagat Lucu Keluarga Ini Usik Hati Netizen

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 407 hits
Apabila ada sahaja majlis keramaian seperti kenduri kahwin dan majlis makan malam sudah pasti ia dijadikan peluang untuk seluruh ahli keluarga untuk meluangkan masa bersama Lazimnya setiap keluarga besar sudah pasti akan ada seorang dua yan...
Pantun Berkait Rahsia Hati

Pantun Berkait Rahsia Hati

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 452 hits
Atas pelantar menjemur periaPeria dibawa dengan perahuRiak wajah tergambar ceriaLuka hatinya siapa yang tahuPeria dibawa dengan perahuPerahu disewa dari Pak TaibLuka hatinya siapa yang tahuAndai dicerita membuka aibPerahu disewa dari Pak Ta...
Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Having A Strong Company Culture

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Rafizi Maklumat Dah Cukup Untuk Sprm Siasat Farhash

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam