Mampukah Countertop Dapur Anda Berdepan Ujian Memasak Di Malaysia
Apakah perkara terpenting semasa memilih countertop dapur?
Ya, countertop dapur mesti tahan lama dan menarik. Tetapi, apa yang paling penting adalah ia mesti mampu bertahan dengan cabaran bahan masakan Malaysia seperti serbuk kunyit, minyak sapi dan kicap.
Sebab itutlah pemilihan countertop dapur anda amat penting. Memilih bahan terbaik bermaksud memerhatikan bagaimana anda menggunakan dapur anda. Adakah anda meletakkan kuali panas terus di atas kaunter? Atau anda menggunakan lesung dan alu untuk menumbuk sambal?
Bila maklumat sudah dalam genggaman, jadi bolehlah anda memendekkan senarai bahan-bahan countertopdapur anda seperti berikut:
Marmar
Di sisi bahan-bahan batu asli yang lain, marmar terkenal kerana ia tahan haus dan lusuh. Bahan klasik ini juga kalis panas dan didatangkan dalam pelbagai tekstur dan tona.
Walaubagaimanapun, ia merupakan pilihan yang mahal. Marmar mesti direkatkan semasa pemasangan dan direkatkan semula secara berkala dari semasa ke semasa. Ini kerana ia berliang atau menyerap air. Jadi, ia boleh menimbulkan masalah.
Countertop dapur marmar dari marblegranitemalaysia.com
Kuarza
Kuarza terhasil daripada kombinasi mineral, resin, dan warna yang mencipta tekstur batu semulajadi yang bertenaga. Ia hadir dalam pelbagai ira, tekstur, warna dan tona seragam. Tidak seperti batu, campuran bahan ini tidak memerlukan rekatan atau penyelenggaraan yang kerap. Malah, ia tahan calar, kotoran dan kepanasan. Tapi, harga kuarza juga tinggi. Bucunya yang tajam pula perlukan perhatian pakar bilamana berlaku kerosakan.
Countertop kuarza gelap dengan tambahan percikan marmar Sumber dari Jessstone.com.my
Granit
Seperti batu dan kuarza, granit juga kalis kerosakan. Kerosakan di dapur biasanya berpunca daripada pisau atau kepanasan. Tapi, sebagaimana kuarza, sisi granit juga mudah rosak sehingga terpaksa mendapat jagaan pakar.
Namun, ia amat dikenali kerana tekstur dan coraknya yang unik dengan pilihan permukaan berkilat atau pusam. Ini menjadikan granit tahan kepada kesan kotoran. Lebih unik warnanya, maka lebih tinggilah kosnya. Dan, sepertimana batu, granit juga perlu direkatkan semula dari semasa ke semasa.
Countertop granit. Sumber: hudsonvalleylighting.com
Permukaan Padu
Countertop dengan permukaan padu menyerupai tekstur dan warna batu, kaca serta bahan-bahan konkrit. Ia kurang penyelenggaraan, sekaligus membantu mengurangkan kos anda. Walaupun begitu, ia kekal dengan ciri tahan haba dan air yang boleh merosakkan batu. Ia juga lebih mudah untuk dibersihkan dan tidak cepat lusuh. Permukaan padu boleh tercalar dan terbakar tapi boleh diperbaiki hanya dengan sedikit penjagaan istimewa.
Countertop padu. Sumber: meridianinspiration
Konkrit
Rupa semulajadi dan pelbagai potensi warna atau arca sebenarnya merupakan ciri konkrit yang mampu menyatukan elemen di dapur. Lebih-lebih lagi jika berada di samping kayu dan batu. Bahan tahan lama ini mampu menahan kerosakan yang berpunca daripada haba dan kotoran. Jadi, berbaloilah ia dengan perekatan berkala dan penyelenggaraannya.
Tapi, saiz konkrit yang agak berat menyebabkan lebih perhatian diperlukan semasa proses rekaan dan pemasangannya. Ini kerana konkrit dengan mudah dirosakkan oleh cecair-cecair berasid tinggi.
Countertop konkrit. Sumber: Pinterest
Jubin
Sebagai bahan countertop, jubin seramik merupakan kawan baik si tuan rumah. Bukan sahaja ia mengurangkan kos,malah ia juga lebih mesra dalam projek DIY anda. Kaya dengan saiz, bentuk, warna dan tekstur menjadikan ia senang digayakan dengan apa jua rekaan. Cuma, jubin agak mudah rosak. Jubin memerlukan pembersihan rutin untuk mengelakkan kulapuk dan kotoran. Namun begitu, jubin ada kelebihan iaitu ia tahan daripada kelembapan, haba, calar , dan kotoran.
Countertop jubin. Sumber: Pinterest
Kayu
Di antara bahan-bahan semulajadi yang ada, kayu menyerlah sebagai bahan yang menambah kehangatan di mana jua ruang dapur. Ia agak bagus menentang masalah haus dan lusuh, kesan daripada cincangan, tetakan, dan potongan. Malah, kelusuhannya menghasilkan kesan yang menawan. Blok keratan, misalnya, menjadi tapak yang hebat sebagai kawasan kerja walaupun bidur berhias juga boleh digunakan.
Walau bagaimanapun, kayu memerlukan penyelenggaraan dan rekatan yang mesra makanan memandangkan ia boleh rosak akibat air, haba, kotoran dan bahan-bahan kimia serta berasid yang biasa.
Countertop kayu. Sumber: Pinterest
Laminat
Seiring dengan perkembangan teknologi, laminat muncul tidak kurang popular kerana ia hadir dalam pelbagai warna dan tekstur. Dengan keupayaannya menyerupai bahan-bahan yang lain, laminat memerlukan papan lapis berpartikel di dalam lapisan nipis resin plastik. Ini menjadikan laminat sebagai bahan countertop yang tidak mahal, selain tahan lama dan agak mudah dijaga. Tapi, hati-hati dengan kerosakan akibat pan panas dan calar yang dalam kerana tiada cara mampu memperbaikinya. Tambahan pula, hanya sinki mangkuk yang sesuai digunakan dengan bahan ini kerana ciri-ciri binaannya.
Countertop laminat, diwarnakan menyerupai kayu. Sumber: sarahsarna.com
Keluli tahan karat
Ada sebab mengapa restoran menggunakan keluli tahan karat di dapur mereka. Bahan ini hampir tidak dapat dimusnahkan. Ia mampu berdepan kegiatan gila-gila yang sering berlaku di mana-mana dapur komersil. Ia mudah dibersihkan memandangkan apa jua tumpahan tidak akan menembusi permukaan yang boleh membawa kepada bakteria. Namun, selepas beberapa lama, permukaan berkilat itu akan mulai kusam dan tercalar. Ia juga hadir dalam satu warna sahaja.
Countertop keluli tahan karat. Sumber: bobvila.com
Perlu pakar pengubahsuaian dapur untuk memberikan sebut harga?
Memilih countertopdapur yang baik sebenarnya berakar daripada pengetahuan mengenai keperluan ruang dapur anda. Tidak dapat dinafikan bahawa ada bahan di luar sana yang terbaik untuk anda dan seisi rumah anda. Cuma, anda perlu membuat pertimbangan dengan cermat bagi memilih bahan terbaik bagi rumah anda.
Jika anda perlu seorang pakar pengubahsuaian dapur, layarilah Recommend.my. Anda hanya perlu kongsikan maklumat ringkas tentang perkhidmatan yang anda perlukan melalui online request form, dan nantikan maklum balas serta sebut harga percuma dalam tempoh beberapa jam sahaja.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lyssasecret.com/2018/01/mampukah-countertop-dapur-anda-berdepan-ujian-memasak-di-malaysia.html