Mama Dah Meninggal Yer Bila Mama Nak Bangun



“MAMA dah meninggal yer, bila mama nak bangun?” kata Syurafa’ Muhamad Hisyam, 2, selepas mendengar berulang kali perkataan meninggal dunia apabila keluarganya terbabit kemalangan di Kilometer 294.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Gopeng, Perak, semalam
Dalam kejadian 7.10 pagi itu, kereta Proton Perdana dinaiki mereka sekeluarga merempuh belakang Honda Civic yang berhenti kerana terdapat kemalangan di hadapan

Rempuhan itu menyebabkan ibunya, Ummu Maisarah Kamaludin, 33, yang duduk di bahagian penumpang belakang maut di lokasi kejadian manakala kakaknya, Syaima’ Muhamad Hisyam, 5, yang duduk bahagian penumpang depan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak
Adik ipar kepada arwah Ummu Maisarah, Muhammad Hatem Zakaria, 28, berkata, ketika kejadian abangnya, Muhamad Hisyam Zakaria, 35, bersama isteri (Ummu Maisarah) dan tiga anak perempuan mereka iaitu Syifa’, 9; Syaima’ dan Syurafa’ dalam perjalanan dari Petaling Jaya menuju Pendang, Kedah untuk menghadiri kenduri aqiqah sepupu selain bercuti
Menurutnya, mereka sekeluarga keluar rumah pada 4 pagi sebelum terbabit dalam kemalangan berkenaan
“Saya mengetahui kejadian itu selepas abang (Muhamad Hisyam) menghubungi ayah memaklumkan kejadian sebelum kami bergegas ke Perak
“Jenazah kakak ipar (Ummu Maisarah) dan anak buah (Syaima’) selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri, Rawang pada 8 malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini
Muhammad Hatem berkata, buat masa ini, Syifa’ seperti mengerti mama dan adiknya itu sudah tiada berbanding Syurafa’
“Selepas dia mendengar perkataan meninggal dan melihat mama dan kakaknya itu dikebumikan, dia tertanya-tanya bila mereka akan bangun selain asyik menyebut nama mereka
“Malam tadi pun, dia sukar tidur dan sering mencari mamanya walaupun kami cuba menarik perhatian dengan mengajak dia main bersama sepupunya yang lain
“Selain itu, abang (Muhamad Hisyam) masih fobia untuk memandu kereta,” katanya
Harian Metro hari ini melaporkan, kemalangan itu membabitkan treler Hino, Perodua Myvi, lori yang belum dikenal pasti, Volkswagen Passat, Honda Civic dan Proton Perdana dengan keseluruhan 10 mangsa termasuk dua cedera dan dua maut
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal mendapati treler dari arah Kuala Lumpur menghala ke Ipoh itu dipercayai dilanggar dari belakang oleh Perodua Myvi menyebabkan kereta itu berpusing dan berhenti di lorong kanan sebelum sebuah lori tidak dapat dipastikan memperlahankan kenderaan
“Volkswagen Passat di belakang lori itu memperlahankan kenderaan serta menyalakan lampu kecemasan, diikuti Honda Civic namun Proton Perdana dinaiki mereka sekeluarga gagal mengelak lalu melanggar belakang Honda Civic
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya
Sumber Hmetro



Source link
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2019/12/mama-dah-meninggal-yer-bila-mama-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Mama Nak Bangun Mama Dah Meninggal Ke Anak 2 Tahun Merengek Cari Arwah

Bila Mama Nak Bangun Mama Dah Meninggal Ke Anak 2 Tahun Merengek Cari Arwah

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 574 hits
Mama dah meninggal yer bila mama nak bangun kata Syurafa Muhamad Hisyam 2 selepas mendengar berulang kali perkataan meninggal dunia apabila keluarganya terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Gopeng Perak semalam Muh...
Adik Meninggal Dunia Hidap Kanser Abang Sedih Hajat Arwah Nak Pakai Selipar Baru Tak Kesampaian

Adik Meninggal Dunia Hidap Kanser Abang Sedih Hajat Arwah Nak Pakai Selipar Baru Tak Kesampaian

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 488 hits
Ajal pertemuan milik Allah siapa kita untuk menidakkan ketentuan Illahi Kehilangan orang yang disayangi memang perit tambah tambah lagi mempunyai pertalian darah dengan kita Kenangan bersama boleh dijadikan memori terindah saat dia ada deng...
Keliru Nak Sediakan Puri Anak Mama Jangan Cemas Resipi Ibu Ni Boleh Jadi Panduan

Keliru Nak Sediakan Puri Anak Mama Jangan Cemas Resipi Ibu Ni Boleh Jadi Panduan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 406 hits
Pengalaman pertama menyuapkan anak makan pada usia enam bulan sememangnya satu detik terindah bagi semua ibu Namun bila anak menjangkau usia lima bulan lebih dan enam bulan ibu mula rasa cemas dan berdebar debar mencari menu terbaik untuk a...
Ekspo Tattoo Apa Nak Jadi Ni

Ekspo Tattoo Apa Nak Jadi Ni

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 354 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mendengar sesuatu yang diperkatakan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsa...
Air Sikit Lagi Nak Meiimpah Tapi Makcik Ini Taknak Pindah Sehinggaiah Anggota Apm Datang

Air Sikit Lagi Nak Meiimpah Tapi Makcik Ini Taknak Pindah Sehinggaiah Anggota Apm Datang

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 323 hits
Terbaik lah angkatan pertahanan awam Mungkin ada sebab kenapa makcik tu sebolehnya taknak tinggalkan rumah dia Itu antara komen warganet apabila seorang penduduk enggan pindah walaupun laluan utama ke kediamannya di Kampung Jeram Hilir Kual...
18 Kali Wawa Tolak Permintaan Saya Nak Baby Kali Ke 19

18 Kali Wawa Tolak Permintaan Saya Nak Baby Kali Ke 19

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 567 hits
Tahniah diucapkan kepada pasangan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang baru sahaja menimang cahaya mata ketiga mereka pada 1 Disember lalu Baru baru The post appeared first on
Saya Mengidam Nak Makan Jagung Tapi Dia Suruh Berjimat Isteri Hamil Kecewa Suami Habiskan Duit Untuk Beli Barang Moto

Saya Mengidam Nak Makan Jagung Tapi Dia Suruh Berjimat Isteri Hamil Kecewa Suami Habiskan Duit Untuk Beli Barang Moto

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 623 hits
Assalamualaikum warga KRT Saya isteri berumur 18 tahun saya berkahwin dengan suami saya hampir lima bulan Sekarang saya disahkan hamil empat bulan Saya berjumpa dengan suami secara kebetulan dan berkawan dalam tempoh sebulan Saya berkahwin ...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh