Malu Derrr Guan Eng Dengan Km Penang Hahahaha


Boleh pulak nak tuntut syarikat swasta tu tampil. Kalau tak tampil macam mana? Tersengih dengan mata sepet ker. Takkanlah sebelum keluar statement tu takde jumpa dengan owner syarikat tu. Takkan berurusan dengan PA dia jer. 
Kalau betul syarikat tu nak derma khas untuk penang, pergi jela jumpa KJ. Ikut saluran betul. Ikut prosedur yang dikeluarkan KKM. Nanti diaorang uruskanlah untuk rakyat penang tu. 
DAP dan ketandusan idea politik ker. 
Malaysiakini | Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menuntut syarikat swasta yang menjanjikan 2 juta dos vaksin Sinovac Covid-19 ke negeri itu untuk tampil menafikan tuduhan melakukan penipuan.
Ini selepas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Nasional (NIP) Khairy Jamaluddin mendakwa syarikat itu sama sekali tidak wujud

Pada satu kenyataan hari ini, ketua menteri Pulau Pinang berkata tuduhan itu serius, justeru pengarah dan syarikat terbabit perlu tampil untuk menolak tuduhan tersebut

"Kerajaan Negeri dengan ini memohon supaya syarikat terbabit untuk memberi penjelasan serta menunjukkan bukti-bukti yang berkaitan demi membersihkan nama serta imej mereka," katanya

Chow menjelaskan ketika menerima tawaran vaksin melalui surat bertarikh 1 Februari, kerajaan negeri telah meminta pandangan daripada Jabatan Kesihatan Pulau Pinang

"Pada 12 Mac 2021, Mohd Shafiq Abdullah selaku Ketua Setiausaha KKM telah memberi jawapan kepada Kerajaan Pulau Pinang bahawa adalah tidak perlu menimbangkan sumbangan vaksin tersebut kerana Kerajaan Persekutuan telahpun merangka dan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

"Pandangan Ketua Setiausaha KKM, Mohd Shafiq Abdullah langsung tidak menyentuh tentang isu status syarikat tersebut

"Kerajaan Pulau Pinang dengan ini tidak berupaya menyusuli perkara ini kerana tidak dapat mengemukakan surat perakuan KKM kepada syarikat berkenaan untuk membolehkan mereka meneruskan rundingan dengan pihak pengeluar vaksin," katanya lagi

Jelas Chow tawaran vaksin ini dibangkitkan semula pada 18 Mei 2021 apabila pihaknya mempersoalkan mengapa KKM tidak dapat memberi perakuan untuk Kerajaan Pulau Pinang sedangkan negeri Sarawak dan Selangor dilaporkan membeli vaksin untuk kegunaan negeri masing-masing

Terdahulu Khairy berkata tawaran daripada syarikat yang tidak wujud itu tidak sahih

Menurut menteri itu, pihaknya telah berhubung dengan Sinovac Biotech Ltd di China, yang telah mengesahkan tiada apa-apa bukti dan permohonan diterima oleh wakil syarikat tersebut, berhubung sumbangan yang dimaksudkan

Katanya, berdasarkan surat yang diterima Ketua Menteri Pulau Pinang bertarikh 1 Feb 2021 yang ditulis oleh Yong Chee Kong dari Kota Kinabalu, sumbangan tersebut adalah dalam bentuk pembayaran kepada pihak Sinovac Biotech untuk kos vaksin sebanyak dua juta dos

“Penulis surat ini telah memperkenalkan diri sebagai rakyat Malaysia dan merupakan pengarah urusan syarikat Xintai Development Enterprise Ltd, yang berpangkalan di Hong Kong

“Dalam surat ini disebut bahawa penulis surat itu akan bayar deposit AS$2 juta sekiranya Pulau Pinang setuju dan individu tersebut juga telah berhubung dengan pihak Sinovac Biotech melalui pegawai jualan antarabangsa iaitu Coco Chang,” katanya

Wanita yang dinamakan sebagai pegawai jualan antarabangsa tersebut, jelas Khairy lagi telah mengesahkan dia tidak menguruskan pasaran Asia dan menafikan dihubungi berkaitan sumbangan yang dimaksudkan

Khairy juga berkata, pihaknya juga pernah menerima surat dari penulis yang sama pada 9 Feb 2021 atas tujuan sumbangan vaksin sebanyak dua juta dos, kepada Kerajaan Negeri Sabah

“Apabila kita menerima surat ini, kakitangan saya merujuk kepada pihak Sinovac dan mendapati bahawa tawaran ini tidak betul

"Ini satu ‘scam’, ini satu penipuan. Jangan politikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan ‘scam’ ini

“Saya mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu menderma vaksin, tapi mesti melalui saluran yang betul. Vaksin adalah barang kawalan dan ia tidak mudah untuk dibeli dan diimport. Ini bukan seperti membeli ‘t-shirt’ di Shopee,” katanya

Khairy berkata pihaknya akan meminta Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), untuk membuat laporan polis berkenaan individu yang tidak diketahui identiti ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2021/05/malu-derrr-guan-eng-dengan-km-penang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Irate Guan Eng Tells Penang Cm To Take Free Vaccines Face Backlash Later

Irate Guan Eng Tells Penang Cm To Take Free Vaccines Face Backlash Later

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 277 hits
Former Penang chief minister Lim Guan Eng has urged his successor Chow Kon Yeow to accept a private firm s offer to sponsor two million doses of vaccine for the state He argued that people s lives mattered and described the move to prevent ...
Egg On The Faces Of Penang Cm Guan Eng

Egg On The Faces Of Penang Cm Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 313 hits
Researching the biggest con jobs in the world on the Net was as interesting as the search results revealing some interesting facts and figures Far too many had made too much at the expense of the ordinary man Fraudsters imposters and cheats...
Kepala Otak Dia Guan Eng Kata

Kepala Otak Dia Guan Eng Kata

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 334 hits
GEORGE TOWN Ketua Menteri Chow Kon Yeow mendedahkan Pulau Pinang ditawarkan dua juta dos vaksin Sinovac secara percuma Februari lalu tetapi tidak dapat menerimanya kerana dihalang Putrajaya Beliau berkata kerajaan negeri menulis surat kepad...
Bukan Saja Kon Yeow Guan Eng Anwar Pun Kena Scam Rupanya

Bukan Saja Kon Yeow Guan Eng Anwar Pun Kena Scam Rupanya

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 507 hits
Tanpa menyelidik terlebih dahulu samada benar atau tidak ada pihak yang hendak menyumbangkan 2 000 000 dos vaksin Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang berkata langkah menolak va...
Guan Eng Questions Putrajaya S Ability To Replenish Kwan

Guan Eng Questions Putrajaya S Ability To Replenish Kwan

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 321 hits
Former finance minister Lim Guan Eng has questioned the government s ability to replenish the National Trust Fund after tapping RM5 billion to cover the Covid 19 vaccination programme This came after Finance Minister Tengku Zafrul Abdul Azi...
Saya Akan Minta Maaf Jika Dakwaan Scam Vaksin Kj Benar Kata Guan Eng

Saya Akan Minta Maaf Jika Dakwaan Scam Vaksin Kj Benar Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 390 hits
May 20 2021 4 23 PMChow Kon Yeow menunjukkan surat daripada Kementerian Kesihatan bertarikh 12 Mac yang menolak sumbangan dua juta dos Sinovac percuma dari sebuah syarikat swasta pada sidang media Selasa lalu Turut hadir Lim Guan Eng GEORGE...
Guan Eng Why Malaysia Lagging In Vaccination Despite Billions Spent

Guan Eng Why Malaysia Lagging In Vaccination Despite Billions Spent

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 297 hits
Former finance minister Lim Guan Eng said Putrajaya owed an explanation over why the country was lagging behind in its Covid 19 vaccination efforts compared to its regional peers Prime Minister Muhyiddin Yassin must explain to the public ho...
Tommy Thomas S And Guan Eng S Dirty Hands Finally Revealed

Tommy Thomas S And Guan Eng S Dirty Hands Finally Revealed

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 307 hits
But what is even more shocking is the revelation that former Attorney General Tommy Thomas buried the cases against another 346 recipients of 1MDB s money totalling more than RM307 million NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin It looks like ...
Jangan Denial Ambil Tindakan Kata Guan Eng

Jangan Denial Ambil Tindakan Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 306 hits
May 8 2021 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Muhyiddin Yassin seperti terasing daripada isu penting PETALING JAYA DAP meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengetuai mesyuarat harian Majlis Keselamatan Negara untuk menangani keme...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 5 Jet Pejuang India

Amanah Melaka Wan Fayhsal Hina Jakim

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Bread High In Protein Omega 3 And Fibre In Every Low Carb Bite

Tips Elak Sinki Tersumbat Mudah Sungguh Dan Menjimatkan

Asian American Women S History Illuminate The Past


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gdm Diabetes Amalan Selepas Bersalin

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Bila Hati Tak Tahu Nak Cakap Apa Kita Tulis Saja

Kenapa Jam Azan 30 Juzuk Al Quran Perlukan Sijil Kdn Info Penting Sebelum Anda Membeli

Selamat Pagi