Mama Bangunlah Ramai Orang Datang Ni Anak Kecil Kejvtkan Jenaz4h Ibunya Yang Dis4ngkanya Sedang Tidur
“Mama, Bangunlah… Ramai Orang Datang Ni..” – Anak Kecil Kejvtkan Jenaz4h Ibunya Yang Disangkanya Sedang Tidur
“Mama, bangunlah…ramai orang datang rumah kita,” kata Nur Adni Afeera Shahrul Raziman, tiga tahun, yang cuba mengejutkan jenaz4h ibunya, Mahfuzah Ishak, yang disangka sedang tidur. Melihat ibunya tidak memberi sebarang reaksi, Nur Adni Afeera beralih melihat jenaz4h adiknya Muhammad Harraby Zafran, setahun, sebelum berpaling ke arah orang ramai dan menyatakan adiknya ‘sak1t’.
Keletah Nur Adni Afeera menyebabkan orang ramai mengalirkan air mata, manakala ayahnya Shahrul Raziman Osman, 33, tergamam melihat jenaz4h dua beranak itu di ruang tamu rumah keluarga Mahfuzah di Kampung Lepar Hilir 1
Mahfuzah, 28, seorang kerani di kilang automotif di Pekan dan Muhammad Harraby Zafran meningg4l dunia akibat kec3deraan t3ruk di bahagian kepala dan dada selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan
Kemlangan berlaku di KM403.9 Lebuhraya Utara Selatan dekat Lembah Beringin, berhampiran pekan Hulu Selangor. Kereta dipandu Shahrul Raziman. Turut berada dalam kenderaan itu, ibu Shahrul Raziman, Razimah Chik, 63. Jenaz4h kedua-dua m4ngsa dibawa ke sini bagi menunaikan permintaan ibu arwah,
Norhikmah Abdullah Sani, 54, yang lumpuh untuk melihat mereka sebelum dikebumikan di kampung Shahrul Raziman di Kampung Telok, Pekan, lewat malam. Shahrul Raziman yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat berkata, mereka dalam perjalanan untuk bercuti dan melawat saudara-mara sebelah ayahnya di Jeniang, Kedah apabila kemalangan berlaku.
“Kami bertolak dari Pekan pada jam 11 malam semalam (kelmarin). Ia tidak dirancang kerana rancangan untuk ke sana hanya difikirkan pada raya ketiga. Tambahan pula ayah saya telah bertolak ke sana (Jeniang) sehari sebelum dengan menaiki bas,” katanya.
Beliau menyatakan kesal apabila tiada kenderaan yang berhenti untuk membantu meskipun beliau memberi isyarat meminta bantuan. Hanya dua penunggang motosikal yang berhenti selepas 10 minit beliau berdiri di tepi jalan. Sementara itu, ayah m4ngsa, Ishak Muhammad, 56, berkata kali terakhir beliau bertemu anak ketiga daripada lima beradik itu ialah pada jam 3 petang kelmarin, sebelum anaknya bergegas pulang ke Pekan.
“Saya pula ditahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan) akibat ker4cunan makanan pada jam 4 petang. Saya juga tidak tahu mereka akan pulang ke Kedah. Saya diberitahu anak meningg4l dunia pada jam 10 pagi ini (semalam). Saya bersyukur dibenarkan pulang ke rumah pada jam 3 petang. Sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka untuk kali terakhir,” katanya.
Allah SWT menjadikan kehidupan dan kematian untuk menguji manusia siapakah dalam kalangan mereka yang paling baik amalannya, sepertimana Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Maksudnya: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
(Surah al-Mulk: 2)
Terdapat banyak hadith ada menyebutkan tentang tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah. Terlebih dahulu, antara syarat paling penting bagi seseorang itu mendapat husnul khatimah ialah mati dalam keadaan menganut agama Islam, beriman kepada Allah SWT dan melafazkan syahadah sebelum dia meninggalkan dunia. Ini kerana Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang melakukan syirik kepadaNya, firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
(Surah al-Nisa’: 48)
Justeru, antara tanda-tanda husnul khatimah ialah sesiapa yang sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ
Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga.
Hadith riwayat Abu Daud: (3316)
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
sumber https://ift.tt/2OF6qIi
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2021/03/mama-bangunlah-ramai-orang-datang-ni.html