Mana Lagi Untung Beli Atau Sewa Sahaja Rumah
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Semua orang impikan untuk memiliki rumah sendiri tanpa perlu menyewa. Ada yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk mendapatkan rumah idaman sendiri. Ada juga yang buat lebih daripada satu kerja siap buat partime kerja lagi semata-mata untuk memenuhi kehendak memiliki rumah sendiri pada usia yang muda
Yer semua itu betul masing-masing punya cara dan juga kemampuan sendiri untuk memastikan bahawa rumah idaman menjadi milik kita sepenuhnya. Namun, berbelanja besar untuk membeli aset dalam keadaan ekonomi sekarang yang sedang gawat mungkin sesuatu yang membimbangkan. Juga nak memastikan bahawa rumah yang kita pilih itu adalah yang betul-betul mengikut kehendak kita
Jadi sebab itu ramai membuat keputusan untuk terus memilih menyewa daripada membeli rumah, kerana takut akan komitmen yang tinggi bila dah ada rumah sendiri. Tapi sampai bila kita nak menyewa kerana kalau ikutkan pengiraan pembayaran sewa rumah itu lebih kurang sama sahaja dengan pembayaran rumah yang kita beli sendiri, yang akhirnya jadi milik kita. Kalau rumah sewa bila-bila masa sahaja tuan rumah nak dan berhak untuk halau kita keluar bila mereka perlu rumah tu
Jadi kena pertimbangkan untuk memiliki rumah sendiri walaupun tak sebesar mana yang penting rumah itu adalah rumah kita dan mempunyai segala kemudahan di persekitarannya. Sebab apa Maha cerita macam ini kerana Maha ada jumpa satu perumahan baharu yang sekarang sedang dalam pembinaan dan pelancaran fasa baharu adalah pada May 2021 ni dan dijangka pada kuater keempat tahun 2023 nanti
Hanna @ Laman Sendayan
Kat mana tu? Ia terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Fasa baharu ini diberi nama HANNA @ Laman Sendayan. Ia dibangunkan oleh Matrix Concepts Holdings Berhad iaitu pemaju yang dipercayai dan telah bertapak lebih daripada 24 tahun dalam industri pembiaan perumahan ini. Sebab faktor pemaju juga sangat penting dalam pemilihan rumah yang kita nak beli jadi kena kaji dulu pemaju baru kita mula buat rundingan
Di sini pemaju menyediakan beberapa perkara penting yang korang kena tengok untuk membeli rumah. Pertama berapakah harga kediaman anda? Di Laman Sendayan, Hanna, rumah teres 2 tingkat harga daripada RM400K+ sahaja. Manakala Harga Kemasukan Rendah dan Kadar ‘interest’ juga rendah. Ini sangat membantu untuk mereka yang pertama kali nak membeli rumah
Selain itu juga pemaju memberikan bayaran tempahan RM1,000 dan juga kalau ikut pada harga rumah ini ansuran yang korang kena bayar lebih kurang dari RM1,400 sahaja. Jadi kalau korang boleh bayar sewa rumah beribu-ribu tapi rumah tak jadi milik korang baik korang bayar rumah bulanan macam ni dah pasti rumah ini adalah milik korang. Betul tak!
Reka Bentuk Rumah Moden
Faktor kedua yang korang kena ambil tahu sebelum nak beli rumah adalah mesti lah kena tengok reka bentuk rumah. Rumah kena ada sekurang-kurangnya paling asas adalah tiga bilik dan juga dua bilik air, pengudaraan dan pencahayaan yang bagus untuk keselesaan dalam rumah
Rumah di Hanna II ini memberikan lebih lagi daripada apa yang asas perlukan. Tengok pada rumah Plan A sahaja dah ada empat bilik dan juga tiga bilik air. Keluasan 2152sq.ft memang sangat luas kerana ia adalah rumah landed
Juga pada rumah Plan A1 yang membezakan hanya Lot Size sahaja. Jadi tak ada masalah kerana ia mengikut bajet korang jugakan
Fasiliti Yang Tersedia
Perkara ketiga yang korang kena ambil tahu bila nak membeli rumah sendiri ini adalah fasiliti yang tersedia di kawasan tersebut. Memang sekarang banyak perumahan yang dibina hanya rumah sahaja tiada kemudahan lain yang menjadi faktor kepada kesenangan dan keselesaan penghuni di kawasan tersebut
Kalau di Hanna ini memang tidak dinafikan lagi bahawa segala kemudahan semua sangat dekat dan lengkap di sini untuk penghuni yang akan tinggal lama di sini. Kemudahan seperti institusi pendidikan kerana ia berhampiran dengan Matrix Global Schools, SJK (C) Bandar Sri Sendayan dan SMK Bandar Baru Sri Sendayan
Juga ada pusat perniagaan dan pusat riadah seperti Sendayan Merchant Square, Sendayan X-Park, Sendayan Metropark dan Sendayan Green Park. Juga paling penting kediaman sihat bermula dari kawasan perumahan mampan dengan adanya kemudahan rekreasi untuk gaya hidup sihat yang terdapat di dalam perumahan ini
Juga keahlian percuma untuk d’Tempat Country Club. Apa itu d’Tempat Country Club? Ia adalah macam lebih kurang pusat komuniti yang ada segala kemudahan seperti tempat rekreasi macam gym kolam renang, dewan atau tempat makan. Juga ada gelanggang badminton dan gelanggang bola keranjang untuk aktiviti sukan. Jadi tak perlu nak pergi jauh-jauh atau keluar kawasan perumahan kerana ada berhampiran sahaja
Kalau korang berminat untuk tahu lanjut tentang perumahan Hanna @ Laman Sendayan, Bandar Sri Sendayan Negeri Sembilan ini boleh terus hubungi mereka di sini:
Laman web : http://lamansendayan.com/project/project-hanna.htmlFacebook: https://www.facebook.com/matrixconceptshomes Instagram: https://www.instagram.com/matrix_concepts
#HANNA #LamanSendayan #JOMBELIDONSEWA #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #BandarSriSendayan #BSSDevelopment
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2021/05/mana-lagi-untung-beli-atau-sewa-sahaja-rumah.html