Mampukah Malaysia Hasilkan Vaksin Sendiri




Usaha Malaysia menghasilkan sendiri vaksin Covid-19, menjadi jalan terbaik yang sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada negara kuasa besar bagi mendapatkan bekalan pelalian tersebut pada masa hadapan.
Langkah segera ke arah itu perlu dilakukan, susulan wujud pelbagai isu termasuk masalah kekurangan stok selain negara penerima vaksin, terpaksa membayar kos yang tinggi bagi mendapatkan keperluan bekalan tersebut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu laporan pada 19 Jun lepas dipetik berkata, sebilangan besar negara miskin termasuk seluruh benua India, sub-Sahara Afrika, Amerika Latin dan Asia Barat, terpaksa menangguhkan program inokulasi vaksin Covid-19 kerana kekurangan dos.
Keadaan ini menyebabkan individu yang sudah menerima satu dos suntikan terpaksa menunggu lebih lama sebelum mereka mendapat suntikan kedua.

Laporan WHO itu turut menyebut, situasi berkenaan berlaku apabila negara yang memiliki sumber kewangan dan yang menghasilkan produk (vaksin) memiliki akses kepada vaksin.
Turut menyedihkan apabila tindakan negara kaya seperti Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) membolot bekalan vaksin Covid-19, menyebabkan negara lain termasuk Malaysia lambat menerima bekalan itu sehingga menjejaskan usaha mempercepatkan kadar vaksinasi kepada penduduk.
Luahan itu disuarakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) Khairy Jamaluddin yang turut menegaskan, Malaysia mampu membuka pusat pemberian vaksin (PPV) yang besar seperti di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun bekalan vaksin perlu dipastikan mencukupi.
Namun, kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba baru-baru ini bahawa Malaysia sedang membangunkan vaksin pertama bagi melawan pandemik Covid-19 dengan kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), memberi harapan kelangsungan bekalan vaksin untuk rakyat.
Pensyarah Kanan di Kluster Kesihatan Persekitaran, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nurul Yuziana Mohd Yusof berkata kemunculan koronavirus SarsCoV-2 penyebab Covid-19, sepatutnya membangkitkan kesedaran kepada Malaysia supaya satu tindakan proaktif dilakukan dalam mempergiatkan usaha penghasilan vaksin di negara ini.
Ikhtiar ini bukan sahaja untuk membendung Covid-19, sebaliknya boleh meningkatkan usaha memerangi penularan variasi virus baharu lain yang berkemungkinan akan wujud pada masa akan datang.
“Virus Covid-19 ini merupakan amaran untuk kita mempersiapkan diri dan memperkukuhkan benteng kesihatan negara dengan membangunkan vaksin kita sendiri.
“Covid-19 ini muncul selepas 17 tahun wabak SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk), malahan wabak MERS-CoV (Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah) pada 2012 juga disebabkan oleh kumpulan koronavirus. Ini menunjukkan kebarangkalian untuk koronavirus muncul kembali sebagai pandemik baharu (masa akan datang) adalah tinggi,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sekiranya Malaysia mampu menghasilkan vaksin Covid-19, ia sekali gus dapat menyelesaikan pelbagai kemelut berkaitan vaksin termasuklah isu kekurangan bekalan disebabkan kebergantungan tinggi dari negara pengeluar.
Katanya, masalah seperti itu wujud apabila negara pengeluar perlu memenuhi keperluan populasi tempatan dan pada masa sama turut berperanan membekalkan atau menjual vaksin kepada negara lain pada skala sangat besar, yang ini akan memberi tekanan kepada kedua-dua belah pihak.
“Seperti yang kita lihat pada situasi Covid-19 sekarang, ia merupakan krisis kesihatan satu dunia, tidak kira negara maju atau negara miskin. Oleh sebab itu, sebagai negara yang sedang membangun, kita boleh mengurangkan kebergantungan terhadap vaksin luar dengan membangunkan industri pembuatan vaksin tempatan bagi membolehkan masyarakat kita mempunyai akses secara langsung terhadap vaksin.
“Dengan wujudnya industri pembuatan vaksin, kita boleh menjamin kesejahteraan generasi negara. Ini kerana, apabila kita mempunyai pengalaman dan templat bagi proses penghasilan vaksin, ia secara tidak langsung boleh disesuaikan dengan apa-apa jenis patogen (kuman).
“Selain itu, usaha ini juga akan dapat memperkasakan sumber tenaga manusia atau kepakaran teknikal yang kita miliki dari semasa ke semasa,’’ katanya yang kini sedang membangunkan platform biosensor untuk penyakit Covid-19 melalui geran UKM dan geran antarabangsa dari International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB).
Selain itu, beliau juga mengetuai dan sedang menjalankan penyelidikan melibatkan pengenalpastian sel B memori yang menghasilkan antibodi spesifik terhadap SARS-CoV-2 melalui sampel darah individu yang sudah sembuh daripada Covid-19.
Justeru, bagi merealisasikan Malaysia sebagai antara negara pembuat vaksin, perancangan dan strategi yang teliti perlu dilaksanakan pada peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Ini penting, bagi memastikan kelangsungan pembangunan vaksin di peringkat pembuatan berskala besar terutama dengan kerjasama institusi penyelidikan, kumpulan pakar perubatan dan industri farmaseutikal negara bagi mempercepatkan serta memantapkan lagi proses ujian klinikal terhadap vaksin berkenaan.
Malaysia perlu menjadikan India sebagai contoh bagi penghasilan vaksin sendiri dengan menggunakan sumber kepakaran tempatan.
“Walaupun India negara miskin tetapi mereka menggunakan kepakaran yang ada untuk menghasilkan vaksin terutamanya bagi mengurangkan kos pembelian vaksin dari negara lain yang mahal dan jumlah rakyatnya yang ramai,” katanya.
Mengikut rekod, India menghasilkan 60 peratus daripada keseluruhan vaksin global dan menempatkan Serum Institute of India (SII), pengeluar vaksin terbesar dunia. -Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/07/mampukah-malaysia-hasilkan-vaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Sedang Bangunkan Vaksin Covid 19 Guna Teknologi Mrna

Malaysia Sedang Bangunkan Vaksin Covid 19 Guna Teknologi Mrna

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 251 hits
Malaysia sedang membangunkan vaksin Covid 19 menggunakan teknologi mRNA kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba Beliau berkata vaksin itu mula dibangunkan pada November 2020 oleh Institut Kajian Perubatan di bawah Kementerian Kesiha...
10 Peratus Populasi Malaysia Lengkap 2 Dos Vaksin Pada Julai

10 Peratus Populasi Malaysia Lengkap 2 Dos Vaksin Pada Julai

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 194 hits
Syarikat sertai Pikas hanya perlu bayar kos operasi suntikan PUTRAJAYA Sepuluh peratus atau 3 2 juta populasi Malaysia dijangka telah divaksinasi dengan dua dos suntikan vaksin COVID 19 pada pertengahan bulan hadapan kata Menteri Penyelaras...
Sikap Eu Punca Malaysia Lambat Peroleh Vaksin Covid 19

Sikap Eu Punca Malaysia Lambat Peroleh Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 215 hits
Ketidakadilan pengagihan bekalan vaksin Covid 19 menyebabkan negara Asia termasuk Malaysia ketinggalan berbanding negara yang bernaung di bawah Kesatuan Eropah Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berka...
Hanya Di Malaysia Lelaki Lapor Polis Dakwa Jarum Suntikan Vaksin Kosong

Hanya Di Malaysia Lelaki Lapor Polis Dakwa Jarum Suntikan Vaksin Kosong

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 270 hits
Wong Kai HuiSeorang lelaki di Kapar Klang membuat laporan polis setelah dia mendakwa diberi suntikan kosong vaksin Covid 19 di Hospital Banting semalam Bercakap kepada Malaysiakini Simon Ng berkata dia datang untuk janji temu menerima sunti...
Vaksin Dan Kawalan Wabak Covid 19 Malaysia Perlu Belajar Dari Vietnam Dan New Zealand

Vaksin Dan Kawalan Wabak Covid 19 Malaysia Perlu Belajar Dari Vietnam Dan New Zealand

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 293 hits
June 26 2021 1 Malaysia semalam kononnya sudah melakukan Vaksinasi lebih 7 juta orang termasuk Dos kedua Namun kes Covid 19 kekal tinggi Tapi tahukah kita Vietnam yang populasi rakyatnya 3 kali ganda dari Malaysia iaitu 96 Juta penduduk jum...
Vaksin Malaysia Baik Atau Tidak

Vaksin Malaysia Baik Atau Tidak

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 246 hits
Kita sering mendengar khabar angin tentang keburukan vaksin Video ini sedikit sebanyak memberi penerangan tentang vaksin yang mampu mengubah persepsi kita semua
Eu Bolot Vaksin Jejaskan Kadar Vaksinasi Di Malaysia Kj

Eu Bolot Vaksin Jejaskan Kadar Vaksinasi Di Malaysia Kj

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 286 hits
EU bolot vaksin jejaskan kadar vaksinasi di Malaysia Kerajaan tidak dapat membuka pusat pemberian vaksin mega lebih awal bagi mempercepat pemvaksinan penduduk berikutan bekalan vaksin COVID 19 yang diterima ketika itu tidak mencukupi kata M...
Tiada Kesan Sampingan Penggunaan Vaksin Pfizer Di Malaysia Kkm

Tiada Kesan Sampingan Penggunaan Vaksin Pfizer Di Malaysia Kkm

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 311 hits
Oleh KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia mengesahkan tiada kesan sampingan berkaitan risiko miokarditis dan perikarditis yang dikaitkan dengan penggunaan vaksin COVID 19 jenis mRNA di negara ini Pada masa ini hanya satu jenis vaksin mRNA dilulus...
Malaysia Bakal Terima 1 Juta Dos Vaksin Pfizer Sumbangan As Esok

Malaysia Bakal Terima 1 Juta Dos Vaksin Pfizer Sumbangan As Esok

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 340 hits
Sumbangan itu akan membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi serta membawa perkembangan bermakna terhadap PICK yang sedang berlangsung Vaksin mRNA Pfizer BionTech merupakan vaksin yang dipilih untuk vaksinasi remaja di beberapa buah negar...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport