Ekspo Tattoo Apa Nak Jadi Ni
Muhammad Azizul Osman
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendengar sesuatu yang diperkatakan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK,
KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melahirkan rasa terkejut baginda terhadap penganjuran Tattoo Malaysia Expo 2019 yang tular, hari ini.
Di Twitter rasminya, Tunku Azizah bertitah apa sudah jadi dengan negara ini yang menganjurkan peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut.
“Allahuakbar ….. apa nak jadi ni!,” tweet Tunku Azizah.
Raja Permaisuri Agong merujuk kepada satu status yang dimuatkan oleh @AheriAnuar mengenai acara berkenaan.
Aheri berkata “Yb Syed Saddiq , YB agama kita tak nak komen ke?
Budaya apa yang mendasari kepimpinan kerajaan PH ini ya? Event begini pun dah lepas,” katanya sambil tag Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Tweet lima patah perkataan Tunku Azizah di retweet lebih 6,000 dan 6,500 likes di Twitter.
Awal hari ini, program peserta tattoo separuh bogel timbulkan kemarahan ramai warganet apabila tular gambar para peserta Malaysia Tattoo Expo 2019 yang berkeadaan separuh bogel.
Rata-rata netizen mengutuk apa yang berlaku kerana ia bertentangan dengan agama dan moral penduduk di negara ini.
Lebih menimbulkan kemarahan apabila netizen mendapati majlis yang sama mendapat sokongan kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC).
Namun dalam satu kenyataan hari ini, menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata,
kementeriannya akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019, susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut.
Malah beliau telah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara tesebut. – MalaysiaGazette
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/ekspo-tattoo-apa-nak-jadi-ni.html