Mama Babah Reda Sempat Sejam Lihat Dunia Bayi Perempuan Korban Termuda Covid
“Pergimu dalam senyuman sayangku. Pergilah, mama babah reda.” Hanya sempat sejam melihat dunia, seorang bayi perempuan meninggal dunia akibat Covid-19 selepas dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Menurut laporan Sinar Harian, anak syurga yang diberikan nama Nur Firdina Anggun yang berusia 24 minggu itu dilahirkan ketika ibunya, Nur Fazwatina Md Haruji, 31, masih dalam tempoh kuarantin kerana positif Covid-19.
Bapa mangsa, Nur Firdaus Ab Rahim, 30, berkata, anak bongsu mereka itu menjadi antara korban termuda sejak pandemik Covid-19 melanda negara.
ARTIKEL BERKAITAN [Rasa Nak Demam, Sakit Tekak Masa Kontraksi Rupanya Positif Covid. Doakan Rizky Kuat!]
Menurutnya, wabak Covid-19 tidak mengenal mangsa sama ada individu terbabit petugas barisan hadapan atau tidak sebaliknya menyerang manusia dengan kejam.
“Sebagai seorang anggota kereta peronda polis (MPV) saya selalu selesaikan masalah rakyat, kita tengok kejadian seperti ini berlaku hari-hari di depan mata.
“Apabila kena pada diri sendiri baharu kita tahu perasaan sebenar mangsa. Tidak kira kita polis atau doktor sekali pun Covid-19 ini tidak mengenal mangsa,” katanya.
Jenazah anak Nur Firdaus dikebumikan di Tanah Perkuburan Selat Klang di Sungai Sireh.
Lebih memilukan apabila isterinya masih menerima rawatan di HTAR, manakala lima anak mereka masih lagi dikuarantin di rumah.
Jenazah anak Nur Firdaus diuruskan dan dikebumikan oleh sukarelawan Unit Khas Van Jenazah di Tanah Perkuburan Selat Klang di Sungai Sireh dekat Klang pada Ahad.
Menerusi perkongsian Firdaus dia juga mohon mendoakan agar isterinya diberi kesabaran, kuat dan cepat sihat. Malah anak-anak yang lain juga positif dan kini kuarantin di rumah.
Sementara itu, Bilal Unit Khas Van Jenazah, Mohd Raspapi Mohd Anuar, 29, berkata, ia merupakan pengalaman paling sukar dilupakan warga kerja unit sukarelawan itu.
Menurut Mohd Raspapi, ini kerana bayi perempuan tersebut merupakan jenazah termuda yang pernah diuruskan pihak Unit Khas Van Jenazah setakat ini.
“Kami berdoa supaya keluarganya tabah, diberi ganti yang lebih baik dan bayi tersebut dapat memberi syafaat kepada ibu bapanya,” katanya.
Kredit: Sinar Harian & Firdaus Rahim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Mama Babah Reda.” Sempat Sejam Lihat Dunia, Bayi Perempuan Korban Termuda Covid appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/mama-babah-reda-sempat-sejam-lihat-dunia-bayi-perempuan-korban-termuda-covid/