Malaysia Tak Mungkin Adib Dilanggar Ketika Van Berundur Kata Pakar Forensik


Bekas pakar perunding kanan forensik dan patologi PPUKM, Dr Shahrom Abd Wahid. – Foto Free Malaysia Today
SHAH ALAM: Seorang pakar forensik memberitahu inkues menentukan punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, berdasarkan uji kajinya, beliau tidak nampak anggota bomba itu dilanggar ketika van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) berundur.
Susulan uji kaji itu, bekas pakar perunding kanan forensik dan patologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Shahrom Abd Wahid tampil dengan teori, hampir mustahil Adib dilanggar berikutan kelajuan van EMRS tidak sepadan dengan kecederaan yang terhasil.
“Sekiranya Adib dilanggar dengan kelajuan 17km/jam di bahagian pintu depan kiri EMRS, mangsa akan terpusing ke belakang dan dia (Adib) akan jatuh di kawasan yang dilanggar.
“Dia akan jatuh secara rata di punggung, diikuti ke belakang dan jatuh di bahagian kepala. Dan sepatutnya akan mendatangkan kecederaan di belakang kepala tetapi tak sehingga patah tulang rusuk,” katanya di depan Koroner, Rofiah Mohamad sewaktu menjawab soalan pegawai pengendali inkues, Hamdan Hamzah pada hari ke-29 inkues.
Shahrom yang merupakan saksi ke-29 berkata dalam uji kaji itu menggunakan anggota bomba yang dilindungi span tebal diikat di depan dan belakang badan, kemudian dilanggar dengan van EMRS yang sama model ketika hari kejadian.
Shahrom berkata uji kaji itu dipertonton di dalam mahkamah.
Shahrom juga berkata dalam mengukuhkan teorinya itu, beliau juga menunjukkan video beberapa orang di luar negara yang dilanggar lebih laju daripada 17km/jam.
Dalam video itu menunjukkan kebanyakan mereka dilanggar dengan kereta dan bas tetapi tidak sehingga mendatangkan kecederaan patah tulang rusuk.
Shahrom juga berkata hampir mustahil Adib dihentak dengan helmet.
Katanya, jika mahu memecahkan cermin sisi dan belakang van EMRS perlu dihentak lebih 2 kali dan mengambil masa yang lama.
Dalam perkembangan lain, Shahrom juga tidak berpuas hati dengan teori awal pakar forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi berhubung laporan bedah siasat Adib.
Katanya, teori dengan laporan bedah siasat terdapat percanggahan.
“Ada 3 isu pokok, iaitu sama ada mangsa keluar kenderaan sendiri, mangsa ditarik orang lain, dan mangsa alami kecederaan akibat terhimpit antara 2 permukaan keras.
“Dalam keterangan di mahkamah, Hafizam kata mangsa keluar sendiri dan alami kecederaan antara 2 permukaan keras. Tetapi dalam laporan bedah siasat, kata tak pasti,” katanya.
Sebelum ini, Hafizam ketika memberi keterangan kepada inkues itu berkata, Adib dihentak pintu van yang berundur akibat dilanggar jentera Fire Rescue Tender (FRT) semasa rusuhan berlaku di depan Kuil Sri Maha Mariamman, pada 27 November lalu.
Adib, 24, antara anggota EMRS dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang dikerahkan ke sekitar Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, selepas beberapa kereta dibakar pada 27 November lalu.
Beliau meninggal dunia 17 Disember lalu, 3 minggu selepas dirawat di Institut Jantung Negara. – Sumber FMT
KLIK BACA: Peguam Shafee tuduh Najib mangsa konspirasi Jho Low dan gang
KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta
KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC
KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah
The post Tak mungkin Adib dilanggar ketika van berundur, kata pakar forensik appeared first on Malaysian Review.


sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/04/malaysia-tak-mungkin-adib-dilanggar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Pakar Forensik Buat Laporan Polis Dakwa Diugut Saksi Lain Agar Bersetuju Kecederaan Adib Berpunca Dari Pintu Emrs

2 Pakar Forensik Buat Laporan Polis Dakwa Diugut Saksi Lain Agar Bersetuju Kecederaan Adib Berpunca Dari Pintu Emrs

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 345 hits
Dua pakar forensik yang menjadi saksi pakar bagi prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim terpaksa membuat laporan polis di IPD Subang Jaya pada Sabtu lalu selepas mendapat ugutan serta cubaan mempengaruhi penilaian...
Adib Mungkin Diserang Hampir Mustahil Dilanggar Saksi

Adib Mungkin Diserang Hampir Mustahil Dilanggar Saksi

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 247 hits
Prof Dr Shahrom Abd Wahid berkata Muhammad Adib berkemungkinan besar diserang oleh perusuh yang datang dari arah belakang atau berhampiran van EMRS Foto oleh Shafwan ZaidonSHAH ALAM 19 April Seorang saksi pakar memberitahu Mahkamah Koroner ...
Pakar Forensik Lapor Polis Nafi Ugut Saksi Inkues Adib

Pakar Forensik Lapor Polis Nafi Ugut Saksi Inkues Adib

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 242 hits
Pakar forensik lapor polis nafi ugut saksi inkues Adib Perkara itu dinyatakan Syazlin Mansor peguam keluarga Allahyarham Muhammad Adib nbsp Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan jabatan bomba
Pakar Forensik Inkues Adib Buat Laporan Polis Dakwa Diugut

Pakar Forensik Inkues Adib Buat Laporan Polis Dakwa Diugut

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 352 hits
Dua pakar forensik yang menjadi saksi dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim telah membuat laporan polis Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata laporan itu diklasifikasi di bawah Seksyen 189 Kanu...
Pakar Forensik Pro Adib Diugut Untuk Ubah Keterangan Minta Setuju Mangsa Cedera Kerana Pintu Emrs

Pakar Forensik Pro Adib Diugut Untuk Ubah Keterangan Minta Setuju Mangsa Cedera Kerana Pintu Emrs

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 603 hits
Pakar forensik saksi inkues Adib buat laporan polis dakwa diugut saksi lain Dua pakar forensik yang juga saksi pakar bagi prosiding inkues kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim membuat laporan polis berhubung ugutan serta cubaan ...
Henti Idola Lelaki Yang Mencuri Berbilion Kata Anwar Kepada Rakyat Malaysia

Henti Idola Lelaki Yang Mencuri Berbilion Kata Anwar Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 339 hits
RANTAU Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar rakyat Malaysia menghentikan memuja individu perasuah dan menggelapkan berbilion ringgit melaporkan dalam ucapannya semasa sambutan ulang tahun ke 20 PKR di Rantau pada Khamis malam ...
Statut Rom Politik Toksik Punca Malaysia Tarik Diri Kata Kit Siang

Statut Rom Politik Toksik Punca Malaysia Tarik Diri Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 279 hits
Lim Kit Siang berkata Malaysia terpaksa menarik diri daripad menyertai Statut Rom disebabkan desakan pelbagai pihak yang kurang faham mengenai perkara tersebut JOHOR BAHRU Keputusan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkam...
Penunggang Motorsikal Ini 10 Cara Untuk Elak Anda Dilanggar Ketika Di Persimpangan

Penunggang Motorsikal Ini 10 Cara Untuk Elak Anda Dilanggar Ketika Di Persimpangan

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 435 hits
Faktor keselamatan jalan raya selalunya akan melibatkan banyak pihak dari pemandu penunggang motorsikal pejalan kaki dan banyak lagi Setiap dari satu aspek itu harus mempunyai rasa tanggungjawab terhadap semua Selalu kita dengar dan lihat b...
Inkues Adib Saya Tak Tahu 2 Saksi Pakar Terima Ugutan Ubah Penilaian Pegawai Pengendali

Inkues Adib Saya Tak Tahu 2 Saksi Pakar Terima Ugutan Ubah Penilaian Pegawai Pengendali

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 286 hits
Astro Awani Hamdan Hamzah tidak mengetahui berhubung laporan polis yang dibuat oleh dua saksi pakar yang mendakwa pihaknya menerima ugutan SHAH ALAM Pegawai Pengendali Inkues Hamdan Hamzah tidak mengetahui berhubung laporan polis yang dibua...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16