Malu Apa Bossku Kita Geng
‘Malu apa bossku’ – Kita geng! FACEBOOK (FB) rasmi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dihujani ribuan komen susulan ungkapan ‘trendingnya’, ‘Malu apa bossku’ disebut salah seorang pengacara Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33) ketika siaran langsung itu malam tadi.
Semakan di FB Najib setakat jam 1 tengah hari tadi mendapati, status Najib yang menulis ‘Eh, tadi AJL sebut apa? Kita geng!’ merujuk kepada ungkapan ‘Malu apa bossku’ sejak 12 jam lalu mendapat 93,000 reaksi, 7,000 komen dan dikongsi 4,870 kali.
Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi positif, harapan serta penghargaan terhadap jasa bekas Perdana Menteri itu yang kini dikenali dengan ungkapan berkenaan sehingga menjadi sebutan segenap lapisan masyarakat.
Pengguna FB Andre Augustine menggunakan kesempatan itu untuk menyampaikan penghargaannya kepada Ahli Parlimen Pekan itu apabila menulis.
“Salam dari Kuching, Sarawak. Di mana saja di Kuching dari kanak-kanak berusia lima tahun hingga ke golongan warga emas tidak terlepas dengan ayat trending #MaluApaBossku.
“Terima kasih Datuk Seri kerana merealisasikan jajaran Telok Melano-Sematan Pan Borneo Highway,” katanya.
Fazirun Alhasani menulis; “Semoga Allah SWT berikan kebaikan buat Datuk Seri Najib dan dipermudahkan segala urusannya ya. Salam jauh dari Mesir. #maluapabossku,”.
Encik Azly Puan DyLa pula berkongsi komen; “Bergema suara org ramai bila pengacara sebut malu apa bo55ku…..hahaha.. terbaik..dh x jdi PM pun sentiasa diingati.. hehehe,’.
Mohd Fahmi meninggalkan komen; “Diharap datuk najib usul dlm parlimen. Org2 yg membuat komen2 menghentam dan memaki raja Melayu disabitkan kesalahan berat serta penjara,”
NziziAb Rahman menulis; “Ramai dah jadi geng ni bossku…tapi harap diorang betul2 insaf la ngan apa yg telah terjadi..”
Sebutan atau slanga ‘malu apa bossku’ mula ‘trending’ selepas penularan video pendek di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib yang menyebut ‘bos kita’ dan disambut Najib dengan ungkapan ‘Malu apa bossku’.
Ungkapan itu kemudian bukan saja menjadi ikutan netizen dalam percakapan malah ada yang menghasilkan baju T dan pelekat yang digunakan anak-anak muda terutama golongan bermotosikal.
The post ‘Malu apa bossku’ – Kita geng! appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/malu-apa-bossku-kita-geng/