Mampukah Kita Bersama Atas Nama Perjuangan



Hampir beberapa bulan MMI tidak menulis, semestinya kerana keputusan PRU14 yang lalu dimana BN dan UMNO hilang kuasa secara mengejut. 
Keadaan pada ketika itu pelbagai, macam-macam cerita dan tanggapan bermain di benak hati setiap rakyat Malaysia khususnya mereka-mereka yang mengikuti perjalanan politik tanahair. Begitulah juga MMI mengambil keputusan untuk berehat dari menulis dan menjadi pemerhati kepada keadaan dan suasana selepas keputusan drastik rakyat Malaysia yang kononnya dahagakan perubahan

Pemerhatian MMI bukan hanya terarah kepada kedudukan Pakatan Harapan selaku parti pemerintah tetapi juga terarah kepada parti UMNO dan Barisan Nasional. Melalui pengamatan MMI, sesuatu pasti berlaku kerana ada 2 perkara yang menjadi permulaan kepada kedua-dua parti yang bertanding dalam PRU14 yang lalu

1.Pakatan Harapan buat pertama kalinya menjadi kerajaan persekutuan sudah tentunya dengan pengalaman sebegini akan menguji sejauh mana kebenaran yang dijanjikan walaupun kehadiran nama-nama besar seperti Mahathir, Muhyiddin dan Anwar sekalipun

2.UMNO dan Barisan Nasional pula buat pertama kalinya juga berubah iklim menjadi pembangkang dan hanya mampu menguasai 2 kerajaan negeri iaitu Perlis dan Pahang

Makanya 'story board' kali ini memang menarik ..

Macam-macam cerita
Macam-macam perangai
Macam-macam 'statement'
Macam-macam aksi

Cumanya artikel kali ni tak akan menyentuh tentang keadaan gila babi di Malaysia apabila di tadbir oleh kerajaan Pakatan Harapan sebab rasanya ramai rakyat yang sedang memerhati dan faham bahawa keputusan PRU14 yang lalu sebolehnya mahu diubah

Ini realitinya yang dapat dikongsikan sebab sepanjang tempoh rehat dari menulis, MMI dah bertemu dengan ramai orang dan semuanya dari kumpulan yang berbeza. Perlu diingatkan juga dalam ramai-ramai tu ada juga yang dulunya begitu taksub kononnya PH bakal membawa perubahan yang jauh lebih baik daripada zaman BN

Ya hasrat dan impian mereka sememangnya tercapai tetapi perubahan yang jauh lebih teruk dari zaman BN dan MMI yakin ramai yang diluar sana juga sedar bahawa sokongan itu terasa seperti menipu diri sendiri

Apa boleh buat tanggunglah ...

Dalam semua kekalutan itu, MMI juga melihat soal keutuhan parti UMNO ... tatkala tsunami besar melanda, apakah parti yang menjadi tempat bernaung orang-orang Melayu yang masih berpegang kepada kepercayaan bahawa HAK dan KEDUDUKAN Melayu dan Islam itu mampu bangkit malah bertahan daripada asakan demi asakan politik dari pihak lawan

Sudah tentu sebagai pembangkang yang tidak lagi punya upaya kewangan seperti dahulu, gerak tari UMNO pasti terjejas. Tak perlu berbohong dan tak perlu berselindung kerana kita tahu selama lebih dari 60 tahun dipersada politik tanahair, sumber kewangan adalah perkara terpenting bagi menggerakkan parti namun tidaklah bermaksud bahawa hanya dengan kewangan semata-mata UMNO boleh digerakkan

UMNO telah melalui pelbagai zaman dan ke semua zaman itu bermula dengan serba kekurangan dan dari kekurangan itulah UMNO bangkit sehingga Malaysia dikenali dunia

Cumanya budaya sejak UMNO menjadi pemerintah, dahulunya banyak kemudahan jika dibandingkan dengan hari ini sebagai pembangkang. Maka sejauh mana budaya itu boleh diubah agar ianya mampu seiring dengan kedudukan kita sebagai pembangkang

Berdasarkan pemerhatian MMI, orang-orang UMNO jiwanya besar malah semangat mereka jauh mengatasi pemimpin itu sendiri. Buktinya persidangan diperingkat cawangan-cawangan, bahagian sehinggalah ke peringkat pusat semuanya berjalan lancar

Kehadiran penyokong-penyokong di PAU seperti biasa tidak ada yang kurang walaupun tidak lagi dibekalkan dengan bekalan itu dan ini. Diperingkat bahagian-bahagian pula, ada bahagian yang bertukar Ketua Bahagian kerana ada pertandingan, ini membawa mesej jelas bahawa disaat UMNO terluka dan cedera parah pun masih ada orang-orang UMNO yang menyahut seruan untuk tampil berkhidmat

Jadi di mana kurangnya UMNO ? 
Kita perlu sedar bahawa yang tinggal pada hari ini adalah PERJUANGAN

Sesiapa jua yang hari ini mengaku sebagai orang UMNO dan memegang AMANAH sebagai pemimpin di mana-mana peringkat sekalipun perlu sedar parti memerlukan kudrat dan keringat kita untuk bangkit kembali

Jika dahulunya parti lebih banyak membela kita kini budaya itu berubah, orang-orang UMNO perlu membela parti keramat ini agar ianya mampu bangkit kembali

Dalam proses ini kita sudah menyaksikan pelbagai episod drama politik segelintir pemimpin kita yang angkat kaki meninggalkan parti. Masing-masing punya alasan tersendiri walaupun kita tahu sebahagian daripada mereka tersepit akibat perbuatan mereka sebelum ini

Selain daripada itu kalangan yang meninggalkan parti ini memberikan pelbagai alasan yang kadang-kadang lucu untuk dihadam. Entah apa yang mereka fikirkan apabila alasan seperti mahu berkhidmat kepada masyarakat, mahu mempertahankan Bangsa, Agama dan Negara, perlu menyokong Mahathir kerana mahu mengurangkan kuasa DAP dalam kerajaan PH dan lain-lain termasuklah punya alasan tersendiri

Apa pun semua keputusan itu hanyalah sekadar alasan bagi menutup PENGKHIANATAN terhadap parti dan para ahli diakar umbi yang selama ini mendokong kedudukan mereka selaku pemimpin

Malah mungkin juga sikap para pengkianat yang membuka pintu kota Melaka berzaman dahulu melekat dalam diri mereka dan barangkali sikap tali barut Jepun sewaktu menjajah Tanah Melayu dijadikan sebagai pedoman untuk kelangsungan hidup

Pada MMI semuanya bergantung kepada keikhlasan dalam diri setiap dari kita, sama ada berjuang atas prinsip atau perjuangan kosmetik yang membalut wajah

Siapa pun kamu, selagi mana prinsip dan perjuangan itu ikhlas untuk parti MMI 'SALUTE' dan pasti jutaan yang ada diluar sana punya prinsip-prinsip ini sebab itulah Umno terus bertahan malah sedang bangkit

Pada ketika kita sedang bangkit inilah selalunya cabaran akan jauh lebih besar, banyak perkara yang perlu kita siapsiagakan. Musuh diluar sana sebolehnya mahu mengkuburkan terus Umno dan kerana itulah ramai yang pasti dah mendengar sendiri cerita-cerita tentang pertemuan pimpinan kita dengan pimpinan musuh politik

Bukan itu sahaja ular-ular lidi mula menjalar ke seluruh pelusuk dunia maya dengan bisa-bisa mereka kerana ini peluang. Peluang yang perlu digunakan sebaiknya supaya ahli-ahli Umno termakan bisa seterusnya mati mengelupur

Namun kita sewajarnya bersyukur kerana Allah swt masih lagi memberikan kita peluang, orang-orang Umno masih punya akal yang waras dan kita terus istiqomah mempertahankan kapal yang sedang dibaik pulih oleh seorang pemangku dan seorang pemimpin yang dulunya dihina dan dicaci seolah-olah beliau langsung tidak punya iman

Kesungguhan kerja buat itu pula disambut dengan hati yang terbuka oleh para pimpinan tertinggi serta ahli-ahli di akar umbi dan sinarnya mula kelihatan apabila RAKYAT mula sedar bahawa mereka adalah MANGSA kepada TIPU HELAH Pakatan Harapan yang berdiri atas lendir fitnah dan tipu helah

Buktinya BN menang di 3 PRK iaitu Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau. Walaupun Pakatan Harapan sebelum itu juga menang di beberapa kerusi namun keputusan ketiga-tiga PRK diatas jelas jauh berbeza dan ianya memberikan impak yang cukup besar bukan sahaja kepada Umno dan BN tetapi juga kepada Pakatan Harapan

Makanya kita dapat melihat satu perubahan yang cukup drastik beraku dikalangan RAKYAT dan ianya sudah tentu memberikan isyarat bahawa Umno perlu segera BERUBAH dan berubahlah menjadi parti yang lebih baik serta boleh dipercayai

Hasilnya terbentuk PERPADUAN UMMAH bersama PAS

Usaha demi usaha telah berjalan dan seluruh rakyat sebenarnya sudah melihat sendiri bagaimana kerjasama ini sebenarnya adalah jalan terbaik untuk menyelamatkan Malaysia dari tangan mereka-mereka yang langsung tidak berjiwa rakyat. 
Kerana itu kita perlu segera memperbetulkan saf dan fahami bahawa Umno adalah parti pembangkang. Fahamkan betul-betul maksud ini kerana musuh utama Umno pada hari ini adalah BUDAYA 62 TAHUN yang berlagak dan sombong atas tiket PEMERINTAH

INGAT ... Beberapa hari lalu, Presiden Umno mengumumkan untuk kembali bertugas setelah bercuti dan apa yang telah berlaku dalam tempoh 24 jam keputusan itu diumumkan

Pelbagai kenyataan dan telahan telah dibuat secara terbuka di media sosial termasuk yang bersifat menghentam ! 
Soalnya kenapa perlu sampai ke tahap itu

Ini Presiden yang telah dipilih secara sah oleh para perwakilan Umno dalam pemilihan Umno

Atas dasar perlembagaan dan mana-mana peruntukan undang-undang parti sekalipun ianya adalah SAH dan kita semua perlu menerima keputusan ini sejajar dengan prinsip demokrasi yang selama ini kita junjung

Kita punya proses dan apabila tibanya proses itu nanti maka buatlah pilihan yang terbaik tetapi hari ini kita tidak boleh sesekali membuang masa dengan menghukum sesama sendiri

Untuk terus BANGKIT kita perlu buang jauh-jauh sikap sebegini kerana inilah sebahagian daripada budaya 62 tahun yang masih melekat dalam segelintir orang-orang Umno

Buang jauh-jauh kerana agenda mendepani PRU15 jauh lebih penting kepada kita semua

Nasihat MMI kepada orang-orang Umno tanya sendiri MAMPUKAH KITA BERSAMA ATAS NAMA PERJUANGAN

MMI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mahamissa.blogspot.com/2019/07/mampukah-kita-bersama-atas-nama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengakuan Youtuber Yang Ketahuan Menipu Atas Nama Agama Islam Suaminya Tidak Percaya Tuhan

Pengakuan Youtuber Yang Ketahuan Menipu Atas Nama Agama Islam Suaminya Tidak Percaya Tuhan

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 307 hits
Pasangan poligami YouTuber jadi kontroversi karena ketahuan melakukan penipuan Sepasang suami istri itu dilaporkan berpura pura menjalani hidup Islami hingga mengelabui orang untuk uang Setelah kedok mereka terbuka istri pertama pun mengung...
Pegawai Kanan As Dakwa Sedang Membersihkan Nama Huawei Selepas Tidak Lagi Disenarai Hitam

Pegawai Kanan As Dakwa Sedang Membersihkan Nama Huawei Selepas Tidak Lagi Disenarai Hitam

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 303 hits
Baru baru ini tular tentang Syarikat Huawei didakwa telah menyaman Amerika Syarikat kerana telah menyita peralatan telekomunikasi di dalam negara tersebut Bagaimanapun seorang pegawai kanan Amerika Syarikat telah memberi satu kenyataan berk...
Polisi Kantongi Nama Pelaku Terduga Pembunuh Bocah Dalam Bak Di Megamendung

Polisi Kantongi Nama Pelaku Terduga Pembunuh Bocah Dalam Bak Di Megamendung

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 207 hits
Saat ini mayat bocah tersebut tengah diautopsi guna mengetahui pastinya kematiannya Saat Ditanyai adanya dugaan tindakan seksual Dicky mengaku masih menunggu hasil autopsi
Nama Jer Aisyah Tapi Aisyah Aziz Dikecam Pakai Baju Seksi Dedah Belakang

Nama Jer Aisyah Tapi Aisyah Aziz Dikecam Pakai Baju Seksi Dedah Belakang

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 1078 hits
Penyanyi Aisyah Aziz dikecam hebat oleh netizen gara gara memuat naik satu rakaman video menerusi laman media sosial Instagram miliknya baru baru ini Video tersebut memaparkan adik kepada Aliff Aziz itu kelihatan seksi mengenakan pakaian be...
Nvidia Keluarkan Kad Grafik Dengan Kod Nama Super

Nvidia Keluarkan Kad Grafik Dengan Kod Nama Super

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 594 hits
Pengeluar kad grafik terkemuka Nvidia dijangka mengeluarkan varian baharu untuk generasi RTX siri 2000 dengan memperkenalkan kod nama Super Pengumuman rasmi berhubung siri kad grafik Nvidia RTX Super ini sepatutnya dilakukan pada awal mingg...
Polisi Usut Penyebar Hoaks Catut Nama Merdeka Com Soal Wanita Bawa Anjing Di Masjid

Polisi Usut Penyebar Hoaks Catut Nama Merdeka Com Soal Wanita Bawa Anjing Di Masjid

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 315 hits
Beredar sebuah foto hoaks di media sosial dengan mencatut nama merdeka com dengan menyertakan pernyataan dari Kapolri Jenderal Tito Karnavian
Kenapa Kita Menyebut Nama Nabi Ibrahim Dalam Tahiyat Akhir

Kenapa Kita Menyebut Nama Nabi Ibrahim Dalam Tahiyat Akhir

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 305 hits
Pasti ada segelintir umat Islam yang tertanya tanya kenapa hanya nama Nabi Ibrahim a s yang disebut bersama Nabi Muhammad SAW di dalam tahiyat akhir Semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat memberi manfaat kepada semua Setelah Allah SWT m...
Respons Google Setelah Tahu Kabar Ada Orangtua Kasih Nama Bayinya Google

Respons Google Setelah Tahu Kabar Ada Orangtua Kasih Nama Bayinya Google

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 172 hits
Google lahir pada 30 November 2018 lalu di Rawalumbu Kota Bekasi Jawa Barat Bayi laki laki yang kini berusia 7 bulan tersebut merupakan anak dari Andi Cahya Saputra dan Ella Karina Nama Google selama ini familiar dengan layanan mesin pencar...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord