Malaysia Sudah Terlebih Pekerja Asing



Kalau jumlah PATI digabungkan dengan pekerja asing yang sah sekarang, ia boleh mencecah angka sebesar 6.9 juta orang!
(Sinar Harian) – MALAYSIA kini mempunyai jumlah pekerja asing antara yang tertinggi pernah dicatatkan iaitu 3.4 juta atau 10 peratus daripada 34 juta penduduk. Jumlah rakyat Malaysia setakat suku pertama 2024 ialah 30.6 juta.
Berdasarkan laporan Perangkaan Demografi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia itu, berlaku pertambahan sebanyak 600,000 warga asing hanya dalam tempoh setahun.
Pada suku pertama 2022 terdapat 2.4 juta warga asing manakala pada 2023 sebanyak 2.8 juta
Ketika jumlah pekerja asing sekitar 2.8 juta tahun lalu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud memberitahu Dewan Rakyat bahawa sudah berlaku lambakan pekerja asing dalam negara, melebihi unjuran yang ditetapkan.
Menurut beliau, mengikut unjuran Kementerian Ekonomi, angka pekerja asing yang sepatutnya berada di Malaysia adalah 2.4 juta sahaja atau 15 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja seramai 16.51 juta.
Jika unjuran itu boleh dijadikan sandaran, bermakna kita sebenarnya telah terlebih sejuta pekerja asing.
Bagaimanapun tentulah ada pertimbangan lain dalam peningkatan mendadak tersebut seperti keperluan tenaga kerja dalam sektor yang kurang diminati rakyat tempatan seperti perladangan dan pembinaan.
Namun harus diingat, 3.4 juta tersebut adalah pekerja yang sah. Kalau dikira sekali dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) jumlahnya mungkin naik sekali ganda.
Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) misalnya menganggarkan terdapat antara 1.2 juta hingga 3.5 juta pekerja PATI di Malaysia pada 2022.
Kalau jumlah PATI digabungkan dengan pekerja asing yang sah sekarang, ia boleh mencecah angka sebesar 6.9 juta orang!
Tidak dinafikan ada banyak negara lain yang lebih bergantung kepada pekerja asing.
Arab Saudi contohnya mempunyai 13.4 juta warga asing iaitu 42 peratus daripada 32.2 juta populasi negara itu.
Namun dengan jumlah pengangguran sebanyak 566,600 orang pada Mac 2024 dan pelbagai masalah sosial yang dicetuskan mereka, kerajaan tidak boleh membiarkan lambakan warga asing di negara ini.
Apatah lagi dengan pelbagai pelaburan baharu syarikat antarabangsa seperti Microsoft dan Google di Malaysia, pekerja asing dikhuatiri akan menguasai ratusan ribu lagi peluang pekerjaan dalam bidang teknologi maklumat sekali gus menyempitkan peluang rakyat tempatan.
The post Malaysia sudah terlebih pekerja asing appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/05/16/malaysia-sudah-terlebih-pekerja-asing/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indonesia Kaji Semula Tadbir Urus Pekerja Asing

Indonesia Kaji Semula Tadbir Urus Pekerja Asing

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 220 hits
JAKARTA Naib Presiden Indonesia Ma ruf Amin berkata Kementerian Penyelarasan Ekonomi memulakan kajian semula prinsip tadbir urus yang dilaksanakan dalam penempatan dan perlindungan pekerja asing negara itu Kami berharap usaha ini akan mempe...
Shell In Talks To Sell Malaysia Fuel Stations To Saudi Aramco Sources Say

Shell In Talks To Sell Malaysia Fuel Stations To Saudi Aramco Sources Say

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 454 hits
SINGAPORE Energy giant Shell is in talks with Saudi Arabia s state owned Saudi Aramco to sell its gas station business in Malaysia the second largest such network in the country four industry sources aware of the discussions said and a deal...
Malaysia S King And Queen Receive Ceremonial Welcome At Istana During State Visit To Singapore

Malaysia S King And Queen Receive Ceremonial Welcome At Istana During State Visit To Singapore

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 299 hits
President Tharman Shanmugaratnam and his spouse Jane Ittogi Shanmugaratnam with Malaysia s King Sultan Ibrahim Iskandar and his wife Raja Zarith Sofiah at the Istana on Monday ST PHOTO LIM YAOHUISINGAPORE His Majesty Sultan Ibrahim King of ...
King Thanks Outgoing Singapore Pm Lee For Being Close Friend To Malaysia

King Thanks Outgoing Singapore Pm Lee For Being Close Friend To Malaysia

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 362 hits
PIC COURTESY OF ISTANA NEGARASINGAPORE His Majesty Sultan Ibrahim King of Malaysia expressed special thanks to outgoing Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong for being a close friend to Johor and Malaysia Sultan Ibrahim said Lee s dedica...
Aktiviti Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia 04 05 2024

Aktiviti Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia 04 05 2024

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 364 hits
Sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi di Rumah Yayasan YBAPTM Bukit Damansara Kuala Lumpur
Embracing Diversity And Empowerment Guardian Malaysia S Celebration Of International Women S Day

Embracing Diversity And Empowerment Guardian Malaysia S Celebration Of International Women S Day

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 251 hits
In the heart of Kuala Lumpur on March 8 2024 Guardian Malaysia is passionately embracing the theme of this year s International Women s Day Inspire Inclusion This resonates deeply within the organization as they celebrate the diverse contri...
Kemunculan Luar Biasa Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur Tiba Di Malaysia

Kemunculan Luar Biasa Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur Tiba Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 326 hits
Bangsar Malaysia 15 September 2023 Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur akan membuat kemunculan baharu di dalam industri perhotelan di Malaysia Tarikh penjenamaan ini dipilih seiring dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September Dahulunya d...
Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 290 hits
SHELL dilaporkan sedang berbincang dengan Saudi Aramco milik kerajaan Arab Saudi untuk menjual perniagaan stesen minyaknya di Malaysia lapor Reuters Sumber berkata rundingan bermula pada akhir 2023 dan perjanjian mungkin dimuktamadkan dalam...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 344 hits
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating by Malaysia Tourism Quality Assurance I Splash Out Langkawi the premier waterpark destination in the heart of Kuah Langkawi has recently been awarded the prestigious Malaysia Tourism Quality Assurance...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jack Filem Tamil Spy Action Comedy Korang Layan Je

Tema Maal Hijrah 2025 1447h Membangun Ummah Madani

Petua Untuk Menggebukan Kulit Muka

Rahsia Guna Ai Canva Untuk Buat Produk Digital Di Etsy

Pokok Sawi Ayah Dah Boleh Tuai

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines