Mama Dobi Di Taman Seroja Di Bandar Baru Salak Tinggi
Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli wassalamu ala saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajama'in.
Assalamu'alaikum, karangan mengenai catatan harian Tedi ni akan dibahagikan kepada beberapa bahagian: Badan Tak Berapa Sihat, Makan Sup Kambing, Kedai Dobi bukan layan diri, Mama Dobi, dan Jom naik atas, takut.
17 Disember 2018, 20:51, Isnin
Mama Dobi - Wash and Dry Specialist
Nombor telefon: Manja 017-3386723, Shawal 014-3995598
Cucian biasa RM 2.50 per kg, cucian karpet RM 1 per kaki, comforter atau toto RM 15 sehelai.
chemical, plastik dijual di sini
penghantaran dan pengambilan disediakanBadan Tak Berapa Sihat, Makan Sup KambingTedi baru sahaja selesai sidai baju di ampaian dan buang sampah sedikit. Gamaknya jiran sebelah pun cuak semacam je apabila dengar bunyi bising di tong sampah.Badan tak berapa sihat, macam nak selsema tapi tak jadi, adalah sedikit running nose kata orang putih, kalau kata orang Melayu hingus meleleh, mungkin panas dalam badan.Kepala pun sakit tak pening tapi sakit ketika nak bangun atau berubah ketinggian, orang kata itu tanda darah tinggi.Kami ke Pasar Malam Taman Seroja untuk membeli mi kuning buatan kampung daripada seorang peniaga di sana, sampai sana pun dah dekat jam 9 malam, Pasar Malam Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) tu pun dah nak tutup di mana ramai peniaga sudah mengemas gerai mereka.Mommy beli sate untuk makan malam, tapi Tedi tak lalu makan, maka Master belikan sup kambing. Sup kambing ni pelik sedikit sebab banyak hampas tapi ketika makan ketika demam, ia agak menyegarkan dan memanaskan badan. Tedi dah makan sup kambing ni 2 kali termasuk kali ni, dan Tedi fikir Tedi tak akan makan sup kambing ni ketika Tedi sihat...<kembali ke atas>
Kedai Dobi bukan layan diri, Mama DobiSebelum sambung tidur Tedi nak kirimkan pasal satu gambar yang sempat Tedi snap ketika di Pasar Malam Taman Seroja tadi.Kalau kawan-kawan dah baca caption pada gambar di atas, kawan tahulah gambar tu mengenai kedai dobi Mama Dobi.Apa yang special dengan kedai dobi Mama Dobi ni? Biasa sahaja sebenarnya, tapi khidmat penghantaran dan pengambilan disediakan tu agak menarik.Tedi snap gambar depan kedai dobi Mama Dobi ni bukanlah sebab ia menggunakan warna pink atau merah jambu, tapi sebab Mommy memang ada bertanyakan pasal kedai dobi bukan layan diri supaya kami boleh hantar comforter atau toto. Maklum sahajalah kalau ke kedai dobi layan diri, kita kena menghabiskan masa untuk menunggu cucian kita siap, sekali basuhan dan pengeringan dah makan masa sejam, kalau kena tunggu mesin basuh atau mesing pengering tidak digunakan orang lagilah haru.Selain itu pada masa itu dah dekat jam 9 malam dan kedai dobi Mama Dobi Taman Seroja ni masih belum tutup, ada peluang untuk tinggalkan cucian dan ambil pada malam hari, maklum sahajalah kami kan selalu tiba di rumah pada waktu malam.Tedi nampak harga untuk basuh sehelai comforter atau toto di kedai dobi Mama Dobi ini ialah MYR 15 (lima belas Ringgit Malaysia sahaja) dan ketika kami basuh comforter atau toto di Laundrybar pun harganya ialah MYR 14 apabila guna mesin basuh 15 kg. Kalau guna mesin basuh 28 kg tentulah lebih mahal.<kembali ke atas>
Jom naik atas, takutTadi sebenarnya Tedi dah tertidur selepas menghantar Aina naik ke bilik master di tingkat atas, terjaga sekitar jam 3 pagi dan buat kerja rumah sedikit, selepas ni nak kena paksa tidurlah ni.Sebelum naik ke atas tadi, Aina duk sebut jom, jom kepada Mommy sambil pandang atas, Mommy suruh Master check apa yang Aina nak, sebab dia kata jom,jom... takut... sambil memandang ke atas siling, sebenarnya bawah sikitlah, tapi ke ataslah.Mommy dah mula fikir Aina nampak apa? maklum sahajalah budak kecil baru berusia 1 tahun 9 bulan dan 27 hari.Master pun mengacah menunjuk benda-benda di atas divider tangga, tapi Aina tidak melayan, kemudian Aina pergi baring depan tv.Owh, rupa-rupanya dia ajak Mommy tidur di bilik atas. Aina memang dari zaman dia masih bayi lagi memang susah nak tidur kalau tak masuk dalam bilik. Tapi selalunya dia akan menahan mata, kali ni lain pula ajak tidur, mengantuk sangatlah tu.Selepas Master bancuhkan susu untuk Aina, Tedi tolong hantar, dan kemudian Tedi terlena di bilik belakang, bilik yang Tedi paling suka semasa demam atau tak sihat kerana boleh tidur tanpa buka kipas, Tedi lebih suka berhibernasi dalam kepanasan suhu bilik.<kembali ke atas> |<kembali ke laman utama> | <keluarga Tedi>
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://interpretzz.blogspot.com/2018/12/mama-dobi-di-taman-seroja-di-bandar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29