Bercuti Di Cameron Highland Pengalaman Percutian Bajet


Pengalaman percutian bajet Bercuti di Cameron Highland, tempat makan dan tempat menarik di cameron highland waktu malam dan waktu siang

Sebelum memulakan perjalanan percutian ke Cameron Higlands, pastikan anda check kondisi kereta. isi minyak secukupnya, pastikan tak banyak barang bawak untuk mengelakkan kereta tak berat untuk mendaki bukit.
Penting! Bawak Jumper cabel dan tools. In case kalau ada kecemasan kereta breakdown. Pastikan angin tayar dan bunga tayar baik kerana jalan kadang-kadang agak licin.
Untuk penginapan di Cameron Highland, anda boleh menginap di hotel mewah, hotel bajet di cameron highland murah atau homestay. Jika anda dalam kumpulan yang ramai, dicadangkan anda menginap di homestay.
Banyak rumah homestay di kawasan tanah rata dan Ringlet. Anggaran kos penginapan dalam RM300-450 sehari. Anda boleh berkongsi dengan adik beradik dan kawan-kawan untuk menjimatkan kos. Pastikan anda memilih tempat penginapan yang ada water heater, kalau tak menangis nak mandi, air sejuk tak hengat terutama kepada anak anak yang masih kecil.
Saya memilih duduk di homestay Cameron Highland untuk percutian bajet di Cameroh Highland iaitu homestay Greenhills macam dalam gambar yang dikongsikan dalam artikel ini.
7 Perkara Penting Sepanjang Bercuti di Cameron Highland 1) Cuaca
Cuaca di Cameron Highlands adalah dalam kategori sejuk. Cuacanya dalam 15-19 °c. Sangat sejuk pada waktu pagi. Anda WAJIB bawak baju sejuk dan stokin tebal. Kalau hujan lagi lah sejuk ya amat. Ada juga kedai yang menjual baju sejuk dan stokin di tanah rata dalam harga yang agak murah. Anak2 kecil wajib dibekalkan dengan baju sejuk dan stokin. Waktu petang sampai ke malam memang sejuk giler…
2) Stesen minyak Di tanah rata, Ringlet dan Brinchang ada disediakan stesen minyak seperti Petronas dan shell, jadi kalau minyak anda dah nak habis, boleh topup kat situ.
3) Tempat Makan Jika anda memilih homestay dan hotel yang boleh masak, anda boleh bawak makanan yang ringkas untuk digoreng. Kalau anda malas, banyak jer gerai-gerai dan tempat makan di cameron highland di tepi jalan untuk anda lawati. Kedai-makan macam KFC, starbucks, secret recipe juga ada untuk anda pergi di tanah rata.
Tempat menarik di cameron highland waktu malam lagi meriah, banyak gerai-gerai makan yang disediakan untuk anda pilih. Ada juga kedai makan steamboat, sup daging di uptown tanah rata (Adeq mee sup). Anda boleh jalan-jalan untuk cari makanan dengan senang.
Jika anda berkunjung ke ladang strawberi, jangan lupa beli ais krim, memang lazat dan sedap sebab ianya dibuat pakai strawberi asli yang pekat dan padu.

Jika anda pergi ke ladang teh, anda boleh minum teh yang fresh Dan segar sambil makan kek dan menikmati pemandangan yang indah di atas bukit.
4) Kedai serbaneka Di tanah rata ada disediakan 7 eleven, ada juga kedai-kedai runcit untuk anda beli barangan keperluan.
Perjalanan ke tempat tempat menarik di Cameron Highland
gerai Sayur sayuran, buah buahan, petai lavender garden tempat menjual sayuran bee farm strawberry pluck ladang teh dan tempat minum teh agro farm Air terjun lata iskandar banyak lagi tempat tempat menarik di Cameron Highland yang mungkin saya tak sempat nak pergi. air terjun di cameron highland
Pastikan anda bertolak awal awal untuk ke bercuti Cameron Highland kerana jika waktu cuti, memang agak jem dan banyak kereta, parking juga susah nak dapat jika terlalu banyak orang.
5) Ubat ubatan Sila bawak ubat ubatan asas seperti Panadol, ubat selsema dan batuk. Jika anda ada penyakit lain, sila bawak ubat secukupnya . Ada juga klinik disediakan di tanah rata. Sila juga bawak ubat asas untuk anak-anak anda. Cuaca di sini memang cukup syarat untuk demam dan selsema . Sejuk…
6) Kelengkapan asas Sila bawak kelengkapan asas seperti berus gigi, ubat gigi, shampoo dan sabun mandi, jika anda duduk di hotel mungkin takda masalah. Takda lah nak keluar semata-mata nak beli keperluan tu sahaja.
7) Bank dan ATM Di tanah rata, bank dan ATM tiada masalah, Maybank, CIMB, AmBank , agro bank semua ada. Bagus kemudahan di sini.

Secara keseluruhannya, tempat percutian di Cameron Highlands banyak berubah dari segi kawasan dan kemudahan. Banyak tempat tempat menarik di Cameron Highland yang boleh dikunjungi dan kemudahan asas yang banyak. Anda tak perlu fikir panjang untuk pergi.
Selamat bercuti di Cameron Highland. Diharapkan perkongsian percutian bajet bercuti di Cameron Highland ini membantu anda merancang dan plan yang terbaik untuk anda pada masa akan datang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mypt3.com/bercuti-di-cameron-highland

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percutian Singkat Di Bandar Brinchang Cameron Highland

Percutian Singkat Di Bandar Brinchang Cameron Highland

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 658 hits
Cameron Highland terkenal dengan keindahan pemandangan ladang yang menghijau serta mempunyai udara yang sejuk lagi nyaman Tanah Tinggi Cameron dahulu boleh dikatakan kawasan percutian peranginan kerana ia memiliki udara sejuk tambahan lagi ...
Pengalaman Kami Bercuti Dan Tidur Di Hotel Avillion Cameron Highlands

Pengalaman Kami Bercuti Dan Tidur Di Hotel Avillion Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 1008 hits
Pengalaman Kami Bercuti dan Tidur di Hotel Avillion Cameron Highlands Assalamualaikum semua selamat sejahtera Kami sebenarnya dah lama teringin nak tidur di Cameron Highlands dan bercuti ke Cameron Highlands tanpa jam tanpa sesak Hotel Avil...
Pengalaman Percutian Ke Camaron Highland Singgah Juga Avant Chocolate

Pengalaman Percutian Ke Camaron Highland Singgah Juga Avant Chocolate

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 896 hits
Pengalaman Percutian Ke Camaron Highland Singgah Juga Avant Chocolate Sedikit info untuk semua yang nak balik dari Cameron Highland esok jangan lupa singgah ke Avant Chocolate on the way keluar ke Simpang Pulai Boleh Waze location siap siap...
Percutian Bajet Ke Jong S Crocodile Farm And Zoo Kuching

Percutian Bajet Ke Jong S Crocodile Farm And Zoo Kuching

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 724 hits
Jong s Crocodile Farm Siburan adalah penempatan buaya terbesar di Kuching Sarawak Tidak lengkaplah percutian anda ke Kuching Sarawak jika anda tidak bertandang ke sini Jong s Crocodile Farm ini terletak di Siburan dan ia terletak jauh darip...
Percutian Cameron Highlands Sebelum Cuti Sekolah

Percutian Cameron Highlands Sebelum Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 519 hits
Percutian hujung minggu ke Cameron Highlands Pahang Seminggu sebelum bermulanya cuti persekolahan rasmi akhir tahun 2018 kami sekeluarga telah pergi bercuti ke Cameron Highlands Percutian kali ini kami bawa sekali keluarga pengasuh si Amri ...
Bagaimana Merancang Percutian Bajet Akhir Tahun

Bagaimana Merancang Percutian Bajet Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 566 hits
Selepas satu tahun bekerja keras sudah tiba masanya untuk anda pergi bercuti ke suatu destinasi pilihan anda Walaupun anda teruja dengan perjalanan akhir tahun anda anda mungkin juga bimbang tentang kenaikan harga musim percutian waktu punc...
Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Itinerary 3 Hari 2 Malam

Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Itinerary 3 Hari 2 Malam

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 1705 hits
Senarai Tempat Menarik di Cameron Highland Trip Itinerary Cameron Highlands 3 hari 2 malam 3d2n Assalammualaikum Disebabkan dah nak cuti Chinese New Year jadi nak share my trip itinerary pergi bercuti tempat tempat menarik di cameron highla...
Antara Lokasi Percutian Bajet Tak Sampai Rm500

Antara Lokasi Percutian Bajet Tak Sampai Rm500

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 426 hits
Sekarang ni kebanyakan syarikat penerbangan mengadakan promosi harga tambang murah Masa ni la kaki melancong kena ambil peluang untuk pergi bercuti Bila sebut je tentang melancong atau bercuti mesti ramai yang anggap perlu berbelanja besar ...
Bercuti Di Pulau Kapas Trip Percutian 3 Hari 2 Malam

Bercuti Di Pulau Kapas Trip Percutian 3 Hari 2 Malam

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 778 hits
Trip Bercuti di Pulau Kapas review Trip Percutian 3 Hari 2 Malam Alang alang sudah sampai Terengganu dan cuti panjang kita teruslah bercuti ke Pulau Kapas lepas keluar dari Pulau Redang Booked the trip to stay at KAPAS ISLAND RESORT I used ...
Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Drama Mandul Bukan Pilihan

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Memalukan Nak Cabar Siapa Ni Aksi Mesra Pempengaruh Bertudung Dan Penyanyi Undang Kritikan Netizen

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts

Dividen Koperasi Tnb Panduan Pengeluaran

Penumpang Disangka Penyeludup Beri Persembahan Tak Dijangka Dalam Zon Pemeriksaan