Yang di-Pertua PAS Gombak, Salehuddin Mohd Nasir berkata, tindakan Azmin itu seolah-olah terdapat usaha untuk mengetepikan Muafakat Nasional di Selangor.“Saya perasan ada gerakan yang halus dan saya pun tidak tahu Azmin ini parti apa dan dia bergerak untuk parti apa,” katanya.Salehuddin seterusnya berkata, keputusan PAS Gombak tidak ingin bekerjasama dengan Azmin itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha Politiknya, Hilman Idham.“PAS kawasan Gombak telah bermesyuarat dan memutuskan serta memaklumkan kepada Hilman bahawa kami hanya akan bekerjasama secara politik dengan UMNO Gombak saja atas nama Muafakat Nasional,” tambah beliau lagi.Ketua Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin pula berkata, tindakan Azmin sebagai pelik dan menyifatkannya sebagai keliru sama ada bersama Perikatan Nasional (PN) atau masih dengan PH.“Apabila Azmin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Selangor, beliau seorang saja buat benda pelik.“Pengerusi MTPNg di tiga negeri… Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sabah panggil Ahli Parlimen dan Adun PN untuk mesyuarat tetapi Azmin tak panggil langsung wakil PN“Yang dipanggilnya adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari daripada PH.“Tetapi tidak apa, jika dia tidak akui PN di Selangor, kami juga tidak mahu berurusan dengan bekas ahli PKR itu di Gombak,” katanya dengan tegas.Akhirnya, di mana Azmin akan bertanding nanti atau ke mana beliau akan membawa haluannya?Kesian…walaupun seolah-olah berkedudukan nombor dua dalam kerajaan, malah tempat duduknya di Parlimen pun bersebelahan dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin tetapi nampaknya awal-awal lagi masa depannya telah digelapkan oleh UMNO dan Pas.Apakah ini balasan atas pengkhianatannya selama ini? |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |