Malaysiakini Batuapi 1 Umno Pas Gombak Kritik Azmin Ketepikan Mn Di Selangor



Sebagaimana dikeketuai Malaysiakini yang mendapat kontrak daripada PH untuk merosakkan imej Pakatan Nasional dan menjalankan pemberitaan untuk memberikan persepsi buruk kepada PN, sehari dua banyak berita-berita berbentu batuapi untuk melagakan parti-parti dalam PN rancak disiar seperti pemberitaan di bawah.

-------
Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) Azmin Ali dikritik kerana didakwa cuba membelakangkan Umno dan PAS di Selangor dengan tidak melibatkan mereka dalam mesyuarat penyelarasan pembangunan peringkat daerah dan negeri itu.
Kritikan itu disuarakan oleh Yang di-Pertua PAS dan Ketua Umno Gombak, yang mana Azmin adalah anggota parlimennya.
Yang di-Pertua PAS Gombak Salehuddin Mohd Nasir berkata tindakan Azmin itu seolah-olah terdapat usaha untuk mengetepikan Muafakat Nasional di Selangor.
“Saya perasan ada gerakan yang halus dan saya pun tidak tahu, Azmin ini parti apa. Dia bergerak sebagai (parti) apa?,” katanya dalam temubual yang disiarkan di laman Facebook Gombak TV, seperti dipetik The Malaysian Insight.
Ketua Umno Gombak Megat Zulkarnain Omardin pula berkata tindakan Azmin sebagai pelik dan menyifatkannya sebagai keliru sama ada bersama Perikatan Nasional (PN) atau masih dengan PH.
“Apabila Azmin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Selangor, beliau seorang saja buat benda pelik.
“Pengerusi MTPNg di tiga negeri… Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sabah panggil Ahli Parlimen dan Adun PN untuk mesyuarat tetapi Azmin, wakil PN tak panggil… yang dipanggil adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
“Tetapi tidak apa, jika dia tidak akui PN di Selangor, kami juga tidak mahu berurusan dengan bekas ahli PKR di Gombak,” katanya.
Kritikan sama disuarakan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil pada 12 Julai lalu, yang mempersoal tindakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu yang tidak menjemput wakil Umno dan PAS ke mesyuarat penyelarasan pembangunan Selangor dan Gombak yang dipengerusikannya.
Ia turut dibangkitkan oleh Pengerusi Umno Selangor Noh Omar yang mempersoalkan pendirian politik Azmin.
Majlis tindakan pembangunan negeri adalah agensi pelaksana pembangunan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri bagi negeri yang ditadbir oleh pembangkang.
Senada dengan Megat Zulkarnain, Salehuddin berkata PAS Gombak juga tidak ingin bekerjasama dengan Azmin dan telah memaklumkannya kepada setiausaha politiknya, Muhammad Hilman Idham.
“PAS kawasan Gombak mesyuarat dan kini memutuskan serta memaklumkan kepada Hilman bahawa kami akan bekerjasama secara politik dengan Umno Gombak atas nama Muafakat Nasional," katanya.
Dalam pada itu, Salehuddin turut menyifatkan keadaan politik Azmin serta pemimpin dan anggota PKR lain yang telah dipecat sebagai tidak berpendirian.
“Yang bekas wanita PKR, mereka bergerak atas NGO Nation of Women...Mungkin itu perancangan pihak mereka. Pengundi di Gombak tidak boleh terima orang yang tidak tetap seperti ini,” katanya lagi.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/mkini-batuapi-1-umno-pas-gombak-kritik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysiakini Batuapi 3 Sumber Ada Pemimpin Umno Tak Setuju Serah Kedah T Ganu Bulat Bulat Pada Pas

Malaysiakini Batuapi 3 Sumber Ada Pemimpin Umno Tak Setuju Serah Kedah T Ganu Bulat Bulat Pada Pas

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 369 hits
Macam biasa dalam semua berita yang di siarakan oleh Malaysiakini menggunakan perkataan menurut sumber mangikut maklumat dalam maklumat ahli yang tak nak nama disiarka dll Semua ini pembohongan dan mengelak daripada disaman mengikut akta ko...
Azmin Meninggal Di Gombak Umno Dan Pas Tolak Beliau

Azmin Meninggal Di Gombak Umno Dan Pas Tolak Beliau

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 305 hits
Menteri MITI Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak nampaknya awal awal lagi sudah ditolak oleh UMNO dan Pas untuk terus bertanding di kawasan tersebut Kata UMNO dan Pas walaupun Azmin berada bersama kedua dua parti itu dalam kerajaa...
Azmin Accused Of Trying To Sideline Umno And Pas In Selangor

Azmin Accused Of Trying To Sideline Umno And Pas In Selangor

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 269 hits
Senior Minister Azmin Ali has been accused of trying to turn his back on his new Perikatan Nasional coalition partners Umno and PAS in Selangor after holding development coordination meetings at the state and district levels without both pa...
Azmin Bikin Pas Umno Butthurt

Azmin Bikin Pas Umno Butthurt

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 333 hits
Menteri Kanan Azmin Ali dikritik kerana didakwa cuba membelakangkan Umno dan PAS di Selangor dengan tidak melibatkan mereka dalam mesyuarat penyelarasan pembangunan peringkat daerah dan negeri itu Kritikan itu disuarakan oleh Yang di Pertua...
Umno Terkilan Sikap Azmin Di Selangor

Umno Terkilan Sikap Azmin Di Selangor

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 285 hits
ISHAM JALIL Semalam Menteri Persekutuan dan juga bekas Menteri Besar Selangor Azmin Ali mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Gombak di Pejabat Daerah Gombak Minggu lepas dia juga telah mempengerusikan Majlis Ti...
Pas Tolak Azmin Di Gombak

Pas Tolak Azmin Di Gombak

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 657 hits
Pas Kawasan Gombak telah memutuskan hanya akan bekerjasama secara politik dengan Umno Gombak atas nama Muafakat Nasional Yang Dipertua Pas Kawasan Gombak Salahuddin Mohd Nasir menegaskan perkara itu dan telah memaklumkan kepada Adun Gombak ...
Malaysiakini Batuapi 2 Azmin Berpotensi Khianati Muafakat Nasional Kata Amk

Malaysiakini Batuapi 2 Azmin Berpotensi Khianati Muafakat Nasional Kata Amk

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 236 hits
Ini satu lagi artikel berita yang nak apikan antara PAS UMNO berserta BersatuTimbalan Presiden PKR Azmin Ali berpotensi mengkhianati Muafakat Nasional yang terdiri daripada Umno dan PAS kata Naib Ketua Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman ...
Umno Pas Giat Bermesyuarat Membincang Pru15

Umno Pas Giat Bermesyuarat Membincang Pru15

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 294 hits
Muafakat Nasional iaitu kerjasama antara Umno dan PAS ketika ini dilihat sedang rancak bermesyuarat antaranya bagi membincangkan PRU ke 15 dan kedudukan mereka dalam Perikatan Nasional Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Muafakat Nasional di...
Analyst Scoffs At Talk Of Umno And Pas Backing Muhyiddin

Analyst Scoffs At Talk Of Umno And Pas Backing Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 303 hits
Are Umno and PAS leaders in earnest when they say their parties will let Muhyiddin Yassin remain as prime minister after the next general election One political analyst has dismissed the recent public declarations from the two parties as me...
Pm Orders Nacsa National Security Council To Work With Mahb

The Damage Is Done Relocation Of 131 Year Old Hindu Temple Fuels Accusations Of Bullying Special Privileges

Peniaga Baling Barang Semasa Disita Dbkl Rupanya Sebabnya Sikap Kurang Ajar

Dvs Corrects Selangor Exco Man Says Only 14 000 Pigs Culled

Can You And I Buy Land From Dbkl

From Garage To Unicorn Startups

Ovios Redefines Outdoor Luxury Stylish Affordable And Innovatively Designed Furniture

Finding The Right Divorce Attorney Near You


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Patutkan Saya Membeli Proton S70

Gangunan Bekalan Air Selangor Bagaimana Solusinya

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Kadar Zakat Fitrah Dan Tunaikan Zakat Secara Dalam Talian

Last Day Bekerja Di Bulan Ramadhan

Ayat Al Quran Mengubat Hati