Malu Apa Bossku Kim Yew Tak Berhak Beri Pandangan Guna Islam



Malu Apa Bossku: Kim Yew tak berhak beri pandangan guna Islam
TERKEJUT juga membaca surat taikun hartanah Tan Sri Lee Kim Yew kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh yang mendakwa kempen ‘Malu Apa Bossku’ menyalahi ajaran agama Islam.
Dalam surat bertarikh 2 Mac 2022 itu, Kim Yew yang merupakan pengasas The Mines Resort and Country Heights Holdings menyatakan apabila menyalahi ajaran Islam kempen ‘Malu Apa Bossku’ itu sekaligus melanggarkan Perlembagaan Persekutuan.
Surat itu dikeluarkan beberapa hari sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung pada 11 Mac.
“Saya adalah ahli seumur hidup MCA yang menjadi sebahagian komponen Barisan Nasional dan saya berhasrat untuk membuat aduan terhadap kempen ‘Malu Apa Bossku’ yang mana ia menyalahi ajaran Islam.
“Apabila ia menyalahi ajaran Islam, ia juga mencabuli Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyatakan Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kempen itu secara jelas menunjukkan tidak hormat terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negara ini,” kata Kim Yew.
Ramai yang terkejut kerana sebagai orang yang bukan penganut Islam, Kim Yew boleh membuat dakwaan seperti itu terhadap kempen yang telah mempopularkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tidak sebut perincian kesalahan
Adakah sebagai seorang bukan Islam Kim Yew berhak untuk melemparkan dakwaan tersebut? Dan yang lebih penting adakah tepat untuk Kim Yew mendakwa ‘kempen Malu Apa Bossku’ menyalahi ajaran agama Islam?
Dalam surat bertajuk ‘Hentikan kempen malu apa bossku dalam PRU’ Kim Yew tidak memperincikan perlanggaran-perlanggaran yang dilakukan oleh kempen berkenaan hingga beliau dakwa sebagai menyalahi ajaran Islam.
Sebaliknya, Kim Yew hanya menimbulkan isu mengenai Najib yang telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi berkempen pada PRN Johor.
“Jika semua rakyat Malaysia belajar untuk jadi ‘tak malu’ seperti dia (Najib), jadi apa gunanya adakan pilihan raya? Apakah kriteria calon atau pemimpin yang Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) bariskan untuk negara? Pemimpin yang tidak tahu malu?”
Orang bukan Islam tidak berhak cakap pasal Islam
Berbalik kepada soalan asal wajarkah Kim Yew memberi pandangan bahawa ‘kempen Malu Apa Bossku’ menyalahi ajaran agama Islam?
Pensyarah Fiqh Fatwa, Pusat Kajian Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim berkata, orang bukan Islam tidak ada hak untuk bercakap tentang Islam.

Ini kerana golongan bukan Islam tidak tahu hukum hakam dan adab-adab yang terdapat dalam ajaran Islam.
“Jadi macam mana dia boleh mengatakan bahawa kempen seperti bercangah dengan syariat Islam sedangkan dia sendiri bukan Islam dan dia bukan orang yang tahu tentang hukum hakam.
“Jadi oleh yang demikian orang bukan Islam perlu menghormati ajaran Islam dengan sebaik mungkin jangan mengeluarkan sebarang kenyataan yang berunsur menyakiti hati orang Islam tambah-tambah orang Malaysia yang beragama Islam,” kata Dr. Mohd. Izhar Ariff ketika dihubungi.
Beliau menjelaskan hanya mufti di negeri-negeri berhak mengeluarkan fatwa mengenai sama ada sesuatu itu salah atau tidak dalam Islam.
Malahan mufti sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa perlu meminta perkenan daripada sultan sebagai ketua agama di negeri masing-masing.
“Kita kena ingat perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dia di bawah mufti-mufti dan ia perlu mendapat keizinan atau perkenan daripada sultan di negeri masing-masing.
“Oleh yang demikian mereka yang bukan Islam yang hendak bercakap tentang hukum-hakam tentang syarikat itu adalah tidak boleh dan tidak layak kepada mereka untuk bercakap sedemian,” katanya.
Serentak itu, Dr. Mohd. Izhar berkata, pandangan Kim Yew bahawa kempen ‘Malu Apa Bossku’ menyalahi ajaran agama Islam adalah tidak sah dan tidak boleh digunakan oleh orang Islam.
Kempen ‘Malu Apa Bossku’ hanya bersifat politik
Menurut Dr. Mohd. Izhar daripada pandangannya, kempen ‘Malu Apa Bossku’ yang digerakkan oleh rakyat yang bersimpati terhadap Najib hanyalah bersifat politik dan tidak menyalahi Islam.
Tambahnya, sehingga kini tidak ada seorang pun mufti tampil memberi pandangan atau fatwa bahawa kempen ‘Malu Apa Bossku’ bercanggah dengan syariat Islam.
“Bagi saya kempen-kempen seperti malu apa bossku dan sebagainya tidaklah bercanggah dengan syariat Islam selagi mana tidak ada teguran daripada mufti-mufti.
“Oleh demikian saya melihat kempen-kempen seperti itu tidak salah dan ia bersifat politik sahaja. Atas dasar itu bagi saya tidak ada isu untuk dipertikai. Tidak ada pula teguran daripada mufti-mufti yang mengatakan perbuatan itu salah,” katanya.
Beliau berpandangan mufti juga tidak perlu mengeluarkan sebarang fatwa kerana kempen Malu Apa Bossku hanya bersifat politik semata-mata.
“Dalam hal ini saya percaya kempen-kempen yang dilakukan oleh orang Islam seperti malu apa bossku dan sebagainya mereka tahu yang mana boleh, yang mana tidak boleh. Yang mana halal dan mana haram. Orang Islam kita pada hari ini sangat peka dan tahu mengenai isu sensitiviti,” katanya.
Surat kedua Kim Yew
Surat bertarikh 2 Mac 2022 itu bukanlah satu-satunya surat Kim Yew kepada SPR. Beberapa hari lalu media melaporkan taikun hartanah itu menulis surat kedua kepada suruhanjaya itu.
Kandungan surat itu antara lain berkata, kempen ‘malu apa bossku’ seperti ‘senjata biokimia’ selain menggambarkan ia sebagai “virus korona menjangkiti minda anak muda dan orang tua”.
“Rasa malu adalah elemen asas dalam moral kita, namun bagi yang tidak ada rasa malu ia adalah penghinaan paling teruk yang mencemarkan kepercayaan manusia,” kata Pengerusi Eksekutif Country Heights dalam kenyataan di laman media sosial itu.
“Tindakan mempromosikan kempen ‘Malu Apa Bossku’ atau menguar-uarkan secara terbuka adalah satu bentuk penghinaan kepada masyarakat kita.”
Nampaknya Kim Yew betul-betul geram dan marah dengan kempen ‘Malu Apa Bossku’.
Mungkinkah beliau akan tulis surat ketiga kepada SPR jika surat pertama dan kedua itu tidak mendatangkan kesan seperti yang diharapkan? MG
Malu Apa Bossku: Kim Yew tak berhak beri pandangan guna Islam
Baca Artikel Menarik:
Kita ada satu lagi spesies katak istimewa, sindir Azalina Reputasi bertaraf dunia faktor Sapura Energy layak diselamatkan Yasin beritahu Syed Saddiq segerakan kelulusan ganja untuk perubatan (Video) Saya tak bersuara ketika itu sebab Sapura bukan syarikat GLC, Najib beritahu Rafizi Telinga, Muka Pelajar Ini Terkoyak Diserang Anjing Dengan Lebih 800 Gigitan Pensyarah bantu pelajar B40 beli laptop siapkan tesis akhir ‘Hubungan Pas-MN, Ibarat Kita Duduk Baik Dengan Bini Kita’ – Idris Bumi Tak Bergerak, Kenyataan Ustaz Kazim Buat Netizen ‘Speechless’ Limosin Putin Direka Seperti ‘Kubu Mudah Alih’ Bernilai Hampir RM800 juta Bella beritahu dia diikat, dicili, dijirus air panas: Saksi Pelakon Zarina Anjoulie Mengaku Ambil Dadah Mengapa Rasulullah s.a.w. Anjurkan Bermusafir Pada Waktu Malam? Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/31/malu-apa-bossku-kim-yew-tak-berhak-beri-pandangan-guna-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Malu Bossku Pm 4

Apa Malu Bossku Pm 4

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 197 hits
PM4 label dan jenama baru ini menjadikan Najib sukar tandingi kebangkitan Rafizi Imej baru ini mengganggu keinginan PRU dipercepatkan dan sekaligus menggugat UMNO untuk menang PRU jika perasan hebat Setakat inipun UMNO menang di PRN Melaka ...
Pln Inisiasi Program Dedieselisasi Guna Capai Net Zero Emission Tahun 2060

Pln Inisiasi Program Dedieselisasi Guna Capai Net Zero Emission Tahun 2060

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 154 hits
Demi mencapai net zero emission tahun 2060 PLN lakukan program dedieselisasi yang mengonversi PLTD menjadi PLTS dan baterai serta PLTGU
Tak Ada Guna Pegang Janji Pembangkang Kata Zahid

Tak Ada Guna Pegang Janji Pembangkang Kata Zahid

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 182 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 24 2022 10 08 AMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menganggap kegagalan usul kerajaan mahu melanjutkan pelaksanaan tempoh tahanan 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan 2012 atau Sosma sebagai mengaibkan k...
80 Peratus Rakyat Malaysia Dijangka Beralih Guna Cashless

80 Peratus Rakyat Malaysia Dijangka Beralih Guna Cashless

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 165 hits
SHAH ALAM Sebanyak 80 peratus penduduk Malaysia dijangka menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai dalam tempoh 10 tahun akan datang Penganalisis Ekonomi daripada Asia e University Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata unjuran 50 per...
Hiburan Tiktoker Perancis Ini Dikecam Guna Surah Al Baqarah Sebagai Lagu Latar Video Transition

Hiburan Tiktoker Perancis Ini Dikecam Guna Surah Al Baqarah Sebagai Lagu Latar Video Transition

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 161 hits
Baru baru ini tular di Twitter tentang seorang pengguna TikTok berasal dari Perancis yang dikecam netizen Malaysia Menerusi tersebut individu bernama Benjamin itu telah menimbulkan kemarahan ramai apabila dia menyunting video transition men...
Tersilap Guna Gambarnya Sebagai Muka Wanted Influencer Saman Polis Rm125 8 Juta

Tersilap Guna Gambarnya Sebagai Muka Wanted Influencer Saman Polis Rm125 8 Juta

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 161 hits
Tersilap Guna Gambarnya Sebagai Muka Wanted Influencer Saman Polis RM125 8 Juta SEORANG influencer media sosial telah menyaman polis sebanyak 30 juta kerana menggunakan gambar seksinya pada poster untuk mengesan suspek kes rompakan Eva Lope...
Resepi Korean Garlic Cheese Bread Guna Roti Burger

Resepi Korean Garlic Cheese Bread Guna Roti Burger

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 316 hits
Resepi korean garlic cheese bread guna roti burger Asal jer makanan dr korea jer mesti kita nak cuba kan jom kalini kita cuba plak korean garlic cheese bread tapi kita guna roti burger jer disamping mudah didapati roti burger jugak memang l...
Jangan Salah Guna Wang Rm10 000 Kwsp Dapatkan Nasihat Kewangan Kosmo 21 03 2022

Jangan Salah Guna Wang Rm10 000 Kwsp Dapatkan Nasihat Kewangan Kosmo 21 03 2022

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 179 hits
Saudara Pengarang KIRA KIRA dua juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ketika ini pastinya sedang mencongak untuk mengeluarkan wang maksimum RM10 000 selepas diberi kelonggaran oleh kerajaan Bagi yang terkesan wang itu mungkin kurangk...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa