Mana Lebih Utama Tanggungjawab Kepada Keluarga Atau Keluar Bersama Jemaah Dakwah



Soalan:
Saya ingin meminta penjelasan berkaitan keutamaan keluar berdakwah berbanding tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak dari sudut zahir dan batin. Ini kerana ada dalam kalangan jemaah tabligh yang menyatakan bahawa keluar berdakwah lebih penting berbanding tanggungjawab kepada keluarga. Mohon penjelasan.

Jawapan:
Allah SWT memerintahkan umat Islam supaya menyebarkan hidayah Islam kepada seluruh pelusuk dunia. Firman Allah SWT:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah Ali Imran: 104)

Selepas kewafatan Baginda SAW, para sahabat telah bertebaran di muka bumi bagi tujuan menyebarkan dakwah Islam kepada umat manusia. Ini supaya umat manusia dapat mengenali agama yang benar dan menyembah Tuhan yang sebenar iaitu Allah SWT.

Kita perhatikan betapa Allah SWT sangat menekankan tentang kepentingan dan tanggungjawab berdakwah ke atas umat Islam. Para ulama’ telah meletakkan hukum wajib bagi menyeru manusia kearah kebaikan seperti dalam firman Allah SWT:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.” (Surah Ali Imran: 110)

Usaha dakwah ini digerakkan oleh pelbagai jemaah dakwah di dunia antaranya termasuklah jemaah Tabligh. Jemaah Tabligh diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas di India pada tahun 1927. Ia kemudiannya diteruskan oleh generasi keturunannya iaitu Muhammad Yusuf al-Kandahlawi, seterusnya In’amul Hassan al-Kandahlawi dan Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi, seorang ulama hadis yang terkenal. Ia sebuah jemaah yang menumpukan perhatian terhadap keimanan dan amal soleh tanpa mencampurkannya dengan politik, isu-isu kontroversi dan sebagainya.

Di samping berdakwah, Islam juga menuntut kita untuk mengimbangi di antara urusan keperluan dunia dan akhirat. Kita ditegah daripada melakukan sesuatu secara berlebih-lebihan atau mengabaikan sesuatu perkara secara total sepertimana hadis yang diriwayatkan daripada Salman, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ لِنَفْسِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِضَيْفِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَإِنَّ لأَهْلِكَ عَلَيْكَ حَقًّا فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ ‏
“Sesungguhnya tubuh badan kamu mempunyai hak ke atas kamu, Tuhan kamu juga mempunyai hak ke atas kamu, tetamu kamu juga mempunyai hak ke atas kamu dan isteri kamu juga mempunyai hak ke atas kamu. Oleh itu, berikanlah bagi setiap yang mempunyai hak ke atas diri kamu itu akan haknya.” (Riwayat al-Tarmidzi, 36:111)

Kita harus menghindari sikap keterlaluan dalam beragama. Sebaliknya, kita hendaklah menimbang setiap sesuatu itu dengan pertimbangan yang betul dan saksama. Setiap kebaikan dilakukan pada kadar yang sesuai dengan aulawiyyatnya tanpa mengabaikan tanggungjawab lain yang lebih besar. Islam menganjurkan supaya kita bersikap sederhana dalam semua hal samada dalam urusan dunia mahupun akhirat. Firman Allah SWT:

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.” (Surah al-Qasas: 77)

Ini juga termasuklah dalam urusan berdakwah kepada Allah SWT dan mencari nafkah buat keluarga. Kesibukan dan tumpuan kita kepada berdakwah kepada Allah SWT haruslah tidak menjejaskan kewajipan lain yang lebih besar seperti tanggungjawab kepada keluarga, dan begitu juga sebaliknya.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan hujah di atas, kami berpendapat bahawa seseorang yang ingin keluar berdakwah seperti khuruj bersama jemaah Tabligh dalam tempoh yang lama hendaklah memastikan dirinya telah menunaikan hak bagi sesiapa yang mempunyai hak ke atasnya terlebih dahulu. Tanggungjawab untuk memberi nafkah dan menjaga kebajikan keluarga adalah lebih besar dan utama jika ingin dibandingkan dengan keperluan berdakwah seperti itu. Ini kerana dakwah boleh juga dilakukan dalam kawasan berdekatan dan tempoh masa yang singkat. Ini termasuklah berdakwah kepada ahli keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga dan masyarakat setempat.

Namun, jika seseorang itu mempunyai kecukupan daripada sudut kewangan, keupayaan dan meninggalkan ahli keluarganya dalam keadaan yang baik, seperti ahli keluarga mengizinkan dan cukup nafkah yang ditinggalkan, maka perkara tersebut adalah tidak salah.

Amalan tafakkud iaitu mengenalpasti kesediaan ahli Tabligh sebelum khuruj yang dilakukan oleh jemaah Tabligh adalah sesuatu yang baik. Ini supaya sebelum seseorang itu keluar berdakwah, dia hendaklah dipastikan bahawa akan meninggalkan ahli keluarganya dalam keadaan yang baik dan selesa.

Oleh itu, seseorang yang ingin untuk keluar berdakwah dalam tempoh yang lama hendaklah memastikan bahawa dia memenuhi syarat yang ditetapkan. Selain itu, ahli keluarga juga hendaklah bersikap tolak-ansur dan faham atas kepentingan berdakwah dan kemuliaannya seperti dalam firman Allah SWT:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).” (Surah al-Fussilat: 33)

Wallahu a’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/mana-lebih-utama-tanggungjawab-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih As 7 4 Juta Derma Untuk Keluarga Mangsa Tembakan Christchurch

Lebih As 7 4 Juta Derma Untuk Keluarga Mangsa Tembakan Christchurch

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 292 hits
Lebih AS 7 4 juta derma untuk keluarga mangsa tembakan Christchurch Dikemas kini 35 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 2
Let S Get This Party Started Kata Suspek Sebelum Lepaskan Lebih 100 Das Tembakan Ke Arah Jemaah Masjid

Let S Get This Party Started Kata Suspek Sebelum Lepaskan Lebih 100 Das Tembakan Ke Arah Jemaah Masjid

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 302 hits
The ReporterSeorang lelaki merakam dirinya menembak jemaah Masjid Al Noor di Christchurch New Zealand secara live di Facebook tengah hari tadi lapor Daily Mail Suspek yang dikenali sebagai Brenton Tarrant di Twitter masuk ke masjid itu pada...
Minyak Wangi Mana Lagi Tahan Lama Eau De Parfum Eau De Toilette Atau Eau De Cologne

Minyak Wangi Mana Lagi Tahan Lama Eau De Parfum Eau De Toilette Atau Eau De Cologne

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 703 hits
Sebelum pergi sekolah sembur perfume Sebelum pergi kerja sembur perfume Sebelum pergi dating pun mesti wajib harus dan sunat untuk sembur perfume Tapi kalau beli perfume mesti nak yang tahan lama bukan Korang beli perfume jenis yang mana sa...
Sebenarnya Mana Yang Lebih Sehat Antara Jus Buah Dan Air Putih

Sebenarnya Mana Yang Lebih Sehat Antara Jus Buah Dan Air Putih

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 407 hits
Minuman merupakan salah satu sumber yang sangat penting dalam masuknya sejumlah nutrisi ke dalam tubuh Manfaat positif ini tak hanya didapat dari minuman seperti jus buah saja namun juga dari minuman sederhana seperti air putih
4 Negara Ini Katanya Punya Tradisi Lebaran Unik Coba Lebih Unik Mana Sama Tradisi Di Indonesia

4 Negara Ini Katanya Punya Tradisi Lebaran Unik Coba Lebih Unik Mana Sama Tradisi Di Indonesia

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 348 hits
Hari Raya Idul Fitri atau Lebaran merupakan hari yang paling ditunggu tunggu oleh umat muslim di seluruh dunia bagaimana tidak Hari Raya Idul Fitri merupakan hari kemenangan setelah satu bulan penuh menahan godaan dan dahaga Selain itu mome...
Uri Tak Keluar Sepenuhnya Atau Tercebis Buat Rahim Tidak Kecut Ibu Boleh Alami Pendarahan Jangkitan Kuman

Uri Tak Keluar Sepenuhnya Atau Tercebis Buat Rahim Tidak Kecut Ibu Boleh Alami Pendarahan Jangkitan Kuman

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 495 hits
Uri tidak keluar sepenuhnya atau tercebis di dalam rahim selepas bersalin boleh menyebabkan rahim ibu tidak mengecut atau tidak boleh kembali kepada saiz asal Paling membimbangkan ia boleh boleh menjadi toksin dan penyebab pendarahan dan ri...
Realme 3 Vs Vivo V11 Pro Mana Yang Lebih Pantas Dibeli

Realme 3 Vs Vivo V11 Pro Mana Yang Lebih Pantas Dibeli

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 322 hits
Di pasar smartphone Indonesia realme 3 akan berhadapan dengan beberapa produk yang sudah hadir sebelumnya Salah satu smartphone yang akan bersaing dengan realme 3 adalah Vivo V11 Pro yang sudah hadir sejak akhir tahun lalu
Isu Pengiktirafan Uec Tommy Thomas Merasakan Lebih Berkuasa Dari Jemaah Menteri

Isu Pengiktirafan Uec Tommy Thomas Merasakan Lebih Berkuasa Dari Jemaah Menteri

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 507 hits
Belum lagi selesai Pasukan Petugas Dasar UEC yang di lantik oleh Kementerian Pendidikan untuk membuat kajian mengenai pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu UEC sekolah persendirian Cina tiba2 Peguam Negara Tommy Thomas telah membuat ken...
Jihan Muse Mahu Tumpu Lebih Masa Bersama Keluarga

Jihan Muse Mahu Tumpu Lebih Masa Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 491 hits
Jihan Muse mengakui perlu memperlahankan karier seni bagi memberi lebih tumpuan terhadap keluarga Jihan 35 berkata perjalanan kehidupan peribadinya bermula lambat dan kerana itu dia mahu memanfaatkan waktu yang ada bersama insan tersayang S...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities